Melahirkan bayi pada hari kemerdekaan pasti akan menjadi memori paling diingati oleh semua ibu-ibu. Sambutan berganda dua perayaan iaitu ulang tahun kemerdekaan negara dan ulang tahun kelahiran anak menjadi kenangan paling tak dilupakan.
Biasanya setiap ibu yang bersalin pasti akan dikendalikan oleh doktor Pakar Obstetrik & Ginekologi atau juga dikenali Pakar Sakit Puan.
Tetapi bagaimana agaknya situasi dalam bilik bersalin sekiranya Pakar Sakit Puan sendiri yang hendak melahirkan anak dan dikendalikan pula oleh Pegawai Perubatan.
Dr Maiza Tusimin, Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi Prince Court Medical Centre berkongsi kenangan dia melahirkan anak bongsunya tujuh tahun lalu di hari kemerdekaan Malaysia.
Semangat Nak Bersalin Hari Merdeka
Menurut Dr Maiza, dia sanggup menahan diri tiga hari daripada melahirkan anak demi semangat patriotik mahu anak bongsu lahir pada tanggal 31 Ogos.
Disebabkan Dr Maiza seorang doktor sakit puan, sudah tentu dia tahu apa yang dilakukannya dalam hal melibatkan kelahiran seorang bayi.
Bahkan katanya dia berjaya memujuk pegawai perubatan yang mengendalikan kes kelahirannya untuk memberikan ubat pitocin kerana lebih mengetahui apa yang terbaik untuk dirinya.
Ads
Beliau bersyukur kerana dengan izin-Nya, bayi merdeka yang ditunggu dan diberi nama Dian Imanie Aziamira selamat dilahirkan.
Selamat Hari Kemerdekaan Malaysia.
Pada tarikh ini, 8 tahun yang lalu, tepat jam 9.09 pagi, kelahiran bayi turut memerdekakan mama, merdeka dari kehamilan & kelahiran (sure arr last one).
So ceritanya 7 tahun abah, mama, abang, kakak, tunggu adik baby. 3 hari jugak mama tahan tak nak bersalin lagi (walaupun dah 3cm) sebab semangat patriotik nak baby bongsu kami lahir pada hari merdeka.
Ads
Memang mama plan & took this risk (tawakal sebab dah 7 tahun tak bersalin. Silap percaturan memang kene C-sec).
Since mama pakar ObGyn di Hospital Serdang, maka adik MO yang attend mama susah nak tolak bila mama ‘pujuk rayu’ mintak ARM & start pitocin lepas subuh.
(I actually sounded more like specialist giving instruction to my MO during ward round) “Betul ke nak terus start pitocin boss?” (Kesian MO saya, cuak muka dia).
“Don’t worry, I memang camne. Lepas ARM + pitocin 4 jam sure keluar. Alhamdulillah Allah permudahkan. Adik baby lahir normal pada pagi merdeka, tepat jam 9.09 pagi, 31 Ogos di dewan bersalin Hospital Serdang, bilik no 6, pada 37 minggu kehamilan.
“Mommy when I grew up, I wanna be a doctor just like you so than I can spend more time with you at the hospital.” Aww..deep sungguh ayat baby merdeka mama
Ads
Apa-apa pun, ingat pesanan yang panjang lebar ini. Ya, anda boleh merancang & memilih untuk bersalin secara normal pada tarikh pilihan anda jika anda pernah bersalin normal sebelum ini, kemungkinan besar ia akan berjaya. Tetapi sentiasa ingat bahawa masih terdapat sedikit risiko kegagalan & anda mungkin akan mengalami C-sec. Lagipun, kita merancang, tapi perancangan Allah adalah yang terbaik dari semua perancangan!
Salam Kemerdekaan ke-65 Malaysiaku yang tercinta, & Selamat Ulang Tahun baby D.I.A.
Dengan bayaran RM20, pembukaan akaun Simpan SSPN akan dibuat secara automatik. Lebih menarik, untuk peserta-peserta terawal yang mendaftar akan menerima hadiah istimewa dari Pa&Ma. Jangan tunggu lagi, ayuh daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-simpan-duit/
Siapa yang perah mengandung dan dapat penyakit gatal-gatal di perut. Gatal sangat sampai tak boleh nak tidur malam dibuatya. Tahu tak sebenarya itu adalah satu penyakit yang bernama PEP (Polymorphic Eruption Of Pregnancy). Jom ketahui dengan lebih lanjut mengenai penyakit ini melalui perkongsian dari Dr Aween Liana.
Melalui perkongsian doktor Aween di aplikasi Twitter, nama penyakit ini dahulu sebenarnya (PUPPP) Pruritic Urticarial Papules and Plaques of Pregnancy. Penyakit ini sebenarnya sangat biasa dalam kalangan ibu mengandung. 1 dari 160 ibu mengandung berpotensi untuk menghidap penyakit ini dan PUPPP kebiasaannya terjadi kepada ibu yang mengandung buat kali pertama. Ada kajian menunjukkan risiko lebih tinggi utk ibu yg bertambah berat bdn secara berlebihan dan kalau mengandung lebih dari satu (twins/triplets).
Selain itu, PUPPP akan terjadi dalam 3rd trimester, maksudnya bila perut mula membesar dari bulan mengandung ke 7 hingga 9. Dikatakan ada kaitan dengan ketegangan kulit perut yg membesar (skin stretch) dgn perubahan hormone sewaktu mengandung.
BAGAIMANA UNTUK KENALPASTI?
Senang sahaja untuk kenalpasti. Ia akan bermula dengan biji-biji gatal selalunya di kawasan strech marks perut dan ia akan merebak dan merebak ke dada dan kaki. Apa yang menariknya, selalunya di pusat perut ibu mengandung tidak akan terkena.
Menurutnya lagi, bentuknya pula boleh bermacam-macam, boleh jadi gegata, biji-biji kecil dan biji-biji besar. Kadang-kadang tu bentuk macam eczema. Oleh sebab itu namanya kini adalah “Polymorphic…” disebabkan maksudnya pelbagai rupa dan bentuk.
Ibu-ibu jangan risau PUPPP akan hilang dengan sendiri dalam 4-6 minggu selepas bersalin. Namun, ada pesakit yang sangat gatal sehingga memerlukan pertolongan.
BAGAIMANA UNTUK MERAWAT??
Perlu ingat, penyakit ini tidak berbahaya. Tidak akan berjangkit kepada anak sama sekali. Dan selalunya tidak berulang dengan kandungan seterusnya, melainkan jika mengandung twins/triplets.
Peringatan:
Bagi ibu-ibu yang sedang mengandung jika ada penyakit ini, saranan dari doktor pakar perunding kulit ini adalah untuk minta “Mr Jannah” atau Encik suami pakaikan pelembab dan ubat.
Siapa yang tak suka kucing kesayangan Nabi Muhammad SAW ini. Aksi dan kecomelannya buat hati boleh jadi cair. Apa lagi melihat aksi lasak dan manjanya setiap hari.
Membela kucing tidak salah tetapi ada sebabnya mengapa wanita hamil perlu menjauhi seketika.
Kucing juga cenderung sakit dan tidak kurang berparasit yang boleh memberi kesan kepada kita. Jangan cepat melatah kerana bukan semua kucing mempunyai parasit!
Doktor Suriyakhatun menjelaskan berkenaan hal ini iaitu sejenis parasit yang dinamakan Toxoplasma gondi. Jangan takut kerana bukan semua kucing mempunyai parasit malah ia hanya tersebar melalui najisnya sahaja.
Hati-hati ya jika membela kucing. Ada sejenis parasit, Toxoplasma gondi, yang boleh tersebar ke manusia melalui najis kucing. Bukan toxoplasmosis sahaja sebenarnya yang boleh dibawa kucing ada parasit lain lagi yang boleh tersebar.
Jika kucing berak dalam rumah, semasa bersihkan guna sarung tangan dan basuh tempat berkenaan dengan antiseptic seperti Chlorox untuk matikan parasit.
Jika berjalan diluar rumah hati-hati dengan tempat yang banyak najis kucing.
Toxoplasmosis boleh menyebabkan demam bengkak kelenjar dan jika sistem imun lemah boleh jangkiti otak. Ia boleh jangkiti bayi dalam kandungan dan menyebabkan microcephaly serta terencat otak bayi.
Ini bukan bererti tidak boleh bela kucing tetapi kebersihan perlu di jaga dengan rapi dan kucing perlu di periksa dan dirawat serta di beri makan yang sewajarnya supaya tidak di jangkiti parasit.
PS. Ada banyak diskusi yang berikan info tambahan mengenai parasit ini.
Ini pula beberapa perkongsian yang dikongsikan oleh Doktor Suriyakhatun. Wajib baca!
Perlu Tahu:
Toxoplasma tidak tersebar melalui udara sebaliknya hanya melalui najis kucing sahaja. Nak bersih najis pakailah sarung tangan. Selamat.
Tak semua kucing ada jangkitan. Kucing indoor paling tak berisiko. Jangan risau.
Wanita hamil dilarang bersihkan najis kucing, bimbang terkena najisnya dan berisiko kepada bayi.
Perkongsian yang sememangnya baik untuk kita jadikan panduan. Nak bermanja-manja dengan kucing langsung tak ada masalah, apatah lagi nak pegang dan gomol sepanjang masa sebaliknya berhati-hatilah dengan najisnya.
Cuci bersih pakai Clorox atau pembersih lain dan pastikan kucing kita sentiasa dalam keadaan bersih.
Kredit: Dr Suriyakhatun
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Alhamdulillah akhirnya penantian Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya untuk memberi adik kepada anak sulungnya, Lara dipermudahkan setelah kelahiran bayi kedua di pagi Jumaat (12 Februari) yang penuh berkat.
Kelahiran bayi kedua ini cukup ditunggu-tunggu oleh Awal dan Scha setelah Scha berjaya melalui proses membuang ketumbuhan dalam rahim (endometiosis) Januari tahun lalu. Selepas beberapa bulan mereka mendapat khabar gembira akan menimang cahaya mata.
Menerusi perkongsian di Instagram Scha Al-Yahya, dia memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah, kerana selamat melalui fasa bersalin setelah 6 tahun berehat.
Kami sekeluarga memanjatkan syukur ke hadarat Allah SWT diatas kelahiran cahaya mata kedua kami pada hari ini, Jumaat 12 February 2021 bersamaan 30 Jamadilakhir 1442H.
Bayi perempuan seberat 3.2kg selamat dilahirkan tepat jam 9.15 minit pagi di Prince Court Medical Center, Kuala Lumpur.
Kedua-dua bayi dan Mommy berada dalam keadaan baik dan masih berehat buat masa ini. Kami juga memohon maaf kerana tidak dapat menerima pelawat disebabkan SOP yang ditetapkan.
Sebelum ini, Awal pernah berkongsi Scha mempunyai perangai pelik untuk kehamilan keduanya apabila rimas dengan media sosial hingga pernah terdetik untuk menyah aktifkan.
“Jika dahulu selepas usia kandungan tiga bulan ketika mengandungkan Lara Alana, Scha sudah okay dan boleh keluar berjalan-jalan. Tetapi, kali ini, dia mengalami muntah dan lenguh badan. Memang berbeza keadaannya, katanya.
Ketika episod TV Pa&Ma baru-baru ini pun, semasa Scha dan Awal buat pemeriksaan kandungan, memang bayinya tak mahu tunjuk jantina. Sehinggalah Awal buat keputusan untuk umumkan jantina bayi pada hari kelahirannya. Kini semuanya dah terjawab.
Selamat berpantang Scha dan semoga mommy dan baby membesar dengan sihat!
Kredit: IG Scha Al-Yahya
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!