Kalau sebut tentang meatball, kebanyakan kita pasti akan terbayang-bayang keenakan bebola daging yang dijual di Ikea. Rasa lemak bebola daging bersama sos dan dimakan dengan jem buah itu memang padu! Tapi waktu-waktu sekarang ni nak keluar dan bawa anak-anak ke sana, masih tidak berani kerana wabak COVID-19 yang masih belum berakhir ini.
Tak ada salahnya jika anda buat sendiri meatball ala Ikea di rumah. Untuk anda yang mahu mencubanya, bolehlah guna resipi yang dikongsikan oleh Zan Zafirah Zainal ini. Menurutnya resipi ini diambil dari laman rasmi Ikea, tetapi diolah sedikit mengikut kesesuaian.
Tinggal kat luar negara ni memang tak dapat nak beli meatball kat IKEA macam kat Malaysia nun. Maka, kena buat sendiri. Nasib baik IKEA share resepi rahsia dorang. Ikut sebijik sama macam dalam resepi, cuma of course tak guna pork mince ya, ganti pakai halal beef mince 100% sahaja.
Untuk yang tak dapat baca resepi dalam gambar, berikut saya sertakan resepi:
BEBOLA DAGING
750g daging cincang
100g serbuk roti
1 biji bawang besar – cincang halus
1 ulas bawang putih – cincang halus
1 biji telur
5 sudu besar susu full cream
Garam dan lada hitam
1. Campur semua bahan di atas sampai sebati. Bulatkan jadi bentuk bebola daging.
Ads
2. Simpan dalam peti beku 20 minit sebelum masak.
3. Goreng sebentar atas kuali sampai sedikit perang.
4. Masukkan dalam oven selama 30 minit, suhu 180 darjah celcius (oven biasa) atau 160 darjah celcius (fan force oven).
Kalau asyik nasi hari-hari mungkin lama-lama anak bosan. Sebagai ibu anda boleh buat pilihan untuk anak.
Boleh cuba buat sendiri hash brown. Makanan ini boleh mengenyangkan dan menyihatkan anak kerana bahan asasnya ada ubi kentang.
Perkongsian resipi dari Puan Yatie Eimra ini sangat mudah dan boleh dilakukan dirumah bersama anak-anak.
Bahan-bahan:
3-4 biji kentang (±500gm)
1 biji telur (saiz C atau B )
1 sudu makan susu tepung (optional)
⅓ cawan tepung gandum
Sedikit pink salt
Sedikit black pepper
1 sudu kecil butter
Cara-cara:
1. Kentang dikupas kulit, direndam air dalam 3-5 minit untuk buang getahnya.
2. Rebus kentang hingga separuh lembut (test cucuk dengan garfu). Boleh tambah sedikit garam jika suka.
3. Toskan kentang & biarkan sejuk seketika.
4. Potong kentang bentuk kiub.
5. Tambahkan semua bahan² lain & gaul sekata.
6. Masukkan bancuhan tadi ke dalam tray yang telah dialas plastik/silicon mat, kemudian leperkan.
Leperkan kemudian bekukan selama ± 2 jam atau hingga separa beku
7. Bekukan dalam chiller selama ±2 jam atau hingga separa beku untuk mudahkan proses memotong
Selepas ± 2 jam keluarkan hash brown, potong ikut bentuk & saiz yang diingini
8. Keluarkan & potong mengikut saiz yang diingini. Untuk simpan, lapik dengan potongan plastik bagi setiap kepingan hash brown supaya tak melekat antara satu sama lain.
Tarik plastik/silicon mat dari bawah untuk elak kepingan hash brown patahUntuk simpan alas dengan plastik supaya tak melekat
*susu tepung sekadar memberikan rasa lemak je. Jika tak suka boleh skip susu tepung.
*hash brown ni boleh dimasak dalam minyak sikit atau goreng deep fry (mcd style).
* cara goreng dalam minyak penuh lagi sedap tapi untuk pilihan lebih sihat, boleh goreng dalam pan dengan minyak sikit & gunakan olive oil.
Warna sememangnya memainkan peranan penting untuk menarik perhatian anak untuk makan. Namun begitu penggunaan pewarna amatlah dilarang kerana mengandungi bahan terlarang yang kurang sesuai untuk bayi dan anak-anak kita.
Usah gunakan pewarna sebaliknya pilih makanan yang mempunyai pewarna asli yang hebat seperti buah naga. Resipi Puding Buah Naga yang dihasilkan oleh Puan Eyka Zulaika ini nampak sedap. Paling penting warna dan teksturnya yang kaya dengan serat pastinya baik untuk anak kita.
Letak sahaja depan mata pasti anak makan sampai licin. Tak percaya jom cuba.
Sempena baby Aali 8 month, mama nak try buat ni. Sedap.
Bahan-bahan:
Dragon fruit
Susu full cream/susu formula
Agar-agar tali
Air
*Sukatan mama agak2 je
Cara:
Masak air dan agar-agar hingga sebati.
Kemudian masukkan susu full cream dan juga uri dragon fruit.
**media[72786
Letakkan dalam bekas dan biarkan sejuk. Siap.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Mama kalau nak masak sesuatu mesti nak ikut selera anak, maklum sahajalah anak-anak ni ada ketikanya selera mereka tak dapat diagak. Sudahnya menu yang sama diminta berulang kali.
Untuk elakkan anak-anak minta menu yang sama, mama kena jadi sedikit kreatif macam resepi yang dikongsikan oleh Puan Ida Osman ini. Kita memang sedia maklum anak-anak kebanyakkannya sukakan makanan yang berasaskan keju. Kita pun sama juga suka kan?
Jadi apa kata cuba buat roti basque burnt cheese topping ini untuk sarapan atau menu baru buat mama dan keluarga. Mesti semua orang suka, tak cukup satu kalau makan!
Cara-cara: 1. Dengan menggunakan api pelahan panaskan cream cheese, keju slice dan susu hingga keju-keju cair. Sentiasa kacau bagi mengelakkan keju hangus. 2. Masukkan gula. Setelah gula larut masukkan butter. Kacau hingga butter sebati baru masukkan kuning telur. 3. Kacau tanpa henti hingga adunan pekat seperti kastad. Matikan api dan msukkn esen. Kacau
4. Sapu kastad ni diatas roti. Susun dalam dulang pembakar dan bakar suhu 200 kira-kira 10minit atau sehingga bahagian topping kelihatan hangus.
Tip:
**jangan bakar terlalu lama.. kastad keju akan mengering.
**cara menyapu kastad keju bergantung pada selera masing-masing.. pada saya.. lagi tebal kastad lagi sedap rasanya.
Seorang guru tadika berdepan detik cemas apabila anak perempuannya yang tidur di dalam kereta turut dilarikan pencuri dalam kejadian di Setia Alam di sini semalam.