Seronok tengok anak berselera makan. Ibu-ibu boleh cuba buat sendiri mashed potato ala KFC untuk bayi anda.

Guna resipi dikongsi oleh Puan Ana Razif yang nampak mudah nak disediakan. Semoga si manja akan lebih berselera makan lepas ini.

Mashed potatoes untuk my little hero 1 year 1 month. Before this ibu buat mashed potatoes kosong sahaja tapi sejak umur dia dah setahun haritu ibu upgrade sikit buat gravy sekali. Memang fav dia la wajib buat tiap-tiap minggu.

Buat Sendiri Mashed Potato Ala KFC, Baby Umur Setahun Pun Boleh Makan

Mashed potatoes

IKLAN

Bahan-bahan:

Kentang potong kecil-kecil supaya cepat masak/empuk
Cheese (chesdale) potong kecil-kecil
Fresh milk

IKLAN

Cara-cara:

  1. Rebus/steam kentang sampai masak
  2. Bila dah masak toskan & gaul dengan cheese masa kentang masih panas
  3. Tambah fresh milk sikit & lenyek/ blend kentang sampai halus

Mushroom chicken gravy

IKLAN

Bahan-bahan:

Button mushroom cincang halus
Bawang holland cincang halus
Unsalted butter
Tepung gandum Unbleached 2 sudu
besar
CBB (boleh ganti dengan serbuk ayam)
Kicap untuk bagi color pada gravy (boleh skip kalau tak nak/ganti alternatif lain untuk gelapkan kuah

Cara-cara:

  1. Larutkan tepung gandum dengan air panas.
  2. Panaskan butter & tumis bawang holland sampai brown
  3. Masuk button mushroom tumis lagi
  4. Masuk bancuhan tepung kacau sebati jangan bagi berketul-ketul
  5. Tambah air dan masukkan cbb/serbuk ayam/serbuk bilis
  6. Titis kicap dalam 2/3 titis untuk bagi warna brown pada kuah
  7. Kacau lagi sampai mendidih
  8. Bila kuah dah agak pekat boleh tutup api, siap !

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI