Kehadiran Engku Aleesya pada majlis perkahwinan Engku Emran dan Noor Nabila menjadi perhatian ramai. Memandangkan gambar anak dara Erra Fazira bersama bekas suaminya itu jarang dikongsikan di media sosial sebelum ini, kemunculannya telah mendapat pujian.
Kehadiran Engku Aleesya pada majlis perkahwinan bapanya yang diadakan secara tertutup menjadi bualan ramai kerana semakin besar, semakin terserlah kecantikannya.
Engku Aleesya persis ibunya!
Sekali tengok caranya, tak ubah seperti Erra Fazira masa zaman muda. Peminat Erra mengakui, Aleesya mewarisi perwatakan ibunya cuma agak pemalu.
Menerusi perkongsian Erra di instagramnya, Aleesya selalu menjadi teman untuk bergurau dan penghibur hatinya di saat suka dan duka. Dia juga pendengar setia dan rajin melayan setiap bebelannya.
Bukan itu saja, tengok pada cara layanan Erra pada Aleesya, anak beranak ini ibarat kawan. Cuma kalau bab shopping, Aleesya bukanlah kaki shopping.
Akan tetapi, bila diajak keluar dia akan ikut. Bagaimanapun, selepas dapat barang yang dia nak, tak sampai sejam setengah keluar terus ajak balik.
Bonding time bersama
Walaupun jadual kerja padat, Erra cuba untuk bonding bersama Aleesya. Walaupun hanya duduk rumah, mereka akan lakukan pelbagai aktiviti seperti berbasikal, bergurau senda dan makan bersama.
Ni lah satu-satunya permata hati saya. Dia ibarat kebahagiaan dan selagi diberikan kesihatan yang baik, saya akan cuba buatnya gembira.
Engku Aleesya merupakan satu-satunya anak hasil perkahwinan terdahulu Engku Emran bersama Erra Fazira. Mereka bernikah sekitar tahun 2007 dan bertahan kira-kira 7 tahun apabila masing-masing mengambil keputusan untuk berpisah pada tahun 2014.
Kredit: karipop & IG Erra Fazira
**Nak dapatkan barangan keperluan bayi pada harga istimewa, klik di sini
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)