covid guna

Sesungguhnya wabak COVID-19 satu ujian buat kita semua. Banyak yang berubah sejak ia melanda Malaysia. Ramai yang kehilangan sumber pendapatan, tahap kesihatan yang terjejas malah sesi persekolahan juga terpaksa dihentikan seketika sehingga masalah ini reda.

Kini kita bersyukur, hasil kerjasama seluruh rakyat Malaysia dengan kerajaan, kita dapat melihat keadaan semakin pulih. Banyak hikmah yang berlaku di sebalik ujian ini. Melalui penulisannya, Siti Suryani Yaakop berkongsi tentang perkara yang dipelajarinya sepanjang dua tiga bulan ini.

COVID-19 Ujian Berat Rakyat Malaysia, Tapi Banyak Hikmah Tersembunyi. Rupanya Ini Yang Jadi!

Ikuti perkongsi menarik ini.

Covid ni menjadikan saya semakin kuat percaya pada janji Tuhan…bila DIA hantar sesuatu musibah, pasti DIA hantar bersama dengan hikmah.

Artikel Lain: [Virus COVID-19 Sekitar 2 Tahun Baru Ada Vaksin. Hadkan Bawa Anak Ke Tempat Umum]

Hikmah ni begitulah. Tak dapat dibaca dan disedari dalam sehari dua. Kadang makan bulan baru kita rasa manisnya.

Saya simpan sini sebagai kenangan. Benda-benda yang telah saya dapat selama dua tiga bulan.

1. Saya rasa selama berpuluh tahun kita jadi rakyat Malaysia, ini pertama kali kita punya Perdana Menteri dan barisan menteri yang sangat baik, ambil berat, menenangkan, kool dan tak candu dengan politik. Orang lain sibuk nak buat apa pun, mereka sikit tak risau dan tak terjejas.

2. Malaysia Boleh! Selama ni kita laung, tapi kadang kita tak berapa yakin. Kali ni terbukti kita memang boleh. Dari negara kecil yang orang tak pandang, sekarang satu dunia kagum dengan kita.

IKLAN

Saya belajar begitulah. Letakkan satu benda walau tak nampak nilainya pada tangan yang betul. Ia mampu jadi luar biasa.

3. Saya belajar beratur dan bersabar walaupun saya orang yang tak boleh sabar menunggu sebelum ini. Masuk kedai, sabar. Tunggu barang pos, sabar. Ikut prosedur, sabar. Roti Gardenia habis, sabar….

COVID-19 Ujian Berat Rakyat Malaysia, Tapi Banyak Hikmah Tersembunyi. Rupanya Ini Yang Jadi!

4. Saya belajar buat kek dan kuih. Dua benda yang saya tak pernah buat seumur hidup. Saya rasa leceh, banyak kerja, banyak nak kemas. Beli kan senang. Sama je modal dia. Tapi, masa PKP jangan kata kek, cekodok pisang pun takda orang jual. Nak taknak, kena belajar buat sendiri. Rupanya, seronok!

5. Selain dari buat kek, saya belajar buat kabinet dengan suami. Bakat terpendam suami selama ini. Rupanya boleh tahan juga hasil kerja dia. Itu lah orang kata, benda kalau terdesak ni apa pun jadi.

6. Saya belajar kenal kawan. Masa sulit ni lah orang kata masa mengenal kawan yang benar-benar kawan. Yang susah saya lah susah dia. Senang saya dia pun gembira. Sungguh, sabahat-sahabat begini ni mahal nilainya.

7. Saya belajar buat baik. Jadi baik. Macam Ustaz Ebit Lew. Macam semua orang yang tak berhenti bagi bantuan. Apa pun orang kata, buat je baik. Bukan untuk orang lain. Untuk kita sendiri.

IKLAN

8. Saya belajar jangan menilai orang. Masa hot kes artis nak bantuan dulu, tiba-tiba kita dapat tahu Zarina Anne Joulie tak berhenti bagi bantuan pada orang susah. Sebelum tu macam-macam orang cakap dia. Judgmental is never good!

9. Saya belajar rupanya kalau tak keluar berjalan, saya hidup je lagi! Dulu masa takda PKP, habis duit entah buat apa. Asal hari minggu je, berjalan. Ukur pasaraya. Saya kata tak bolehlah tak keluar. Stress. Dan rupanya, langsung tidak. Tak ada apa pun. Helok je ha.

Artikel Lain: [WHO Nasihat Masyarakat Seluruh Dunia Pakai Topeng Muka Di Tempat Awam. Bantu Cegah Jangkitan Virus COVID-19]

10. Saya belajar yang hidup ini sentiasa kena bersedia berubah dengan pantas untuk survive. Bila gaji suami kena potong masa PKP, kami belajar erti redha. Redha tu rupanya membuatkan kita boleh fikir dengan tenang dan matang. Nak stress pun buat apa. Masalah tu tetap tak hilang.

11. Saya belajar memberi itu sangat membahagiakan walau kita sendiri pun sebenarnya juga sedang susah juga. Oleh sebab anak saya bersekolah di sekolah swasta, yuran tetap kena berjalan. Disana ada ‘keluarga’ yang telah menjaga anak anak saya sejak sekian lama. Kita kongsilah apa yang ada bersama. Moga berkatnya sampai pada anak saya.

12. Saya belajar bahawa manusia yang baik itu sangat ramai sekali. Selama saya dan kawan-kawan buat Covid, bekalan makanan tak pernah putus. PPE cukup. Ramai orang buatkan. Malah ada yang sedekah macam-macam. Yang terbaik saya pernah dapat, Quran dengan tafsir perkata. Dah lama betul mengidam!

IKLAN

13. Saya belajar solat yang selama ini mudah sebenarnya berat. Surau tutup. Tempat solat tutup. Tuhan uji kita bagaimana susahnya untuk kita terus menjaga solat dalam keadaan begini.

COVID-19 Ujian Berat Rakyat Malaysia, Tapi Banyak Hikmah Tersembunyi. Rupanya Ini Yang Jadi!

14. Yang paling penting. Saya belajar nilai keluarga. Jangan ‘take for granted’. Selagi ada, kena selalu berjumpa. Dulu boleh berjumpa, takda masa nak jumpa. Sekarang banyak masa nak boleh jumpa, ‘tak dibenarkan’ jumpa. Allah tarik nikmat itu untuk kita sedar. Rindu orang yang ada pun dah sakit. Apalagi bila orangnya pun dah tiada.

Begitulah.

Allah Maha Baik.
Tidak akan sia-sia tiap satu perkara walau kita nampak ia buruk pada awalnya. Sentiasa Tuhan hantar pengajaran supaya kita jadi makin kenal DIA dan faham erti hidup di dunia.

COVID-19 Ujian Berat Rakyat Malaysia, Tapi Banyak Hikmah Tersembunyi. Rupanya Ini Yang Jadi!

Apa tujuan kita ada dan di’ada’kan.

Terima kasih Tuhan.
Terima kasih keluarga.
Terima kasih kawan.
Terima kasih kalian.

Selamat tinggal kenangan…..
Selamat datang ‘kita’ yang baru!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI