Selepas berusia hampir dua bulan, pasangan selebriti Datin Almy Nadia dan Datuk Fizz Fairuz berkongsi nama dan wajah anak keempat mereka yang dilahirkan pada 7 Disember lalu.

Menerusi Instagramnya, Almy turut berkongsi beberapa keping gambar si comel kesayangan mereka beserta nama pilihan yang cukup indah, Nur Afrina Aisyah.

“Copy Paste Muka Ibu” Usia Anak 2 Bulan, Almy Nadia Kongsi Nama & Wajah Anak!

“Nur Afrina Aisyah nama diberi. Puteri no 4. Lahirnya 37 mimggu seberat 2.7kg. Syukur alhamdulillah.

“Sihat cukup sifat syukur sangat sangat alhamdulillah,” tulisnya berkongsi.

“Copy Paste Muka Ibu” Usia Anak 2 Bulan, Almy Nadia Kongsi Nama & Wajah Anak!

Malah menurut ibu kepada empat cahaya mata ini lagi, dia bersyukur kerana puteri keempatnya itu sihat membesar malah menunjukkan kenaikan berat badan yang memberangsangkan seperti bayi lain.

Di awal kelahirannya pada usia 37 minggu, berat Aisyah 2.7kg dan selepas sebulan naik 4kg.

“Copy Paste Muka Ibu” Usia Anak 2 Bulan, Almy Nadia Kongsi Nama & Wajah Anak!

“Cukup 1 bulan berat sudah 4kg. Bulan ni 8/2 cukup usia 2 bulan. Kita tunggu berapa berat dia @fizzfairuzofficial.

“Copy Paste Muka Ibu” Usia Anak 2 Bulan, Almy Nadia Kongsi Nama & Wajah Anak!

Sebiji muka ibu
Namun menariknya, perkongsian gambar si comel Nur Afrina Aisyah turut dikatakan wargamaya saling tak tumpah persis wajah ibunya terutama di bahagian mata.

Malah wajah comel Afrina Aisyah dipuji ramai akan kecomelannya, sama seperti kakak-kakaknya yang lain.

“Copy Paste Muka Ibu” Usia Anak 2 Bulan, Almy Nadia Kongsi Nama & Wajah Anak!

“Copy Paste Muka Ibu” Usia Anak 2 Bulan, Almy Nadia Kongsi Nama & Wajah Anak!

Semoga Afrina Aisyah terus sihat membesar dan menceriakan keluarga bahagia ini.

“Copy Paste Muka Ibu” Usia Anak 2 Bulan, Almy Nadia Kongsi Nama & Wajah Anak!

Terdahulu, Fizz Fairuz mengumumkan kelahiran puteri keempatnya itu pada 7 Disember lalu. Pasangan yang mendirikan rumah tangga pada April 2014 ini juga turut dikurniakan dengan tiga orang puteri lain.

Menarik:10 Kali Kira Jari Anak Tapi Waktu Tu Dia Tenang, Sweetnya Ucapan Aiman Hakim Buat Isteri

Dengar cerita ada yang tak nak balik sebab seronok sangat main air. Faiz Dickie sempat tunjuk bakat terjun sampai perut mengandung pun hilang. Nak tahu siapa juara challenge kali ini, kenalah tengok sampai habis.

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI