Cuba Dapat Rawatan Pakar Kanser UK, Bapa Harap Ainul Mardhiah Kuat Dan Berpeluang Sembuh

Share

Sebelum ini kisah mengenai Ainul Mardhiah, seorang bayi perempuan yang menghidap kanser pada mulut mengundang rasa simpati bagi sesiapa saja yang melihatnya.

Sejak kisahnya jadi viral, seluruh rakyat Malaysia mendoakan yang baik-baik untuk anak syurga ini terus kuat dan sihat.

Berkat keprihatinan orang ramai, bayi berusia lapan bulan itu menerima pelbagai sumbangan sehingga ada yang sanggup membantu Ainul Mardhiah mendapat rawatan terbaik d luar negara.

Terbaru, bapanya Ahmad Safiuddin Ahmad Razak berkongsi perkembangan anaknya dan  memberitahu sedang menunggu maklum balas bagi menjalani rawatan daripada pihak di sebuah hospital di United Kingdom.Tiada yang mustahil bagi Allah SWT

Menurut Ahmad Safiuddin, salah seorang kenalannya di sana telah membawa laporan kesihatan Ainul untuk diberikan kepada pakar perubatan kanser di hospital tersebut.

“Kenalan di sana dah bawa medical report ainul kepada pakar perubatan kanser di sana. Harap mereka boleh lakukan sesuatu!” katanya.

Tambah Ahmad Safiuddin, dia akan mencari pelbagai alternatif bagi menyembuhkan penyakit Ainul selagi Yang Maha Kuasa memberi peluang anaknya untuk terus bernafas.

“Selagi Allah izinkan Ainul bernafas, selagi itu walid akan cari jalan untuk merawat Ainul.
“Doakan supaya Allah mengizinkan Ainul pergi ke sana. Hanya Allah penentu segalanya,” ujarnya.

Allahuakhbar Rezeki Ainul Tak Putus

Kerja Allah, rahsia Allah, mungkin ini lah yang selama ini orang nasihat pada walid supaya terus bersabar berbakti untuk anak dan Allah akan beri rezeki yang tidak dijangka-jangka.

Selama ini walid tidak pernah mempertikaikan kenapa Allah jadikan kakak begini, tapi walid selalu minta supaya apa pun Allah nak beri, mudah-mudahan Allah beri sekali walid dan mama kekuatan untuk tempuhi hari mendatang. Tak sangka, satu malaysia sedang bercerita pasal kakak.

Ainul Mardhiah, kini walid dan mama tahu kenapa kamu dilahirkan di atas muka bumi ini, kamu wujud di muka bumi ini dengan membawa mesej dari Tuhan bahawa setiap perkara yang Allah jadikan bukan perkara yang sia-sia.

Semoga adik Ainul dan keluarganya terus kuat dalam menghadapi dugaan ini sementara menunggu rawatan yang akan menyusul selanjutnya.

Sumber: Ahmad Safiuddin

Published by
Wan Amy