Diam tak diam rupanya puteri kesayangan Erra Fazira, Engku Aleesya telah pun menginjak usia 9 tahun. Terasa sekejap je dia membesar. Bagi Erra Fazira kehadiran Aleesya ibarat kekuatan untuknya untuk menjadi seorang ibu yang terbaik.
Biarpun pernah melalui sisi gelap beberapa tahun lalu, itu bukanlah alasan untuknya dan bekas suami, Engku Emran memberi kasih sayang yang tak berbelah bahagi pada Aleesya.
Aleesya ibarat nyawa kepada Erra dan Engku Emran. Walaupun Engku Emran dah pun mendirikan rumah tangga dengan pelakon Indonesia, Laudya Cynthia Bella tapi ternyata keakraban itu tak pernah pudar. Paling mengembirakan, hubungan Bella dengan Aleesya pun sangat rapat.
Menerusi gambar yang dimuatnaik Erra di instagramnya, dia terasa Aleesya membesar dengan begitu cepat. Malah peminat Erra turut menyatakan semakin Aleesya besar wajahnya saling tak tumpah macam ibunya.
Kecomelan dan kepetahan Aleesya juga menarik perhatian netizen dan ramai yang mendoakan yang terbaik untuk puteri Erra. Mungkin juga cara Erra dan Emran yang bersikap profesional memberi kasih sayang pada puteri tunggalnya tak membuatkan Aleesya rasa kekurangan kasih sayang.
Semasa ulang tahun kelahiran Aleesya sebelum ini pun, tiada apa yang diharapkan oleh Erra melainkan diberi kesihatan yang baik padanya untuk dia membesarkan Aleesya menjadi hamba Allah yang taat dengan suruhanNya, membesar sebagai anak yang solehah dan baik budi pekerti.
Erra juga turut menyatakan sejak hadirnya Aleesya dalam hidupnya 9 tahun lalu, ibarat hadiah termahal diterimanya dan berharap hari-hari mendatang akan disinari dengan kegembiraan berpanjangan.
Kredit: Instagram Erra Fazira