Syasya Rizal, bekas anggota kumpulan Dolla, membawa khabar gembira dengan kelahiran cahaya mata pertamanya pada Isnin.
Syasya, atau nama sebenarnya Nursyasya Afiqah Shahrizal, 23, meluahkan rasa syukur atas kelahiran bayi lelaki yang kini menjadi amanah besar untuk dijaga bersama suaminya, Nasrullah Mohd Sapie.
Lebih manis, pasangan itu sepakat memberikan nama indah, Muhammad Yassir Hayyan, kepada cahaya mata sulung mereka.
“Alhamdulillah, ini adalah nikmat terbesar dan amanah untuk mama dan baba. Selamat datang, Muhammad Yassir Hayyan,” kata Syasya dalam satu hantaran di Instagram.
Syasya turut menceritakan bagaimana pada awal tahun ini dia memohon kepada Allah SWT untuk kehidupan yang lebih baik. Tidak disangka, doanya dimakbulkan dengan kehadiran bayi lelaki di penghujung tahun sebagai hadiah terindah.
Ads
LUAH RASA SYUKUR
“Awal tahun ini, saya berdoa untuk kehidupan yang lebih baik dan penuh cinta. Syukur, Allah kurniakan rezeki ini kepada kami,” tambahnya lagi.
Ads
Pada bulan September, Syasya mengumumkan kehamilan pertamanya, dan kini dia serta suaminya menyambut kehadiran permata hati mereka dengan penuh syukur dan kegembiraan.
Untuk rekod, Syasya dan Nasrullah mendirikan rumah tangga pada 20 April lalu.
Selamat menyambut cahaya mata ketujuh, penyanyi Datuk Jamal Abdillah memaklumkan dia dan isterinya Datin Zai Izzati membuat keputusan untuk ‘tutup kilang’.
Memetik Astro Gempak, Jamal berkata, dia dan isteri membuat keputusan untuk mengikat salur peranakan atau Bilateral Tubal Ligation (BTL) kerana merasakan sudah sampai masanya.
Tambah Jamal lagi, keputusan itu diambil bagi mengelakkan risiko tinggi jika hamil lagi apatah lagi isterinya sudah menjalani proses melahirkan secara Czer sebanyak lima kali.
Pun begitu katanya lagi, dia bersyukur kerana dianugerahkan zuriat lelaki dan perempuan yang ramai.
“Saya sebenarnya dah buat keputusan dengan isteri saya untuk mengikat salut peranakan. Maknanya tidak ada lagi, selepas ini tak ada anak lagi.
“Saya rasa dah cukup, lagipun isteri juga melahirkan secara czer sebanyak lima kali. Saya dan dia risau juga, takut kalau kali keenam czer juga takut pula. Alhamdulillah semuanya sempurna,” katanya.
Terdahulu Jamal dan isterinya selamat menimang cahaya mata kelima mereka, seorang bayi perempuan yang diberi nama Magdalena Yamani.
Jamal dan Zai mendirikan rumah tangga pada 1 April 2017. Pasangan itu dikurniakan empat cahaya mata iaitu Nur Azura Yamani, 5; El Isaac Yamani atau Zack, 4; Iskandar Rayyan Yamani, 3 dan Rahil Laura Salsabila Yamani, setahun.
Menerusi perkahwinan terdahulu Jamal dikurniakan dua anak lelaki yang juga penyanyi, Osama Yamani, 21, dan Ahmad Zaki Yamani, 17.
SUMBER: Astro Gempak
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ibu mana yang tidak terkesan dengan masalah yang melanda anaknya. Sejak kemelut rumah tangga pasangan selebriti Syamsul Yusof dan Puteri Sarah berlaku, boleh dikatakan ibu kepada pengarah terbabit iaitu Datin Patimah Ismail sering memuat naik hantaran di Instagram Story menunjukkan dirinya sokong menantunya berbanding anaknya sendiri.
Malah melalui perkongsian terbarunya, Datin Patimah turut memuat naik gambar cucu sulungnya, Syaikhul Islam yang merupakan anak lelaki sulung Syamsul dan Puteri Sarah.
Isteri kepada Datuk Yusof Haslam itu memuji Syaikhul kerana pandai menjaga adik perempuannya, Sumaiyah.
“Syaikhul seorang Abang yang menjaga adiknya Sumayyah dengan baik.
“Kerana dia tahu hanya dia saja lelaki dalam hidup adiknya,” tulisnya di Insta Story.
Menerusi perkongsian gambar itu, kelihatan dua beradik yang cukup akrab itu kelihatan berpelukan erat tanda kasih sayang bersama mereka.
Terdahulu sebelum ini, Puteri Sarah memberitahu ibu mentuanya, Datin Patimah turut menawarkan diri untuk menjadi pencelah dan saksi dalam krisis rumah tangganya yang berlanjutan.
Ajal maut semuanya rahsia Allah. Namun pemergian mengejutkan empat ahli keluarga serentak benar-benar memberi trauma buat seorang lelaki yang menjadi saksi kehilangan insan tersayang dalam kemalangan menyayat hati.
Ibu ayah, isteri dan anak meninggal
Menerusi laporan Sinar Harian, empat sekeluarga termasuk kanak-kanak lelaki berusia lima tahun maut manakala kanak-kanak lelaki cedera parah selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki mereka dirempuh kenderaan lain.
Difahamkan, kejadian tersebut berlaku di simpang tiga Jalan Kolam Machap, Alor Gajah sekitar jam 7.45 minit pagi.
Kesemua mangsa iaitu warga emas, Ibrahim Daud, 71, meninggal dunia di lokasi kejadian. Manakala isterinya, Latipah Dorahim, 66, menantu mereka, Syazana Tharin, 30, serta cucunya, Yusuf Daniel Muhammad Izwan, lima tahun meninggal dunia sewaktu mendapat rawatan di Hospital Alor Gajah kerana mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, ketika kejadian kesemua mangsa menaiki MPV jenis Toyota Estima yang dipandu Muhammad Izwan Ibrahim, 30, dalam perjalanan dari arah Selandar ke Alor Gajah.
Bagaimanapun, setibanya di simpang tiga berkenaan, sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Land Crusier yang dipandu lelaki berusia 59 tahun dari arah Durian Tunggal keluar dari persimpangan secara tiba-tiba sebelum membelok ke kanan menghala ke arah Selandar.
Dah cuba mengelak dan membrek
Tambah beliau, Muhammad Izwan cuba mengelak ke arah kanan dan membrek sejauh lima meter namun terlanggar bahagian kiri hadapan kenderaan pacuan empat roda terbabit.
Dalam kejadian tersebut, Muhammad Izwan dilaporkan terselamat dan tiada sebarang kecederaan sementara anak lelakinya seorang lagi, Aniq Fahim sedang dirawat di zon merah di hospital yang sama.
Berkali-kali sebut minta maaf
Apa yang lebih menyayat hati apabila Muhammad Izwan dilihat tidak henti-henti meraung meminta maaf sambil memegang tubuh salah seorang anaknya.
“Nak, ayah minta maaf nak. Allahu akbar nak, ayah minta maaf. Adik, ayah minta maaf,” katanya berkali-kali”
Dalam pada itu, Arshad memaklumkan pemandu kenderaan pacuan empat roda itu telah dibawa ke hospital kerana mengalami sakit dada.
“Pemandu berusia 59 tahun kemudian ditahan polis lebih kurang jam 11 pagi semasa memberi keterangan di Balai Polis Trafik Alor Gajah,”ujar Arshad.
Kesemua jenazah mangsa telah diserahkan kepada pihak Hospital Alor Gajah untuk proses bedah siasat dan kenderaan terlibat juga ditahan untuk pemeriksaan Puspakom.
Kes disiasat di bawah Seksyen Sek 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan saksi kejadian diminta tampil bagi membantu siasatan polis.
Didie Alias datang lawat Amyza Aznan, beri semangat, rai hari jadi ke-19 Andre di wad. Pelakon Didie Alias telah meluangkan masa untuk melawat anak kepada sahabatnya, Amyza Aznan, yang kini sedang menerima rawatan di hospital akibat penyakit kanser paru-paru.