Cuba Check Kita Marah Anak Sebab Mendidik Atau Ikut Perasaan Kerana Penat

Share

Kita marahkan anak sebab nak didik anak atau kita nak lepaskan kemarahan dan baran kita semata-mata. Ini ramai ibu bapa yang lupa.

Bila anak masih kecil, kita punya lebih kuasa dan autoriti serta kudrat ke atas mereka. Kita gunakan cubitan, rotan, pukulan dan herdikan, penampar, ugutan untuk menakutkan dan memarahi mereka.

Tanpa kita menimbang apakah tindakan itu adalah yang terbaik untuk mereka padahal ianya adalah terbaik di mata kita dan hakikat sebenarnya melepaskan kemarahan kita.
Marah tak salah. Tapi cara melepaskan itu bagaimana. Bagaimana ibu bapa menyalurkan perasaan marah.

Antara punca panas baran ini pada anak ini:
1️⃣ Tak boleh lihat anak buat kesilapan. Pantang tengok.
2️⃣ Expectation melebihi kemampuan anak.
3️⃣ Tak memahami perkembangan dan psikologi kanak-kanak lalu tak tahu apa nak buat, akhirnya marah sajalah.
4️⃣ Faktor luaran seperti masalah kewangan, masalah rumahtangga, masalah di tempat kerja. Tapi dilepaskan pada anak, kerana anaklah powerless dan lemah. Tak boleh nak balas balik.
5️⃣ Childhood memories ibu ayah yang menyakitkan lalu membawa sampai ke tua.
Ini antara punca utama. Kenangan pahit ketika kecil menjadi trigger utama.
6️⃣ Keletihan badan dan emosi ,lalu disemburkan pada anak.

Jadi, punca-punca ini boleh dielakkan, kita boleh betulkan. Berdasarkan buku Prophetic Parenting yang diceritakan oleh Ustazah Asma Harun, disarankan kita tenang dan waras ketika memberi hukuman termasuk memberi pukulan.

Ada panduan digariskan dalam memukul anak, tidak sampai mencederakan dan bukan di tempat yang memudaratkan. Ada had umur yang ditetapkan yang boleh dipukul dan lebih baik kita membaca bismillah ketika memukul dan niatkan kerana Allah untuk mendidik anak yang diamanahkan pada kita.

Dan sekiranya ketika kita memukul, anak kita tersebut Allah, kesan sakit dipukul, disarankan kita berhenti memukul. Bukan kita tambah memukul.

Cuba kita muhasabah sepanjang kita menjaga anak, sepanjang kita terpaksa menggunakan pukulan sebagai cara mendidik, adakah niatnya betul-betul mendidik dan mengikut panduan agama?

Atau sekadar melepaskan amarah semata dan menggunakan akal dan perasaan semata tanpa melihatkan adab memukul anak?

Muhasabah bahagian badan manakah yang dipukul oleh tangan kita? Memudaratkan atau tidak? Adakah pukulan kita itu mendapat ganjaran pahala dari Allah dengan niat mendidik dan memberi pengajaran, atau mendapat dosa kerana menzalimi anak kita sendiri?

Hukuman dengan pukulan ini jalan terakhir untuk mendidik. Sirah nabi membuktikan nabi mengutamakan nasihat secara berhikmah, memahami perkembangan kanak-kanak, sentiasa memberikan kasih sayang.

Ada yang dah pukul anak usia 2 tahun, 3 , 4 tahun, 6,7 8 tahun. Guna getah paip, hanger, dan macam-macam lagi.

Ya Allah, kesian anak. Apa yang boleh kita expect dari anak-anak umur sekitar itu. Masih membesar, masih belajar. Ada yang kata, dulu pun saya dibesarkan dengan cara pukulan, jadi je orang.

Persoalannya, orang yang bagaimana? Adakah kita mampu kawal emosi? Mampu mengurus emosi yang datang? Percaya atau tidak, pasti ada kesannya.

Antaranya, kita sendiri jadi panas baran, jadi takut nak buat silap, jadi sensitif terlebih, jadi suka berikan expectation tinggi pada anak, kita sendiri ada low self esteem, kurang yakin diri, rasa diri tak cukup baik.

Ini semua kesannya upbringing tersebut. Bila bermohon pada Allah, untuk jadi orang yang sabar. Kena terima bahawa Allah akan berikan gelanggang untuk kita melatih sabar.

Tiada yang akan terus jadi sabar sekelip mata. Jika ibu bapa, gelanggangnya anak-anak.
Jika isteri atau suami, gelanggangnya pasangan. Jika kita seoarang anak, gelanggangnya ibu bapa. Dan sebenarnya, kita adalah hamba Allah, jadi gelanggangnya adalah dunia yang sementara.

Itulah yang perlu kita semat dalam kepala. Sentiasalah berdoa agar Allah kuatkan kita, para ibu bapa untuk mendidik anak dengan iman dan ilmu, bukan dengan nafsu dan amarah.

Kredit: Wan Nur Syakira

ARTIKEL MENARIK [Daftar Kelahiran Bayi Di JPN, Hanya Buat Secara Online. Ikut Step Ni, Mudah Sangat!]

LAGI ARTIKEL MENARIK [Ada Anak Perempuan Sahaja? Buatlah Hibah Harta. Tiada Pewaris Anak Lelaki Antara Golongan Kritikal]

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
Wan Amy