Kita merasakan anak kecil diusia setahun ke atas paling perlu dirangsang. Hakikatnya bayi kecil kita yang baru beberapa bulan juga sudah bersedia dirangsang dalam pelbagai aktiviti yang bersesuaian.
Penulis Keibubapaan, Wan Nur Syakira berkongsi tip dan aktiviti yang boleh dilakukan. Sambil-sambil urus dan siapkan anak, selitkan sekali aktiviti dan rutin yang membantu merangsang minda bayi. Ikuti perkongsian dan tip beliau.
Dulu saya ingat bila anak baru lahir ini, tiada aktiviti sangat nak dibuat. Hanya kita layan dia menyusu, mandikan, basuhkan beraknya, bercakap dengan dia.
Rupanya, banyak aktiviti yang kita boleh buat tau lepas saya banyak cari maklumat dan beli modul Baby Step untuk anak saya ini. Rutin saya setiap pagi dengan anak ketiga yang baru lahir ini berubah! Berbanding abang-abangnya dahulu.
1️. Saya mulakan dengan mandi pagi. Air pun boleh adjust tahap kesuaman nak bagi rasa pada sensori sentuhan anak.
Tapi masih tak berikan air sejuk sangat ketika mandi. Sambil mandikan boleh bercakap, cerita kita tengah buat apa , ” Ummi bersihkan tangan adik, kaki adik “. Cerita sajalah semuanya.
2️. Urutan : Selepas mandi , saya pakaikan pampers dan mula buat urutan pada anak.
Urut pada kaki, tapak kaki, tangan, perut dan bahagian belakang badan. Boleh cari video urutan di YouTube.
Banyak manfaatnya! Dapat boost brain activity anak, dapat berikan keselesaan pada anak, dapat elakkan sembelit juga.
Tahu tak?
Bayi yang mendapat sentuhan rutin menunjukkan 50% lebih banyak membuat hubungan mata dan 3 kali ganda lebih berkemungkinan untuk mempunyai ekspresi positif keseluruhan berbanding bayi yang tidak mendapatnya.
Sentuhanlah bahasa kita bersama anak baru lahir ni. Sambil kita urut, berikan kata-kata baik, doakan yang baik.
3️. Tummy time dan beberapa gerakan ringan lain.
Yang ini, saya start dari Sofiyyah dalam usia 2 minggu. Mulakan dengan letakkan atas dada, atas permukaan yang selamat untuk bayi seperti baby mat atau bantal menyusu. Mulakan dengan jangka masa pendek, perlahan lamakan bila anak dah selesa.
Gerakan ringan yang lain yang saya lakukan, seperti gerakan Pull To Sit, Rolling Side To Side, Hand to Feet.
Gerakan untuk bantu kekuatan otot bayi untuk mengiring, meniarap, kuatkan leher . Ini semua saya belajar dari modul Baby Step Go Cilik. Khas untuk 18 bulan ke bawah
4️. Bacakan flash card atau buku yang high contrast.
Umur 0-3 bulan, black and white vision stage. Umur ini elok guna buku high contrast ( buku hitam putih ) sebab mata bayi belum develop elok lagi, mata diaorang boleh detect high contrast je.
Boleh guna flash card atau buku. High contrast image ini akan bantu ransang penglihatan dan perkembangan otak anak.
5️. Aktiviti tengok cermin
Aktiviti ini biasanya untuk kenalkan body awareness. Ni abang-abangnya suka juga, tengok cermin sama-sama dengan adik. Lebih sesuai untuk anak 9 bulan ke atas.
6️. Kenalkan dengan pelbagai bunyian serta tekstur dan nyanyikan untuk bayi.
Mainan rattle atau bunyi lain. Bunyikan dan gerakkan objek untuk latih pergerakan mata anak. Objek yang tak berbunyi pun boleh. Itulah antara aktiviti yang saya buat dengan bayi 2 bulan saya.
Suka lihat perkembangan dia, dah ada respon (senyuman) yang baik bila kita borak, leher dah makin kuat, bila dukung, tak perlu support kepala selalu. Alhamdulillah, dengan izin Allah .
Betullah, dengan maklumat dan ilmu yang betul, banyak sangat buat parenting journey lebih mudah dan teratur.
Menarik: Tak Sangka Ada Baby Shower Sekali, Selesai Doa Selamat, Ernie Zakri Terharu Kejutan Suami
Tak sabar tunggu baby lahir, nak persiapkan mental dan fizikal sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang ilmu persediaan urus bayi selepas lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma: Misi Mama Sambut Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/pama-e-workshop-misi-mama-cantik-sihat/
Kalau musim buah-buahan, ramai yang tahu makan je tapi nama buah apa pun tak tahu. Kali ini kita cabar adik-adik BK, agaknya diorang tahu tak nama-nama buah yang ada dalam dunia.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!