Tempoh PKP yang masuk hari ke 17 ini membuatkan ibu semakin kreatif untuk menyediakan sajian buat anak-anak. Permintaan anak-anak yang bermacam ragam membuatkan ibu semakin ingin mencuba pelbagai resipi.
Salah satu resipi hebat dan kreatif adalah menggunakan biskut cream craker seperti yang dikongsikan oleh ibu ini, Cheyah Saripuddin. Menu jimat kos.
Tak perlukan bread crumb atau serbuk roti, hanya gunakan bahan yang ada di rumah sahaja. Kreatif. Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh beliau ini. Nampak menarik!
CARA MUDAH BUAT CRISPY CHICKEN FINGER
Minggu lepas rasanya dah buat crispy chicken finger ni buat anak ibu. Harini beliau request lagi. Pandai dah sekarang nak makan pun main request bagai.
Bahan-bahan:
1 keping dada ayam
2 biji telur (satu kisar, satu celup)
2 ulas bawang putih
10 biji lada hitam
Sedikit garam
4-5 keping biskut hup seng/biskut tawar
Selamat mencuba.