Cuaca panas, ganggu tumpuan anak-anak belajar di sekolah. Cuaca panas boleh menjadi cabaran kepada anak-anak untuk menumpukan perhatian semasa belajar di sekolah. Bayangkan bagaimana anak-anak dapat fokus pada apa yang diajar oleh guru bila suasana tidak selesa.
Cuaca Panas, Ganggu Tumpuan Anak-anak Belajar Di Sekolah
Walaupun ada kipas di dalam setiap kelas namun ia tidak dapat membantu mengurangkan haba panas di dalam kelas apatah lagi dalam satu kelas jumlah muridnya ramai. Keadaan cuaca yang panas membuatkan tubuh berpeluh sehingga menimbulkan rasa yang tidak selesa.
Kesian anak-anak kita. Saya di sekolah hari ini. Lebih dua jam dapat bersama murid-murid di dalam kelas. Suhu di dalam kelas cecah 33 darjah. Di luar kelas sudah mencecah 35 darjah. Panas membahang. Peluh saya sudah menitik. Basah baju saya.
Murid-murid, saya lihat mengipas-gipas guna buku dan kertas. Basah baju mereka. Saya lihat mereka sudah tak fokus untuk belajar.
Di depan kelas, cikgu mengajar ikut silibus yang ada. Laju sahaja guru mengajar bimbang tak cukup masa. Banyak program berlaku di sekolah sehingga beberapa kali kelas tertangguh. Terpaksa kena cepat ‘cover’ balik. Murid fokus atau tidak, bukan lagi urusan guru. Tak habis silibus, susah pula hidup nanti. Kena menjawab pula pada panitia.
Kita tahu prinsip asas tentang pembelajaran. Pembelajaran tanpa persekitaran yang kondusif tidak akan berjaya dan berkesan. Itulah yang pakar pendidikan sebut berulang kali. Kita tahu tapi kita abaikan.
Telah ratusan kajian pembelajaran sejak tahun 1960an lagi mengesahkan untuk mencapai PDPc yang berkualiti, persekitaran bilik darjah mestilah kondusif dan selesa untuk murid dan guru.
Paling asas, pencahayaan bilik mesti cukup, suhu bilik mesti selesa, kelas pula tidak boleh terlalu sesak. Lebih berkualiti lagi bila sesuatu bilik darjah mempunyai warna dan suasana ceria, cukup kemudahan pembelajaran dan ada ruang aktiviti.
Ads
Malangnya kebanyakan kelas di sekolah kita tidak begitu. Banyaknya yang ada sangat panas dan sesak. Ada kelas yang daif. Lampu dan kipas tidak berfungsi. Meja kerusi murid pula ada yang rosak dan terkopek.
Kita kononnya mahu anak-anak belajar dengan gembira. Tapi lihatlah keadaan kebanyakan bilik darjah yang kita sediakan untuk mereka.
Saya nak cadangkan, eloklah pegawai yang bertanggungjawab dengan pendidikan negara buat program jadikan bilik darjah di sekolah sebagai pejabat mereka untuk beberapa minggu dalam setahun.
Nak juga lihat boleh atau tidak mereka bekerja, bermesyuarat dan menerima tetamu dalam bilik darjah yang panas.
Mungkin dengan cara itu baru mereka faham apa itu maksud panas dan rimasnya sebuah bilik darjah.
Berikut adalah beberapa langkah yang boleh diambil untuk memastikan mereka selesa dan dapat memberi perhatian:
Pengudaraan yang Baik: Pastikan bilik darjah mempunyai aliran udara yang baik. Tingkap dan pintu yang terbuka, atau penggunaan kipas angin/penyaman udara, boleh membantu mengurangkan kepanasan.
Pakaian selesa: Galakkan anak-anak memakai pakaian yang ringan dan selesa.
Rehat yang mencukupi: Berikan masa rehat yang mencukupi supaya anak-anak boleh melepaskan tekanan dan menyegarkan diri.
Ads
Air minuman: Pastikan mereka mendapat bekalan air yang mencukupi dengan menyediakan akses air minuman yang mudah.
Aktiviti di tempat teduh: Jika boleh, jalankan beberapa aktiviti di tempat yang lebih sejuk atau teduh, seperti di bawah pokok atau di dewan.
Kreativiti pengajar: Guru boleh menyesuaikan kaedah pengajaran yang lebih fleksibel agar suasana pembelajaran kekal menarik walaupun cuaca panas.
Langkah-langkah ini mungkin boleh membantu mengekalkan fokus semasa pembelajaran walaupun cuaca panas.
Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.
Sememangnya ada di kalangan anak-anak kita yang tidak suka makan nasi. Malah langsung tidak boleh terima nasi dalam menu harian mereka. Rungsing ibu dibuatnya bila anak-anak tidak mahu langsung menjamah nasi seperti anak-anak lain. Sihatkah mereka membesar dengan makanan lain? Ini yang sering bermain di minda ibu.
Namun kenyataan Puan Rose Hanizan Mat Hassan, Pegawai Dietetik dari KPJ Perdana Specialist Hospital, Kota Bharu, Kelantan ini pastinya buat ibu lega. Menurutnya, sekiranya anak – anak tidak menyukai nasi, ibu boleh perkenalkan mereka dengan makan lain yang sama dengan nasi.
Gantikan Nasi Dengan Kumpulan Makanan Lain
Nasi adalah salah satu nutrient dalam kumpulan karbohidrat yang kompleks. Di dalam piramid makan, nasi berada di aras yang paling bawah dan bermaksud kita boleh mengambilnya lebih berbanding kumpulan makan lain tetapi perlu di ingat ianya bergantung kepada keperluan kalori masing – masing.
Sebenarnya kumpulan karbohidrat kompleks terdiri dari pelbagai ahli atau makanan lain juga seperti roti, pelbagai jenis pasta seperti makaroni, spagheti dan sebagainya.
Mihun, mi kuning dan kuey teow juga adalah kumpulan yang sama dengan nasi. Begitu juga dengan ubi – ubian, capati, thosai dan sebagainya juga adalah sama kumpulan dengan nasi.
Jadi sekiranya anak – anak tidak menyukai nasi, jangan risau kerana anak masih menerima nutrisi yang sama asalkan ibu berusaha sediakan makanan dari kumpulan yang sama dengan nasi.
Jika anak-anak tak gemarkan pasta, roti atau aneka mi, beri anak pilihan makanan dengan bijirin seperti emping jagung, oat, muesli yang juga merupakan kumpulan yang sama dengan nasi. Jadi tak perlu rasa risau anak tak cukup nutrisi.
Sumber makanan ini yang terdiri daripada karbohidrat sebenarnya memberi tenaga dan tumbesaran badan. Jadi sememangnya ia penting untuk diambil. Cari mana satu anak suka!
Sebagai ibu bapa kita perlu memastikan pengambilan kalori dan porsi untuk anak – anak adalah betul. Ibu bapa perlu tahu sekiranya anak – anak tidak suka dan memang alah dengan nasi, mereka tidak perlu risau kerana banyak lagi sumber makanan lain yang sama fungsinya dengan nasi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sesetengah ibu bapa sangat memandang rendah terhadap vaksinasi terhadap anak mereka. Apa yang kebanyakan mereka tidak tahu adalah tanpa vaksin, anak mereka akan lebih mudah dijangkiti pelbagai penyakit berbahaya yang boleh membawa maut seperti beguk, pertussis, demam campak, dan batuk kokol. Ikuti artikel ini untuk mengetahui sebab ibu bapa tidak boleh menolak atau menangguh vaksinasi.
Jangan menolak atau menangguh vaksinasi anak anda, kerana:
#1. Kesan jangka masa panjang terhadap kesihatan
Kanak-kanak yang tidak divaksin akan menghadapi risiko sepanjang hayat walaupun tidak dijangkiti penyakit. Jika mereka memerlukan rawatan perubatan, anda perlu memberitahu doktor bahawa mereka tidak pernah mengambil sebarang bentuk vaksinasi. Ini seterusnya akan membawa kepada masalah iaitu: kebanyakan staf perubatan tidak dilatih untuk merawat kanak-kanak yang tidak divaksin.
Selain itu, ibu hamil yang tidak divaksin juga lebih berisiko dijangkiti penyakit yang seterusnya akan mengakibatkan komplikasi kehamilan. Sebagai contoh, jika ibu hamil dijangkiti rubella semasa trimester pertama, bayi dalam kandungan juga mungkin akan lahir dengan congenital rubella syndrome (CRS), yang akan menyebabkan bayi mengalami kecacatan jantung, terbantut tumbesaran dan pekak.
Tidak memvaksin anak anda juga akan meletakkan risiko kepada individu lain. Terdapat individu yang tidak dibenarkan untuk divaksin (mereka yang mengalami penyakit leukemia atau kanser dan lain-lain). Disebabkan itu, mereka perlu bergantung kepada individu lain yang boleh divaksin agar mereka tidak terdedah kepada risiko penyakit. Jika anak tidak divaksin dan dijangkiti penyakit, individu di sekeliling mereka juga terdedah kepada risiko penyakit.
#2. Kesan jangka masa panjang terhadap sosial
Jika anak anda tidak divaksin dan dijangkiti penyakit, mereka akan sangat mudah terdedah kepada penyakit. Disebabkan itu juga, mereka perlu dikuarantinkan daripada individu lain. Ini akan menyebabkan mereka terlepas waktu sekolah dan pelbagai temasya yang lain lalu memberi kesan kepada keluarga anda.
#3. Meninggikan risiko penyakit berjangkit
Vaksin mungkin mempunyai kesan sampingannya, sama seperti ubat-ubatan lain. Namun begitu, kelebihannya sama sekali melebihi kekurangannya. Kenyataan vaksin mampu mengakibatkan autisme adalah sama sekali tidak benar dan ia telah menjadi punca ibu bapa tidak mahu memvaksin anak. Ya, ia memang merupakan pilihan ibu bapa untuk menolak atau menangguh vaksinasi. Namun begitu, fakta dan statistik perlu dilihat terlebih dahulu untuk mengetahui kepentingan vaksin yang sebenarnya.
Usahawan terkenal, Chryseis Tan selamat menimang cahaya mata kedua semalam dan berita gembira tersebut di kongsi oleh beliau menerusi laman Instagramnya.
Anak kepada Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun, pemilik Berjaya Corporation meluahkan rasa gembira di atas kelahiran selamat dan berjaya melahirkan anak lelakinya itu.
“Our precious baby boy is here”
Chryseis Tan yang mendirikan rumah tangga bersama pewaris NAZA Group, SM Faliq telah dikurniakan cahaya mata pertama iaitu Arianna Kyla SM Faliq yang kini sudah berusia 3 tahun.
Buat masa ini, pasangan ahli perniagaan terkenal ini masih belum mendedahkan wajah anak kedua dan juga nama untuk bayinya itu.
Rata-rata rakan ahli perniagaan dan selebriti mengambil peluang mengucapkan tahniah buat pasangan ini di atas kehadiran cahaya mata baharu.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.