Selepas 40 hari berpantang, wanita kerdil yang tular sebelum ini, Syakila Norazma Amira Zuharsema atau mesra dipanggil Yaya, 28, mula berkongsi wajah bayi lelakinya.
Anak sulung yang diberi nama Muhammad Ayden Adrian yang dilahirkan seberat 2.35 kilogram itu, dilihat membesar dengan sihat.
Walaupun proses kelahirannya terpaksa dibuat sebulan lebih awal atas nasihat doktor demi keselamatan ibu dan anak, Yaya mengakui Ayden seorang anak yang mudah dijaga dan tak banyak ragam.
Melalui perkongsian di akaun TikTok buyahhh, menunjukkan si comel Ayden seiras ibunya dengan mata yang bulat. Sekali tengok macam kakak dan adik. Comel kedua-duanya!
Sebelum ini, Yaya pernah berkongsi sepatutnya tarikh jangkaan bersalin adalah pada 25 Februari, tetapi disebabkan keadaan fizikalnya yang cuma berketinggian 118 sentimeter, maka boleh memberi risiko kepada bayi dalam kandungan.
“Walaupun bersalin pada Januari lalu, tetapi bersyukur kerana Ayden tiada apa-apa masalah kecuali penyakit kuning,” ujarnya.
Sebelum ini, sewaktu awal perkahwinan ramai tak yakin Yaya boleh hamil. Namun rezeki Allah dapat juga merasai nikmat menjadi seorang ibu. Bagaimanapun, ramai pula mempertikaikan macam mana nak bersalin pula. Tapi itulah kuasa Allah, DIA mengetahui segalanya sehinggalah Ayden dalam pelukannya.
Baru-baru ini, ketika banjir di Pantai Timur, Yaya antara salah seorang mangsa banjir setelah rumahnya dinaiki air dan semua barang tak dapat diselamatkan.
Ads
Paling getir waktu itu, bot yang dinaiki Yaya bersama bayi dan ibunya hampir terlingkup. Ketika itu, Yaya masih dalam pantang hari ke-36 dan mujurlah tindakan pantas suaminya dapat menyelamatkan nyawa dan segera memindahkan bayi mereka ke bot lain dan terus menuju ke pusat pemindahan.
Sebagai ibu, sudah tentu kita mahukan yang terbaik buat si manja. Pemakanan yang sihat dan seimbang sangat kita titikberatkan supaya anak dapat membesar dengan baik.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selepas tiga minggu melahirkan cahaya mata kedua, selebriti dan pengacara versatil, Jihan Muse mendedahkan wajah, jantina serta nama anak keduanya kepada umum.
Jihan atau nama penuhnya Nuur Jihan Musa mengulang siar semula posting dimuat naik suaminya, Ungku Hariz di laman Instagram berhubung kehadiran bayi lelaki mereka.
“Assalamualaikum.. izinkan saya memperkenalkan hero kedua kami sebagai Ungku Altamis Barr Ungku Hariz Faizal,” kata pasangan itu.
Sebelum ini, pengacara berusia 39 tahun itu melahirkan Ungku Altamis Barr di sebuah pusat perubatan swasta di Shah Alam pada 6 September lalu.
Susulan perkongsian Jihan dan suaminya, rata-rata rakan artis dan pengikut berkongsi rasa syukur selain mengucapkan tahniah kepada Jihan atas kelahiran bayi lelaki kedua dalam keluarganya.
Nama penuh makna
“Masya allah sedap nama! 😍😍”
“Assalammualaikum Ungku Altamis Barr!!!Nama yg penuh bermakna!!Moga Membesar Menjadi Anak Yg Soleh,Bijak Dan Bertaqwa Kpd Kedua Ibubapa Serta Keluarga.”
“Macam ni lah tak payah tutup-tutup muka. Setiap doa orang itu kesejahteraan untuk baby Aminnn”
Jihan dan Ungku Hariz berkahwin pada 20 Mac 2016 dan telah dikurniakan cahaya mata sulung iaitu Ungki Arsalan Haq yang kini berusia empat tahun.
Disebabkan Jihan kini sedang dalam tempoh berpantang, tempat Jihan sebagai hos program Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) digantikan dengan penyanyi dan pelakon Elly Mazlein.
Sumber: Instagram Jihan Muse
Si manja suka bergambar? Jom, mama papa kongsikan foto aksi bayi anda bertemakan Jungle Cuties untuk peraduan Pencarian Bayi Pa&Ma! Mana tahu ada rezeki boleh menang banyak hadiah menarik. Nak hantar gambar anak klik saja link ini: https://www.majalahpama.my/pencarian-bayi-pilihan-pama/
Menunjuk, bukan sekadar kelakuan bayi sahaja, tapi ianya merupakan perkara yang besar dalam perkembangan mereka. Menunjuk merupakan kemahiran awal bahasa dan komunikasi untuk kanak-kanak.
Bila bayi mula menunjuk?
Bayi mula menunjuk di antara usia 7-15 bulan. Pada permulaan bayi menunjuk menggunakan keseluruhan tangan, tangan dalam 3 bulan selepas itu, mereka akan mula menunjuk menggunakan jari penunjuk pula.
Kenapa tunjuk?
Ada 2 sebab kenapa bayi menunjuk:
Untuk meminta sesuatu – Sebagai contoh, mereka inginkan sesuatu yang sukar mereka dapatkan, seperti biskut di atas rak yang tinggi
Untuk menarik perhatian – Sebagai contoh mereka menunjuk kepada objek yang mereka minat sepeti “kucing” atau orang yang lalu dihadapan mereka contohnya “bapa”
Kenapa penting?
Kelakuan menunjuk adalah tanda bayi telah memperolehi sebahagian kemahiran sosial dan komunikasi. Ini menunjukkan bayi boleh mendapatkan perhatian dari orang lain, menghantar mesej dan mempengaruhi aksi atau kelakuan orang lain kepada apa yang mereka tunjuk (dengan seluruh tangan atau jari).
Selain itu, menunjuk juga penting kerana ia membolehkan ibubapa atau orang dewasa bercakap mengenai perkara yang ditunjuk oleh bayi. Apabila bayi menunjuk, ia akan menggalakkan orang dewasa untuk melabel objek/orang yang diminati oleh bayi, dan ini akan membantu mereka untuk mempelajari perkataan.
Kemahiran meunjuk sangat berkait dengan perkembangan bahasa bayi dan kanak-kanak. Kajian menunjukkan bayi yang cepat menunjuk akan mempunyai kemahiran bahasa yang lebih baik untuk masa akan datang.
Bagaimana menggalakkan bayi menunjuk?
Satu cara yang paling baik dilakukan adalah dengan menunjukkan cara menunjuk dan sebab menunjuk pada bayi. Bayi akan mula memahami fungsi menunjuk apabila ibubapa menggunakan kemahiran tersebut dalam aktiviti harian mereka. Pada permulaan, anda boleh menunjuk kepada objek yang dekat dahulu seperti mainan, orang atau objek yang berhampiran atau tidak dapat dicapai. Kemudian, ibubapa boleh cuba menunjuk kepada objek yang lebih jauh pula seperti sesuatu yang menarik di luar rumah atau seberang jalan.
Menunjuk adalah kelakuan awal bayi yang mengujakan ibubapa. Ia sebenarnya menunjukkan yang bayi berfikir dan memberikan cara baru untuk berkomunikasi sebelum mereka boleh menyebut perkataan. Ia merupakan kemahiran yang sangat penting dalam perkembangan bayi dan kanak-kanak dan ia juga boleh dijadikan sebagai tanda yang bayi/kanak-kanak berada dalam peringkat yang betul dalam perkembangan bahasa dan komunikasi mereka.
Dapatkan nasihat dari professional sekiranya anak anda masih lagi belum menunjuk.
“Eh kenapa anak kau dah umur setahun setengah belum tumbuh gigi susu lagi? Anak aku dah.”
Tentu anda akan rasa risau bila orang cakap macam tu. Sebenarnya normal atau tidak anak dah umur setahun lebih masih belum tumbuh gigi? Apa tindakan yang ibu ayah patut buat?
Kalau anda bergelar ibu bapa kepada bayi berusia bawah 18 bulan, maka lebih baik baca penjelasan daripada Dr Iqbal Rosaliyang bertugas sebagai doktor gigi di Kementerian Kesihatan Malaysia.
Anak saya sudah umur 1 tahun, tetapi masih belum tumbuh gigi. Perlu ke saya risau?
Ya, perlu.
Walaubagaimanapun, lambat tumbuh gigi susu pertama adalah dikira normal dalam tempoh umur 15 bulan. Apabila gigi susu pertama mulai tumbuh, iaitu gigi depan bawah, gigi lain akan ikut sama keluar.
Jika, sudah melangkaui 1 tahun setengah atau 18 bulan, anak masih belum tumbuh gigi, bersegeralah ke klinik gigi.
Gigi susu ada 20 batang. Turutan gigi susu tumbuh begini:
Kacip bawah pertama: 6-10 bulan Kacip atas pertama: 8-12 bulan Kacip atas kedua: 9-13 bulan Kacip bawah kedua: 10-16 bulan Geraham atas pertama: 13-19 bulan Geraham bawah pertama: 14-18 bulan Taring atas: 16-22 bulan Taring bawah: 17-23 bulan Geraham bawah kedua: 23-31 bulan Geraham atas kedua: 25-33 bulan
Jadi, senang kata, kebanyakannya begini:
11 bulan – 4 batang gigi susu 15 bulan – 8 batang gigi susu 19 bulan – 12 batang gigi susu 23 bulan – 16 batang gigi susu 27 bulan – 20 batang gigi susu Anak tumbuh gigi susu lewat sedikit ini mungkin ada hikmahnya juga.
Anak boleh terus menyusu ibu dengan lebih lama tanpa risau anak menggigit dan kecederaan pada si ibu.
Ibu bapa juga belum perlu risau lagi tentang kesihatan gigi anak masing-masing sebab belum ada gigi lagi.
Apa-apa pun, kelewatan tumbuh gigi boleh menganggu juga seperti proses mengunyah makanan, percakapan dan kemungkinan menyebabkan gigi terimpak.
Oleh itu, jika anak sudah menjangkau 18 bulan, masih belum tumbuh gigi susu, bersegeralah ke klinik gigi.
Penyanyi, Adira Suhaimi dipuji ramai kerana mengumpulkan kesemua anak-anak bekas suaminya, Datuk Red sempena hari kelahiran bekas suaminya baru-baru ini.