Cuba Buat Sendiri Meatball Ala Ikea, Ikut Resipi Ni. Anak-Anak Suka, Suami Pun Love!

Share

Kalau sebut tentang meatball, kebanyakan kita pasti akan terbayang-bayang keenakan bebola daging yang dijual di Ikea. Rasa lemak bebola daging bersama sos dan dimakan dengan jem buah itu memang padu! Tapi waktu-waktu sekarang ni nak keluar dan bawa anak-anak ke sana, masih tidak berani kerana wabak COVID-19 yang masih belum berakhir ini.

Tak ada salahnya jika anda buat sendiri meatball ala Ikea di rumah. Untuk anda yang mahu mencubanya, bolehlah guna resipi yang dikongsikan oleh Zan Zafirah Zainal ini. Menurutnya resipi ini diambil dari laman rasmi Ikea, tetapi diolah sedikit mengikut kesesuaian.

Resipi Lain: [Pes Ikan Bakar Simple. Guna Bahan Sedia Ada Di Dapur. Terlajak Sedap!]

Tinggal kat luar negara ni memang tak dapat nak beli meatball kat IKEA macam kat Malaysia nun. Maka, kena buat sendiri. Nasib baik IKEA share resepi rahsia dorang. Ikut sebijik sama macam dalam resepi, cuma of course tak guna pork mince ya, ganti pakai halal beef mince 100% sahaja.

Untuk yang tak dapat baca resepi dalam gambar, berikut saya sertakan resepi:

BEBOLA DAGING

750g daging cincang
100g serbuk roti
1 biji bawang besar – cincang halus
1 ulas bawang putih – cincang halus
1 biji telur
5 sudu besar susu full cream
Garam dan lada hitam

1. Campur semua bahan di atas sampai sebati. Bulatkan jadi bentuk bebola daging.

2. Simpan dalam peti beku 20 minit sebelum masak.

3. Goreng sebentar atas kuali sampai sedikit perang.

4. Masukkan dalam oven selama 30 minit, suhu 180 darjah celcius (oven biasa) atau 160 darjah celcius (fan force oven).

Resipi Lain: [Sedapnya Red Velvet Cheese Brownies Ni, Nak Buat Pun Senang Sangat]

KUAH

40g mentega
40g tepung gandum
2 kiub pati daging
300ml air
2 sudu kecil kicap lemak manis
1 sudu kecil Dijon mustard
150ml krim masakan/dairy whipping cream

1. Cairkan mentega. Masukkan tepung dan kacau untuk 2 minit.

2. Masukkan kiub pati daging, hancurkan.

3. Masukkan air sambil kacau perlahan untuk elakkan berketul.

4. Masukkan kicap, dijon mustard dan krim.

5. Kacau sampai pekat dan tidak berketul.

Published by
Emy Haznida Hazairul Sham