Si comel Iskandar Rayyan Yamani, anak kelima penyanyi lagenda negara, Dato’ Jamal Abdillah mencuri perhatian bila mana tampil cukup segak dalam beberapa sesi fotografinya.
Paling menarik, Iskandar Rayyan Yamani dipotretkan dengan gaya bak pahlawan cilik, Hang Jebat yang cukup comel dengan persalinan berona ungu dan kelabu.
Anak ketiga Dato’ Jamal bersama isterinya, Datin Zai Izzati Khiruddin ini selamat dilahirkan pada 22 Februari lalu dengan berat 2.84kg tepat jam 2.27 petang. Kini Iskandar Rayyan sudah pun berusia 22 hari.
Menerusi Instagramnya, Dato’Jamal berkongsi wajah comel Iskandar Rayyan buat tatapan pengikutnya di Instagramnya.
“Anakanda teman, Iskandar Rayyan Yamani,” tulisnya ringkas.
Melewati Instagramnya isteri kesayangan Dato’ Jamal, Datin Zai turut memuat naik beberapa keping gambar yang sama. Comel sekali.
Ads
“Hi uncle & auntie. Assalammualaikum, si jebat ISKANDAR RAYYAN YAMANI nak lalu.
“Apa khabar semua 😍🥰 #day22,”tulisnya ringkas yang kini masih lagi berpantang.
Gaya Hang Jebat, macam Baba
Namun paling menarik perhatian pastinya wajah si jebat Iskandar Rayyan yang dikatakan saling tak tumpah persis ayahanda tercintanya.
Ads
Dengan gaya lentok dan lena yang panjang, anak kecil kesayangan pasangan ini digayakan dalam pelbagai posisi yang cukup comel. Warganet turut memuji kecomelan Baby Iskandar Rayyan malah turut menyamakan wajahnya seperti abang sulungnya, Osama Yamani.
Semoga Iskandar Rayyan Yamani terus membesar dengan sihat malah menceriakan hari-hari bahagia Dato’Jamal sekeluarga.
Dah tak ada idea nak masakkan apa untuk anak, semua dia tolak. Tak tahulah di mana silapnya padahal dah cuba macam-macam resipi. Untuk mommies yang ada masalah anak susah makan, jom segera dapatkan e-book 100++ Resipi Si Manja & Tip Untuk Mama!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bila habis sahaja tempoh berpantang, satu hal yang menjadi kerisauan ibu-ibu pastinya untuk menyediakan stok bekalan susu sebelum kembali bekerja. Risau anak tidak cukup susu ketika bekerja nanti.
Perkongsian Dr Tengku Ezulia Tengku Nun Ahmad, pakar ENT yang juga merupakan social influencer di instagram ini turut berkongsi tipnya bagi memastikan puteri sulungnya Nik Alesha atau Baby Ally cukup susunya.
Perkongsiannya di instagramnya nyata mendapat respon positif daripada pengikutnya.
Kerja Keras Untuk Dapatkan Stok Susu Ally
Jika anda seorang ibu yang bekerja seperti saya, tamat tempoh berpantang dan terpaksa kembali untuk menggalas tugas yang ditinggalkan. Memang menakutkan.
Saya rindukan anak saya setiap saat. Ada yang bertanya saya bagaimana saya bekerja keras demi menyediakan stok susu buat Baby Ally (saya post di IG story) sebelum kembali bekerja. Malah ada yang bertanya saya apa strategi saya untuk terus menyusukan Baby Ally secara eksklusif sebelum kembali bekerja.
Saya bukanlah pakar dalam hal ni tapi saya kongsikan cara dan membuahkan hasilnya buat saya.
1. Stock up! Mulakan mengepam dan sentiasa tambahkan bekalan susu anda. Hungry baby is grumpy baby. Beli freezer.
2. Pump: Semasa saya cuti bersalin, saya pam setiap 3-4 jam sambil beri secara direct pada Ally. Sekarang saya cuba untuk tidak melebihi 5 jam di tempat kerja. Jika tak berjaya, saya bekerja keras untuk waktu yang terlepas. Melaburlah untuk pam susu yang terbaik.
3. Bagi hari Isnin hingga Khamis, susu yang saya pam saya gunakan untuk keesokan harinya. Manakala untuk hari Jumaat pula, susu masukkan ke dalam penyejuk beku. Ahad malam biasanya saya akan keluarkan susu yang terdahulu dan cairkan semalaman untuk kegunaan hari Isnin. Hujung minggu saya direct BF.
4. Malah saya juga gunakan label pada botol susu untuk pastikan saya ambil susu yang betul. Label ni lebih bersih dan botol pun tak ada cebisan kertas dan gam. Malah boleh tulis semula, boleh dibasuh & boleh diguna semula untuk kegunaan harian.
Shout out to all working moms and BF moms… we got this and we can do this ?❤️
Kredit: @drtengkuezulia
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Soal zuriat semuanya rahsia Allah dan ramai pasangan yang berkahwin akan mengimpikan anak dalam rumah tangga. Namun, rezeki setiap orang tak sama.
Bagaimanapun jika Allah masih belum menjawab doa, teruskan berdoa dan mengharapkan yang terbaik untuk anda serta pasangan.
Jika anda benar-benar menginginkan sesuatu, jangan cepat putus asa. Tak bermakna anda gagal cuma bezanya lambat atau cepat sahaja.
Menurut Ustaz Mujahidin Al Banjari dari Pusat Perubatan Islam Al-Mujahidin ada dua cara suami isteri boleh cuba untuk mendapatkan zuriat. Cara ini kena diamalkan bersama dengan niat bersungguh-sungguh.
Percaya pada Allah dan pastinya ada sinar yang akan memberi kegembiraan di penghujungnya.
Ikhtiar Hamil Cara Pertama Amalkan zikir ini sebelum suami isteri hendak bersama.
Suami
√ Perbanyakkan zikir Ya Mutakabbir. Baca sebanyak 70 kali, lebih lagi bagus.
√ Selepas zikir mohon doa pada Allah agar dipermudahkan apa yang dihajati. Sebaiknya baca dan jadikan amalan zikir selepas solat.
Isteri
√ Perbanyakkan zikir Ya Matiin sebanyak 70 kali, lebih lagi bagus.
√ Selepas zikir mohon doa pada Allah agar dipermudahkan apa yang dihajati. Sebaiknya baca dan jadikan amalan zikir selepas solat.
Cara Kedua Untuk Mengandung
√ Sebelum tidur ambil segelas air suam letakkan secubit garam halus ke dalam air tersebut.
√ Baca Surah Al Fatihah – 7x
√ Al ikhlas – 7x
√ Dan Sambung doa Nabi Zakaria ini :
“Rabbi la Tadzarni Fardaw Wa anta Khairul waritsin”
Maksudnya,
“Ya Tuhanku, Janganlah Engkau biar aku hidup seorang diri (tanpa keturunan) dan Engkaulah ahli waris yang terbaik.”
(Qs .Al-Anbiya (21):89)
√ Amalkan minum air suam yang suami isteri buat ini sebelum tidur dan selepas tidur.
InshaaAllah jika izin Allah sekiranya lambat dapat zuriat Allah akan permudahkan. Semua atas izin Allah. Kita ikhtiar, yang memberi semua dari Allah. Moga bermafaat pada anda semua.
Sebagai Mama dan Papa, tidak mudah untuk merendahkan ego dan memohon maaf dari anak-anak. Ya, ia boleh disebut dengan mudah tetapi sejauh mana kita benar-benar maksudkan kata maaf itu? Ingatlah, mereka belajar untuk memohon keampunan dan memafkan daripada kedua orang tuanya.
Bukan saja anda dapat memperbaiki situasi tegang yang telah berlaku antara kalian bahkan mengajar mereka satu nilai positif pada masa yang sama. Anda tahu anda bersalah, tetapi tidak tahu cara yang tepat untuk memohon maaf? Pa&Ma senaraikan empat perkara yang harus anda lakukan jika mahu meminta maaf daripada anak-anak.
Mohon maaf tanpa henti tidak bermaksud anda kalah dengan mereka. Cara ini dapat menunjukkan kepada mereka betapa serius anda mahu minta maaf dan memperbaiki keadaan. Katakan begini, “Mama tahu apa yang Mama buat tu salah. Mama minta maaf ya?”. Cukup begitu. Jangan sesekali memberi alasan dan cuba mencari kesalahan anak anda ketika anda sedang memohon maaf. Jangan pula anda kata begini, “Betul Mama salah. Mama minta maaf, tapi kalau kamu tak buat ………………”. Ini bukan cara memohon maaf yang anak anda akan hargai.
2.DENGAN RENDAH HATI, MINTA ANAK MAAFKAN ANDA
Memandangkan bukan mudah untuk memaafkan, kita harus sentiasa berusaha. Minta maaf dengan ikhlas dan tunjukkan yang anda benar-benar rasa bersalah. Selepas memohon maaf, mintalah anak untuk menerimanya. Jangan paksa, tetapi perlahan-lahan ambil hati mereka semula.
TUNJUKKAN KESUNGGUHAN DENGAN PERBUATAN
Dengan memohon maaf dan meminta dimaafkan, itulah yang menjadikan usaha anda itu berkesan. Perbuatan dan sikap yang kita tunjukkan kepada anak-anak perlu sekuat perkataan yang keluar dari mulut. Jika kita terus membuat salah yang sama berulang kali, kata maaf kita mungkin tidak bermakna lagi kepada anak-anak.
Jika anak-anak menerima permohonan maaf kita, tidak bermaksud semuanya akan pulih segera. Mungkin anak-anak mudah melupakan jika mereka masih kecil, tetapi anak yang sudah besar sedikit, mereka akan mengambil masa untuk kembali rapat dengan kita. Bersabarlah. Kesungguhan anda memohon maaf dan keihklasan anda untuk membuktikannya akan memberi ruang kepada anak anda untuk memaafkan anda tanpa mengingatinya.
Anak-anak belajar dari apa yang mereka lihat dan dengari. Untuk menjadikan mereka anak yang baik dan sentiasa positif, nilai itu harus ditunjukkan kepada mereka. Tidak sukar untuk menyebut perkataan maaf, tapi tanyakan pada diri sendiri jika anda benar-benar maksudkannya, kerana itulah yang penting.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Impian Kecil, Semangat BesarDi zaman moden yang dipenuhi cabaran dan pengaruh digital, mencari jalan terbaik untuk membina potensi anak bukanlah mudah. Namun, kisah sekumpulan...