Cuak Muka MO Bila Urus Doktor Sakit Puan Bersalin Di Hari Kemerdekaan

Share

Melahirkan bayi pada hari kemerdekaan pasti akan menjadi memori paling diingati oleh semua ibu-ibu. Sambutan berganda dua perayaan iaitu ulang tahun kemerdekaan negara dan ulang tahun kelahiran anak menjadi kenangan paling tak dilupakan.

Biasanya setiap ibu yang bersalin pasti akan dikendalikan oleh doktor Pakar Obstetrik & Ginekologi atau juga dikenali Pakar Sakit Puan.

Tetapi bagaimana agaknya situasi dalam bilik bersalin sekiranya Pakar Sakit Puan sendiri yang hendak melahirkan anak dan dikendalikan pula oleh Pegawai Perubatan.

Dr Maiza Tusimin, Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi Prince Court Medical Centre berkongsi kenangan dia melahirkan anak bongsunya tujuh tahun lalu di hari kemerdekaan Malaysia.

Semangat Nak Bersalin Hari Merdeka

Menurut Dr Maiza, dia sanggup menahan diri tiga hari daripada melahirkan anak demi semangat patriotik mahu anak bongsu lahir pada tanggal 31 Ogos.

Disebabkan Dr Maiza seorang doktor sakit puan, sudah tentu dia tahu apa yang dilakukannya dalam hal melibatkan kelahiran seorang bayi.

Bahkan katanya dia berjaya memujuk pegawai perubatan yang mengendalikan kes kelahirannya untuk memberikan ubat pitocin kerana lebih mengetahui apa yang terbaik untuk dirinya.

Beliau bersyukur kerana dengan izin-Nya, bayi merdeka yang ditunggu dan diberi nama Dian Imanie Aziamira selamat dilahirkan.

Selamat Hari Kemerdekaan Malaysia.

Pada tarikh ini, 8 tahun yang lalu, tepat jam 9.09 pagi, kelahiran bayi turut memerdekakan mama, merdeka dari kehamilan & kelahiran (sure arr last one).

So ceritanya 7 tahun  abah, mama, abang, kakak, tunggu adik baby. 3 hari jugak mama tahan tak nak bersalin lagi (walaupun  dah 3cm) sebab semangat patriotik nak baby bongsu kami lahir pada hari merdeka.

Memang mama plan & took this risk (tawakal sebab dah 7 tahun tak bersalin. Silap percaturan memang kene C-sec).

Since mama pakar ObGyn di Hospital Serdang, maka adik MO yang attend mama susah nak tolak bila mama ‘pujuk rayu’ mintak ARM & start pitocin lepas subuh.

(I actually sounded more like specialist giving instruction to my MO during ward round) “Betul ke nak terus start pitocin boss?” (Kesian MO saya, cuak muka dia).

“Don’t worry, I memang camne. Lepas ARM + pitocin 4 jam sure keluar. Alhamdulillah Allah permudahkan. Adik baby  lahir normal pada pagi merdeka, tepat jam 9.09 pagi, 31 Ogos di dewan bersalin Hospital Serdang, bilik no 6, pada 37 minggu kehamilan.

“Mommy when I grew up, I wanna be a doctor just like you so than I can spend more time with you at the hospital.” Aww..deep sungguh ayat baby merdeka mama

Apa-apa pun, ingat pesanan yang panjang lebar ini. Ya, anda boleh merancang & memilih untuk bersalin secara normal pada tarikh pilihan anda jika anda pernah bersalin normal sebelum ini, kemungkinan besar ia akan berjaya. Tetapi sentiasa ingat bahawa masih terdapat sedikit risiko kegagalan & anda mungkin akan mengalami C-sec. Lagipun, kita merancang, tapi perancangan Allah adalah yang terbaik dari semua perancangan!

Salam Kemerdekaan ke-65 Malaysiaku yang tercinta, & Selamat Ulang Tahun baby D.I.A.

Sumber : Dr Maiza 

Dengan bayaran RM20, pembukaan akaun Simpan SSPN akan dibuat secara automatik. Lebih menarik, untuk peserta-peserta terawal yang mendaftar akan menerima hadiah istimewa dari Pa&Ma. Jangan tunggu lagi, ayuh daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-simpan-duit/

Untuk lebih banyak info terkini jom klik di sini 

Published by
Hasnita Sawal