MUA yang cukup disegani, MUA Bellaz menyatakan rasa terujanya untuk menantikan cahaya mata keempatnya beberapa hari lagi.
Sedang menunggu hari bersalin, menerusi Facebooknya Bellaz meluahkan rasa teruja bercampur debaran menunggu detik bersalin.
“Tak sabar menanti orang baru tak lama lagi. Moga dipermudahkan urusan ku. Tengah menunggu hari ke hari.
“Nervous excited semua ada. Alhamdulilahh Alhamdulilahh.
“Bellaz doakan yang nampak post ni dimurahkan rezeki, bahagia bersama tersayang dan dipermudahkan segala urusan Amenn,” begitu kongsi Bellaz menerusi Facebooknya.
Malah Bellaz juga turut memberi bayangan nama Baby N yang bakal lahir tidak lama lagi.
Airis Alisha
Aidil mikhail
Aish Ean yusuf
A……. N…….
Ads
Harap sama birthday anak ketiga
Terdahulu, beberapa hari yang lalu Bellaz sudah pun mengalami kontraksi kecil. Bagaimanapun kontraksi itu hilang dan kini Bellaz menunggu harinya tiba.
“Tidak next appointment dengan doktor 21hb. Hari ni baby mengeras kerap plus ada rasa macam ngilu-ngilu kat ari-ari tu.
“Takpa la nak p buat CTG sat tengok keadaan macam mana. Ghisau jugak sebab kalau baby mengeras kerap sangat ni. Sabaq sat adik tunggu pak hang makeup mama dulu.
Pun begitu, kontraksi yang dialami Bellaz dikhabarkan semakin berkurangan. Malah Bellaz kini berharap Baby N yang dinantikan akan dilahirkan pada hujung bulan ini, sama seperti tarikh kelahiran abangnya, Ean Yusof pada 29 Julai.
“Bellaz balik rumah dulu weh, contraction dah ada cumanya main-main lagi. Pantau dari rumah dulu kalau koi lama koi kerap dan makin sakit silalah ke hospital kembali ye … heheh.
“Tapi mengah la lani. Doktor kata balik makan kenyang-kenyang dulu ..hehe. Moga baby keluar 29/7 amin sama bufday Ean yusuf,” tulis Bellaz berkongsi.
Ads
Semoga kelahiran bayi keempat Bellaz dipermudahkan dan berjalan lancar.
Terdahulu, Bellaz turut mempunyai tiga cahaya mata kesayangannya, Airis Alisha, Aidil Mikhail dan juga Aish Ean Yusuf.
Racun serangga di pasaran kebanyakannya mempunyai bahan kimia berbahaya. Jadi, ia bukan sahaja bahaya keapda kesihatan kita, malah bagi anda yang mempunyai anak yang masih kecil dan sedang merangkak. Haiwan peliharaan yang anda bela juga terdedah dengan bahaya jika anda kerap menggunakan racun serangga.
Selalunya serangga yang sering dihadapi di rumah ialah semuat. Berikut cara-cara membuat homemade racun serangga untuk semut, lipas dan segala jenis serangga. Ianya murah, jimat dan mujarab tapi tidak bahaya pada kesihatan.
Kalau kebiasaannya di luar rumah kita menggunakan semburan racun serangga. Manakala di dalam rumah pula kita boleh gunakan semburan pembasmi serangga homemade ini. Yang pasti semburan ini selamat digunakan kalau anda ada anak kecil.
Spray Serbaguna (homemade)
Bahan-bahan:
¼ cawan cuka putih
1¼ cawan air paip
1-2 sudu makan sabun pencuci pinggan
Cara-cara:
Campurkan semua bahan, masuk dalam botol spray.
*Bancuhan ini sebenarnya tidak ada sukatan yang tetap pun, tapi kalau cuka terlebih, cat dinding/perabot anda mungkin akan rosak, kalau terlalu cair pulak tak berkesan dan kalau terlebih sabun, licin sangat bila sudah kering.
*Cara yang dikongsikan ini menggunakan 1 bahagian cuka : 5 bahagian air. Sabun dalam 25%-30% dari jumlah cuka.
*Kalau guna sabun mandi (syampu badan) lebih wangi tapi tidak berapa berkesan untuk tanggalkan kesan minyak.
KEGUNAAN LAIN:
1. Sebagai penghalau serangga. Larutan ini bukan sahaja membunuh nyamuk, lalat dan semut tapi cuka juga boleh hilangkan bahan kimia yang dihasilkan semut tadi. (semut akan buat jalan lain, tapi kena spray dengan kerap).
2. Cuka boleh hilangkan bau ‘manis’ gula, gabungan cuka dan sabun pulak menanggalkan minyak. Kalau si kecil anda tumpahkan air manis, lepas bersihkan dengan air supaya tak lekit, boleh gunakan spray ini sahaja. Memudahkan tugas.
3. Boleh juga dijadikan pencuci dapur lepas memasak. Sudah tidak perlu lagi beli yang mahal-mahal selepas ini.
4. Bersihkan kulat/kulapuk pada dinding/perabot. Spray dan lap sahaja (boleh tambah cuka kalau kulat tebal sangat).
5. Spray secara konsisten untuk hapuskan rumput liar di halaman rumah (untuk kesan yang lebih cepat, tambah sukatan cuka ½ cawan lagi.
6. Boleh juga digunakan untuk mop lantai. Boleh cairkan lagi dengan tambah lima bahagian air lagi. Boleh tambah pencuci lantai kalau mahu lebih wangi.
Sumber: Yatie Eimra
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Susu merupakan sejenis minuman yang baik untuk kesihatan. Walau bagaimanapun, semua itu merupakan sesuatu yang selalu kita dengar menerusi iklan yang ditayangkan di kaca televisyen. Hakikatnya, sejauh manakah kebenaran tentang faedah minum susu? Adakah ia boleh mengelakkan penyakit osteoporosis atau tulang rapuh?
Semua orang tahu, susu mengandungi kalsium yang dapat mengekalkan kekuatan tulang. Oleh sebab itu, secara logiknya, minum susu sudah pastilah dapat mengelakkan penyakit osteoporosis.
Walau bagaimanapun, menurut sebuah kajian pada tahun 2014 oleh Michaëlsson, et al., minum terlalu banyak susu sebenarnya boleh membawa mudarat kepada kesihatan!
Berapa banyak susu yang boleh saya minum?
Menurut kajian tersebut, terlalu banyak minum susu (lebih daripada 3 gelas sehari) bukan sahaja dapat meningkatkan risiko kematian, ia juga membuatkan tulang anda lebih mudah untuk mengalami keretakan.
Malah, wanita yang dilaporkan minum lebih daripada 3 gelas susu sehari juga mempunyai risiko kematian sebanyak 2 kali ganda berbanding wanita yang hanya minum segelas susu.
Walau bagaimanapun, kaum Adam tidak terkesan dengan perkara ini seperti kaum Hawa. Namun, lelaki yang gemar minum susu yang banyak juga menunjukkan peningkatan dalam kes kematian.
Tapi, bukankah minum susu baik untuk kesihatan tulang?
Perkara ini mungkin tidak benar jika anda mengambil terlalu banyak susu. Malah, faedahnya juga akan hilang dan ia tidak mampu lagi untuk melindungi pengamalnya daripada menghidap tulang rapuh ataupun keretakan tulang.
Susu merupakan sumber utama sejenis gula yang dikenali dengan nama D-galactose. Menurut beberapa eksperimen yang dijalankan terhadap haiwan, pendedahan terhadap terlalu banyak D-galactose adalah berbahaya kepada kesihatan.
Malah, dos D-galactose yang rendah juga menunjukkan kesan yang seakan-akan penuaan di dalam kalangan haiwan, termasuklah jangka hayat yang lebih pendek, inflamasi kronik dan juga degenerasi neuron.
Bersederhana ketika minum susu
Menurut sebuah kajian yang diterbitkan di dalam British Medical Journal, keretakan tulang pinggul paling banyak berlaku di negara yang mempunyai pengambilan kalsium yang tertinggi.
Malah, wanita yang minum 3 gelas susu ke atas setiap hari mempunyai penambahan risiko sebanyak 60% untuk menghidap keretakan tulang pada masa hadapan.
Oleh sebab itu, mengapa kita diberitahu sejak kecil untuk minum susu sebagai sesuatu yang sihat?
Sebenarnya, jika diambil secara sederhana, susu dapat melindungi kita daripada penyakit kronik. Malah, pengambilan secawan susu sehari sudah cukup untuk memenuhi rekomendasi nutrisi harian.
Menurut Cleaveland Clinic, jika anda inginkan tulang yang sihat, elakkan minum susu lebih daripada 1 gelas sehari.
Jika anda seorang penggemar susu, sudah tentulah anda akan rasa risau tentang penemuan ini. Walau bagaimanapun, kajian yang dilakukan oleh Michaëlsson, et al. masih mempunyai beberapa kelemahannya yang tersendiri.
Disebabkan kajian ini memerlukan pesertanya untuk melakukan anggaran jumlah susu yang diminum dalam masa setahun, dapatannya mungkin tidaklah setepat yang disangka. Malah, bukti yang sedia ada juga belum cukup untuk melakukan sebarang kesimpulan.
Kepentingan vitamin D dalam diet seharian
Untuk mendapatkan tulang yang sihat, anda perlulah mengambil diet yang kaya dengan vitamin D dan kalsium.
Kalsium sudah lama dikaitkan dengan kesihatan tulang. Namun, mungkin ramai yang tidak tahu mengenai kebaikan vitamin D yang dapat menggalakkan penyerapan kalsium.
Vitamin D – yang turut dikenali sebagai sunshine vitamin dihasilkan selepas badan terdedah kepada pancaran matahari. Vitamin ini penting untuk pembinaan tulang yang kuat dan sihat serta meningkatkan penyerapan kalsium dan fosforus di dalam badan.
Tanpa vitamin D yang mencukupi, tulang boleh menjadi rapuh dan halus. Malah, pembentukan tulang baharu juga akan terhenti. Vitamin D juga dapat melindungi warga emas daripada penyakit osteoporosis atau tulang rapuh.
Selain minum susu, ada banyak lagi makanan yang kaya dengan kalsium.
Sebagai contoh, keju, yogurt, soya, brokoli, buah oren, sardin dan salmon. Semua makanan ini boleh menjadi pengganti susu jika anda risau mengenai pengambilan susu yang berlebihan.
Kesimpulan
Berdasarkan penjelasan di atas, tidak ada masalah jika anda ingin meneruskan pengambilan susu. Walau bagaimanapun, mungkin faedah minum susu tidaklah sebesar yang anda harapkan.
Selain susu, ada banyak lagi cara yang anda boleh lakukan untuk mengelakkan osteoporosis dan menguatkan tulang. Sebagai contoh, bersenam, mengambil vitamin D yang mencukupi dan makan secara sihat dapat membantu pembentukan tulang yang kuat.
Ingin mengambil suplemen vitamin D? Tidak ada masalah. Walau bagaimanapun, pastikan anda melakukan konsultasi bersama doktor atau ahli farmasi yang bertugas jika anda ingin mencuba suplemen baharu.
Menjadi seorang ibu bukanlah kerja yang mudah. Menguruskan keluarga, menyediakan segela keperluan suami dan anak-anak sememangnya meletihkan. Sesekali perlu juga recharge tenaga, dapat rehat sekejap pun dah puas hati.
Dapat suami yang sentiasa bertolak ansur dan memahami, memang beruntung. Isteri diberi ruang untuk berehat dan segala kerja rumah diambil alih bagi meringankan beban isteri.
Badminton Tetap Onz, Main Sambil Dukung Anak
Menerusi sebiah video yang dikongsikan oleh qilahbenny, kelihatan seorang lelaki sedang bermain badminton.
Main badminton itu perkara biasa tetapi yang mencuri perhatian adalah lelaki tersebut yang dengan selamba ‘libas’ raket sambil sebelah tangan mendukung anaknya.
Ramai Kongsi Buat Benda Sama
Menerusi ruangan komen dapat dilihat banyak komen yang berkongsi pengalaman mereka melakukan hal yang sama. Ketika suami keluar bermain badminton dan sebagainya, si isteri meminta mereka membawa anak-anak bersama.
Pada ketika itulah para isteri dapat berehat sebentar atau melunaskan mana-mana kerja yang belum selesai.
Antara komen yang ada;
Baguslah kalau ada sikap tolenransi begini, kedua-dua suami dan isteri dapat melakukan apa yng mereka mahu sambil bergilir-gilir menjaga anak. Para suami yang memahami keperluan isteri untuk ada ‘me-time’ sememangnya sangat sweet dan tidak mahu membebankan isteri mereka. Syabas untuk anda!
Simptom awal kehamilan seperti lewat haid, perubahan fizikal dan rasa kurang selesa pada badan boleh menjadi petanda anda sedang berbadan dua. Ketahui tanda normal awal hamil yang ramai wanita alami.