Mama papa jangan pelik kalau corak tidur bayi berubah!  Yang penting, pastikan tidur cukup kalau nak anak bijak!

Tahun pertama kehidupan si kecil tahun menyaksikan pertumbuhan dan perkembangan yang luar biasa dan drastik. Demikian juga corak dan tempoh masa tidur juga berubah.

5 SEBAB TIDUR PENTING BAGI BAYI

Janin dalam kandungan tidur selama 16 hingga 20 jam sehari manakala bayi yang baru lahir akan tidur 16 hingga 17 jam sehari. Kebanyakan mereka tidak akan berada dalam keadaan jaga hanya dua hingga empat jam sehari pada minggu-minggu pertama kehidupan mereka. Rapid Eye Movement (REM) yang berlaku pada 60% hingga 80% dalam tempoh fasa tidur aktif menyaksikan aktiviti otak. Peratusan REM akan menurun seiring peningkatan usia. Ini menjawab kenapa bayi dan kanak-kanak tidur lama dan apakah kepentingannya kepada perkembangannya.

1.Doktor percaya REM ini akan memberikan peluang kepada otak untuk ‘aktif’ menerima stimulasi dan selain daripada rangsangan melalui aktiviti sensori fizikal.

2.Tidur amat penting untuk perkembangan neural kerana ketika tidur, bahagian otaknya dirangsang.

3.Pada masa bukan fasa REM, tidur akan memberikan si manja rehat dan salah satu proses menyegarkan kembali tubuh.

4.Kajian yang dilakukan mendapati kanak-kanak yang tidak mendapat tidur yang cukup boleh mengalami pembangunan neurologi yang terjejas.

5.Kanak-kanak yang mendapat tidur yang cukup akan menjadi lebih peka, cukup rehat, ceria dan bersedia untuk menerokai ilmu baru.

Corak Tidur Bayi Berubah Ikut Umur, Mama Papa Jangan Pelik. Paling Mustahak Pastikan Tidur Cukup!

Purata bayi daripada lahir hingga satu tahun akan mengalami pertambahan berat sebanyak tiga kali ganda dan pertumbuhan ketinggian yang ketara dalam satu tahun pertama. Dan itu tidak semua – antara kelahiran dan 12 bulan, bayi anda akan belajar meniarap, duduk, merayap dan merangkak dan mungkin juga berjalan.

CORAK TIDUR BAYI BARU LAHIR – 3 BULAN

Bayi yang baru lahir secara purata keperluan tidurnya ialah kira-kira 16-17 jam sehari! Tetapi tidurnya masih belum tetap. Bayi baru lahir perlu menyusu setiap 2 hingga 4 jam sekali dan kebanyakan bayi baru tidur selama satu atau dua jam pada satu masa (dan kadang-kadang kurang dari itu!)

Pada usia 4-6 minggu, bayi yang baru lahir memerlukan lebih kurang 14-16 jam setiap hari. Pada usia 8 minggu, bayi akan mula tidur untuk tempoh yang lebih pendek pada siang hari dan tidur lebih lama pada waktu malam (walau bagaimana pun bayi akan tetap bangun beberapa kali setiap malam untuk menyusu).

Walaupun corak tidur ini meletihkan untuk anda, yakinlah bahawa bayi lama kelamaan akan mula menetapkan waktu tidurnya. Jangan risau fasa berjaga malam yang sedang dilalui pada peringkat ini tidak akan kekal lama!

Corak Tidur Bayi Berubah Ikut Umur, Mama Papa Jangan Pelik. Paling Mustahak Pastikan Tidur Cukup!

 

CORAK TIDUR DARI 3 – 6 BULAN

Bagi bayi yang berumur 3 atau 4 bulan, anda akan mungkin mendapati corak tidurnya mulai tersusun. Tidur siangya juga lebih singkat dan tidur malam yang lebih lama (walaupun tidak semua bayi mengalaminya.) Jika bayi anda mula membuat jadual tidurnya sendiri, perhatikan bila waktunya mengantuk dan tidur setiap hari.

Tidur siang juga boleh menjadi lebih jelas pada ketika ini. Bayi berumur 4 bulan memerlukan kira-kira  5 kali tidur siang; bayi 6 bulan memerlukan lebih seperti 3 atau 4 tidur siang setiap hari. Jangan bimbang jika tidur siang ini tidak berlaku pada waktu yang sama setiap hari. Ia normal!

Semasa peringkat usia ini, regresi tidur 4 bulan boleh berlaku. Ini adalah titik di mana pola tidur bayi anda berubah secara kekal; itu juga sebab mengapa beberapa bayi yang telah tidur bayi menjadi tidak tetap tanpa sebab. Tiba-tiba dia akan berjaga kerap dan kurang tidur. Ini juga merupakan titik di mana anda boleh memulakan latihan tidur bayi anda (walaupun ini adalah usia yang paling awal yang disyorkan untuk pembinaan tidur, jadi ia juga perlu menunggu lebih lama.)

Walau bagaimana pun, mama dan papa perlu tahu yang ramai bayi berumur 6 bulan masih memerlukan 1 – 2 kali waktu menyusu pada waktu malam. Bayi anda akan tidur lebih lama pada waktu malam dan tidur dalam tempoh yang lebih pendek pada waktu siang.

Corak Tidur Bayi Berubah Ikut Umur, Mama Papa Jangan Pelik. Paling Mustahak Pastikan Tidur Cukup!

CORAK TIDUR DARI 7 – 9 BULAN

Pada usia 7 bulan, kebanyakan bayi sudah bersedia mengikuti jadual waktu tidur yang dianggarkan dalam bentuk carta walaupun tidak semestinya perlu dipatuhi 100%. Pada 7 bulan, bayi anda memerlukan antara 2 atau 3 tidur pada waktu siang (tidur kali ketiga mungkin akan menjadi lebih singkat, jika bayi anda mengambil 3 kali tidur siang). Walau bagaimanapun, semasa 8 bulan, bayi akan beralih kepada dua kali tidur pada waktu siang iaitu tidur tengah hari dan tidur petang.

Jangan lupa bahawa regresi tidur masih boleh berlaku pada masa ini dan ia boleh mengganggu tidur bayi. Regresi tidur yang berlaku sekitar 8 atau 9 bulan kebanyakannya disebabkan oleh perkembangan fizikal bayi anda sedang mengalami masa ini – belajar merangkak, mencuba untuk berdiri, berpaut dan mungkin bertatih!

Bayi akan tetap bangun untuk menyusu sekurang-kurangnya sekali pada waktu malam dianggap biasa pada ketika ini pada sekitar usia 9 bulan. Ini akan membantu anda menentukan sama ada bayi anda masih memerlukan satu kali sesi penyusuan pada waktu malam.

Corak Tidur Bayi Berubah Ikut Umur, Mama Papa Jangan Pelik. Paling Mustahak Pastikan Tidur Cukup!

 

CORAK TIDUR DARI 10 – 12 BULAN

Bayi pada usia ini kebanyakannya akan tidur sepanjang malam dan tidak perlukan penyusuan pada waktu malam. Walau bagaimanapun ada sesetengah bayi akan terus memerlukan sekurang-kurangnya sekali penyusuan semasa waktu tidur malamnya. Kebanyakan bayi mengambil dua tidur siang setiap hari semasa usianya 10 bulan dan berkurangan kepada sekali sahaja pada usia 12 bulan hingga 18 bulan.

Pada ketika ini, jika bayi anda masih tidak mempunyai jadual waktu siang yang boleh diramal. Jadi mama dan papa bolehlah cuba menentukan pukul berapa yang sesuai untuk tidur siang. Ini akan membantu memastikan bayi anda mendapat tidur yang cukup dan tidurnya teratur dengan baik (iaitu dia tidur cukup nyenyak, tetapi tidak memberi kesan kepada tidurnya pada waktu malam).

Pada usia ini, mama dan papa boleh memastikan bayi  mempunyai waktu tidur yang konsisten. Waktu tidur yang konsisten merupakan komponen penting dalam jadual harian yang baik. Terdapat juga bukti untuk mencadangkan bahawa mewujudkan tabiat pada usia awal untuk tidur pada waktu yang sama setiap malam boleh memberi manfaat kepada anak- apabila mereka melangkah ke peringkat persekolahan. Kanak-kanak yang tidur pada waktu yang sama setiap malam dan mendapat tidur cukup berkelakuan lebih baik dan boleh mempunyai preastasi yang bagus di sekolah.

Corak Tidur Bayi Berubah Ikut Umur, Mama Papa Jangan Pelik. Paling Mustahak Pastikan Tidur Cukup!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI