Farah Lee, blogger dan instafamous yang kini menuntut di Leeds, United Kingdom dalam bidang Pendidikan Khas Kanak-kanak berkongsi cara menegur anak yang tersilap pilih perkataan dalam ayat.
Nak tegur anak yang buat kesilapan dalam ayat ada caranya agar emosi anak tak tercalar dan anak tak takut untuk bercakap. Perkongsian daripada beliau di instagramnya mendapat tontonan sebanyak 16 ribu pengikut.
My first #FLchampioningchildhood vlog. More to come but please focus pada omma bukan pada si attention seeker yang sedang menggemuk itu.
Let me share a story. I know this one guy terer English, dan dia suka tegur directly bila orang salah grammar even depan ramai orang. When I got to know his friends, most of them cakap one thing they remember about this guy is dia suka betulkan English orang ? See, adult yang dah rational pun boleh tercalar emosi sampai they particularly remember, apatah lagi kanak2 yang senang tercedera emosi mereka ini. Correcting is good, tapi ada adabnya.
Anyway, this is one of the tips untuk encourage anak2 banyak bercakap dan banyak perkataan juga.
Ads
Pada yang pernah try boleh share pengalaman di sini, pada yang belum, boleh start amalkan. You’ll be amazed by how the kids akan ulang balik ayat mereka yang salah tu, menggunakan perkataan yang betul selepas kita indirectly tegur tadi (they listen).
Bila kita selalu tegur directly, secara tak langsung akan create bigger gap between adulthood and childhood. Akan menjurus kepada kanak2 refuse to try using new words, less conversation between adult-kid sebab mereka rasa tak selesa because of the gap created by us, leads to less exposure to new vocab etc.
Halus je benda ni pada kita kan.? But it’s biggg to them tiny creatures. That’s how they learn life. Kita boleh ubah cara parenting kita dengan anak supaya mereka boleh belajar dengan lebih efisien.
Ads
Rata-rata netizen bersetuju dengan cara beliau dan ada juga yang melakukan kaedah yang sama sepertinya.
Betul.. saya pun selalu buat macam tu bila nak betulkan ayat anak.. ulang balik apa yang dia cakap tapi dengan struktur ayat yang betul.
Thanks for sharing, boleh apply dekat my nephews
Ads
Exactly what the speech therapist aja..cannot say salah..just ulang dgn perkataan yang betul..kalau cakap salah akan discourage diaorang nak cakap
Anak adalah permata hati bagi ibu ayah.Tetapi apabila anak-anak menunjukkan karenahnya yang mengada-ngada, sebenarnya ia bukanlah satu masalah yang besar!
Tindakan ibu ayah apabila anak bersifat mengada-ngada kadang kala akan cepat nak marah sehingga anak lagi menunjukkan perangai yang lebih buruk. Berikut antara tindakan yang boleh dilakukan yang dikongsikan oleh Ibu Farish dalam blognya.
1 – Merengek Tanpa Sebab
Perasaan cemburu memang ada dalam diri manusia dan sukar dibendung. Tidak terkecuali kanak-kanak juga mempunyai perasaan cemburu. Kehadiran adik baru, membuatkannya berasa cemburu apabila dia merasakan dirinya tidak lagi disayangi oleh ibu dan ayah..
Perasaan cemburunya lebih membuak apabila perhatian yang diberikan pada adiknya melebihi dari dia. Disebabkan itu, dia akan merengek tanpa diketahui sebab munasabah.
Tindakan kita :
Luangkan masa dengannya dan ajak dia bermain bersama-sama.. Diwaktu ini, jangan lakukan perkara lain, hanya fokus kepadanya sahaja. Dengan cara ini, dia akan merasakan dirinya disayangi oleh ibu dan ayahnya.
2 – Menangis Apabila Permintaannya Tidak Dipenuhi
Kebanyakan kanak-kanak pasti akan mengamuk tidak kira di mana jua sekiranya permintaannya tidak dituruti. Malahan, ada sesetengah akan berguling-guling dilantai walaupun sudah dipujuk.
Tindakan Kita :
Ibu atau ayah boleh cuba mengalih perhatian anak apabila ternampak tanda-tanda seperti dia akan mengamuk. Contohnya muka anak merah atau mula hendak menangis.
Tenang menghadapi kerenah anak dan elakkan daripada memarahi atau menjerit padanya kerana itu tidak membantu. Memberi pelukan dan ciuman amat membantu untuk menenangkannya.
3 – Memilih Makanan
Masalah memilih makanan ini juga sering dialami oleh ibu-ibu. Bermacam cara dibuat seperti menghidangkan pelbagai jenis makanan namun tetap tidak dapat nak pancing selera anak-anak.
Ada juga sesetengah daripadanya akan meminta ibunya memasak makanan yang dia inginkan, namun selepas dimasak dia langsung tidak menjamahnya. Kerenahnya ini memang boleh buatkan kita hilang kesabaran. Lebih memeranjatkan, mereka meminta kita membeli makanan ringan!
Tindakan Kita :
Kita perlu memastikan waktu makan berjalan dalam suasana yang menggembirakan terutamanya anak-anak. Disamping itu, disiplin waktu makan amat penting untuk mengajar mereka adab tertib ketika makan.
Ajak anak-anak makan bersama-sama anda. Hindarkan memberi snek diluar waktu makan, kerana itu juga menjadi punca mengapa mereka menolak waktu makan. Ini kerana mereka sudah kenyang dengan snek!
4 – Suka Merajuk
Kanak-kanak yang suka merajuk adalah kerana hati mereka yang kurang selesa. Mereka marah tidak diberikan perhatian dan mengalihkan marahnya pada merajuk.
Tindakan Kita :
Untuk memujuknya, biarkan dia seketika untuk dia redakan rasa tidak puas hatinya itu.. Kemudian barulah kita pergi kepadanya dan bertanyalah kepadanya dengan penuh kasih sayang sambil memeluknya, mengapa dia bersikap begitu.
Katakan padanya, kita amat menyayanginya dan berharap dia dapat menunjukkan sikap yang baik setiap masa.
5 – Membantah Cakap Anda
Ramai juga ibubapa yang mengeluh tentang sikap anak mereka yang tidak mahu mengikut atau mendengar apa yang mereka perintahkan..
Setiap kali diminta untuk mengemas mainannya, jangan menyepahkan baran mainan, jangan menonton televisyen terlalu lama, namun ada sahaja alasan yang diberikan oleh anak-anak. Walaupun kita sudah beritahu itu adalah sikap yang tidak baik.
Tindakan Kita :
Biasakan diri kita untuk mendengar alasan anak, kemudian tanyakan kepadanya mengapa dia tidak mahu mengikuti perintah kita.
Jelaskan kepadanya mengapa dia harus mendengar nasihat kita dan bercakaplah dengan nada yang lembut tetapi tegas dengan menjelaskan bahawa kita tidak menyukai sikapnya yang tidak menghormati.
Sekarang ibu-ibu dan ayah-ayah sudah faham kan bagaimana kita mahu menangani masalah anak yang bersifat mengada-ngada ini? Yang penting, kita perlukan banyak kesabaran dalam menghadapi perangai anak-anak ini.
Sumber: ibu farish
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kadang tak faham kenapa anak suka merengek tak tahu hujung pangkalnya. Memang boleh mendatangkan stres apatah lagi kalau baru balik kerja. Bila ditanya lagi kuat rengekan si kecil.
Jangan terus marah anak, sebenarnya si kecil yang suka merengek ni ada sebabnya. Antara sebab utama mereka mahukan perhatian daripada ibu dan ayah. Tetapi mereka tak tahu cara untuk memberitahu.
Ini antara ilmu penting yang semua ibu ayah kena pelajari bila ada anak. Cara nak kendalikan anak merengek dan meragam tanpa kita tahu puncanya adalah sebahagian ilmu penting yang mesti dipelajari.
Jom baca perkongsian daripada saudara Hazhari Ismail, Pensyarah Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Universiti Sultan Azlan Shah.
*Merengek = Whine/Whining
Ya ampunn. Benda yang paling kita boleh kategorikan sebagai annoying buat ibu bapa dan pengasuh/guru apabila kanak-kanak yang suka sangat merengek. Lagi-lagi kalau merengek yang tak tahu hujung pangkal dan tidak tahu bila lah nak stop.
Situasi bertambah buruk jika ia berlaku selepas ibu bapa pulang bekerja dan dalam keadaan penat terpaksa berhadapan dengan anak yang merengek tidak tentu hala. Lagi mencabar kesabaran jika ia berlaku di kawasan awam. Sebabnya, kita tidak mahu bertukar jadi singa sambil diperhati keliling. Apatah lagi nak melontar suara yang berpitch tinggi di tempat public. Apa lagi yang tidak kena dengan budak ini?
Kemahiran verbal si kecil
Kanak-kanak lazimnya akan merengek setiap masa. Cuma adakah ia sekejap atau lama. Bagi mereka yang berumur bawah 2 tahun, merengek ini adalah NORMAL. Tiada masalah.
Kita boleh anggarkan kemahiran verbal baru nak develop. Verbal tau. Bukan non-verbal ya.
Non-verbal dah lama praktis seperti menangis, angkat tangan, senyum, hentak kaki dan sebagainya. Tetapi, kemahiran untuk bercakap itu masih belum lancar. Boleh jadi, kerana vocab yang masih kurang. Sebab itu, mereka hanya berkomunikasi melalui whining (merengek) dan kalau teruk boleh capai tahap tantrum (mengamuk).
Ingat lagi tak ketika anak anda masih di peringkat bayi, anda boleh bezakan setiap jenis tangisan mereka. Oh, tangisan ini sebab lapar nak susu. Tangisan yang kuat boleh jadi sebab perut tak selesa. Tangisan cara lain mungkin sebab cedera atau ketakutan. Tak pun, ini menangis saja-saja. Menangis manja. Hebat kan? Sebab itu sahaja medium si kecil untuk bercakap dengan orang dewasa.
Cara penyelesaiannya
Jadi kita nak buat apa ini? Betul, cari punca dahulu. Sebab kita tidak mahu beri solution yang salah. Boleh jadi, kanak-kanak ini cranky sebab tak cukup tidur, atau mahukan mainan etc. Secara umumnya, mereka merengek sebab mahukan perhatian.
Sebab dari kecil lagi, mereka dah buat banyak trial and error. Contohnya , dengan merengek, mereka akan dapat attention dari ibu bapa. Mereka dah cuba, kalau nak minta dukung, kena merengek dahulu kerana mereka yakin, selepas merengek si ibu atau bapa angkat dukung untuk menenangkan mereka. Dan cara merengek ini Berjaya!
Jika si anak merengek sebab tidak tahu nak kawal emosi atau sengaja merengek, beritahu mereka dengan jelas dan tetapkan rules yang anda tidak akan respon atau melayan mereka selagi mereka tidak bercakap dengan betul (tidak merengek). Benar, kanak-kanak tidak sedar dan tidak tahu yang mereka sedang merengek. Jadi, beritahu mereka yang mereka sedang merengek dan anda tidak akan bercakap dengan orang yang merengek. Dengan jelas.
Macam saya tulis tadi, merengek akan berterusan sehingga tantrum. Pastikan tantrum mereka tidak menyakiti fizikal mereka dan anda juga. Turn back, buat-buat tidak layan dan menjauhkan diri (sambil memerhati). Sebab mungkin mereka mengamuk depan kita, bila kita jauh mereka berhenti. Bila mereka dah berhenti, kembali kepada mereka dan puji mereka sebab dah berhenti mengamuk, Kasihan air mata dah tiada, tangan dan kaki dan penat bergerak sebab ngamuk etc.
Peluang mengajar
Di sini ibu bapa berperanan untuk mengambil peluang untuk mengajar bahasa kepada mereka. Cakap sebaris dengan mata mereka perkataan atau bunyi, dalam pada masa yang sama dapat menenangkan mereka yang tidak keruan. Jadi, bila mereka dah banyak vocab, bunyi-bunyi merengek itu akan hilang.
Jadi, bila mereka merengek, again. Jangan bercakap, jangan sentuh, jangan tengok pun.
Bila kita tetapkan rules, benda yang wajib perlu buat adalah konsisten. Kurangkan bertoleransi dengan rules. Jika tidak, rules yang anda tetapkan berjaya dipatahkan oleh si anak. Ini yang selalu tak menjadi. Ibu bapa ingat mereka dah tetapkan peraturan, tapi terlupa untuk konsisten. Bila sebut rules, jangan pula cakap keras, tengking-tengking ya. Cakap dengan penuh kasih sayang.
Dan jika, si kecil berjaya mengikut rules yang ditetapkan yang menunjukkan mereka faham merengek bukan cara terbaik untuk meminta sesuatu, maka ibu boleh reinforce mereka seperti memberi rewards. Contohnya, puji, peluk, cium etc.
Di rumah, si kecil akan melihat orang dewasa sebagai contoh yang terbaik. Boleh jadi, ibu bapa kerap merungut (bukanlah merengek macam budak kecil). Si ibu merungut kepada si ayah. Ayah merungut sambil buat kerja. Dan mereka melihat itu adalah okay.
Rupa-rupanya, mereka start merengek sebab melihat kita selalu merungut di rumah.
Maka, hati-hatilah berkata-kata depan anak ya. Moga dimudahkan.
Sumber: Hazhari Ismail
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Menguruskan perasaan marah mengikut sunnah adalah cara terbaik yang sepatutnya dilakukan oleh semua terutamanya yang bergelar ibu ayah kepada anak kecil yang banyak ragam. Tentu anda biasa rasa cepat nak marah pada si kecil kan? Stres, penat, letih dengan pelbagai urusan rumah tangga dan melayan kerenah anak-anak kecil kadangkala menyebabkan kita cepat nak marah.
Memang sifat marah dan panas baran tak boleh lari daripada sebahagian hidup kita. Sebenarnya tak ada manusia pun yang suka jadi orang yang cepat marah apatah lagi kalau dah menjadi ibu ayah. Biasanya lepas marahkan anak, seorang ibu atau ayah itu akan rasa menyesal kerana tidak mampu mengawal emosi menghadapi karenah anak.
Bukan kita suka sifat pemarah itu dan bukannya kita tak cuba untuk mengurangkan atau menghilangkan ia namun masih akan berulang. Menjadi ibu ayah yang pemarah dan bengis dalam mendidik anak-anak bukanlah satu sikap yang baik.
Garang kepada anak harus bertempat. Marah pada perkara yang membahayakan keselamatan anak atau sikap tak beradab memang perlu dilakukan supaya anak tak ulang lagi kesalahannya. Tapi kalau sepanjang masa sentiasa nak marah dan bengis walaupun hal-hal kecil seperti anak tertumpahkan air minuman maka sesuatu perlu anda lakukan.
Jangan sampai anak tak boleh langsung buat silap. Dah namanya kanak-kanak tentu sahaja mereka masih dalam proses pembelajaran yang akan sering melakukan kesilapan. Terpulang pada kita nak cuba atau tak usaha mengawal tahap kemarahan. Tetapi yang sebaiknya sebagai penganut agama Islam kita contohi cara yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w untuk mengurus kemarahan.
Amalkan cara urus marah ikut sunnah supaya ia boleh jadi kaedah terbaik untuk elak rasa cepat marah pada si kecil dalam masa yang sama kita dapat pahala.
Bila rasa nak marah cepat-cepat baca doa perlindungan audzu billahi minashaytan nirajim yang bermaksud “Aku berlindung kepada Allah dari syaitan yang direjam”
2. Mengubah posisi badan
Meninggalkan tempat yang menyebabkan anda marah. Sabda Baginda: “Apabila seseorang kamu marah, sedang dia berdiri, maka duduklah, jika marahnya berhenti (maka baiklah) jika belum, maka hendaklah dia berbaring.” (HR Ahmad & Abu Daud)
3. Berdiam diri itu adalah lebih baik
Api kemarahan akan bertambah marak sekiranya ada yang cuba ‘membakarnya’. Jadi demi untuk mengawal marah, hendaklah berdiam diri daripada menengking dan membebelkan si anak. Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah telah bersabda: “Bukanlah orang yang kuat itu orang yang selalu menumpaskan orang lain, sesungguhnya orang yang kuat ituu adalah orang yang dapat mengawal diri ketika marah.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
4. Berwuduk
Mengambil wuduk dapat mengurangkan perasaan marah. Sabda Nabi s.a.w: “Sesungguhnya marah itu dari syaitan. Syaitan itu dijadikan daripada api, apabila kamu marah, maka hendaklah dia mengambil wuduk.” (Abu Daud)
5. Solat sunat
Ketika sedang marah, manusia mengalami ketegangan saraf terutama saraf otak dan sedang bergelut dengan kekuatan hawa nafsu yang sangat dahsyat iaitu kekuatan hasutan syaitan. Maka ajaran Nabi s.a.w supaya mengubah kedudukan diri dari berdiri kepada duduk dan dari duduk kepada berbaring bertujuan untuk mengurangkan ketegangan saraf otak dan saraf-saraf lain.
Sekiranya pergerakan fizikal itu masih tidak boleh meredakan emosi, Nabi s.a.w berpesan supaya segera berwuduk dan dirikan solat sunat dua rakaat. Tujuannya supaya si pemarah segera berlindung kepada kekuatan Allah untuk mengusir kekuatan syaitan yang menjelmakan diri dalam bentuk sikap marah dan emosi tidak terkawal.
Semoga dengan mengamalkan cara mengurus rasa marah mengikut sunnah Rasulullah s.a.w, kita semua mampu menjadi ibu bapa yang dapat mengawal sikap marah berlebihan terhadap anak-anak.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Common sense perlu dididik dari rumah sejak anak masih kecil. Dalam dunia yang semakin mencabar hari ini, common sense atau akal fikiran yang waras adalah sesuatu yang semakin jarang dilihat.