Penjagaan Anak

“Cuba Dua Susu Berbeza” Muka & Mulut Bengkak, Zahirah Macwilson Kongsi Kisah Cemas Alahan Anak!

Share

Pelakon Zahirah Macwilson yang berkongsi kisah masalah alahan anak keduanya yang alah pada susu lembu itu turut berkongsi pengalamannya ketika berdepan detik cemas itu.

Cerita ibu kepada dua cahaya mata ini, dia dan suami agak cemas berdepan situasi itu kerana ia baru pertama kali berlaku kepada mereka.

Menerusi Insta Storynya, Zahirah berkongsi kisah alahan yang tidak disangka-sangka itu kepada pengikutnya di Instagram.

“Ramai yang tanya apa yang jadi dekat Inara. Saya sebenarnya direct breakfeeding dekat Innara dah dekat lima bulan dan nak cuba campur formula milk sebab susu tak cukup demand untuk dia.

“Malam tu saya cuba dua susu berbeza. Susu pertama dia minum sikit je dan dia buang balik. Lepas tu nampak macam ada merah-merah dekat kawasan mulut dia.

“Saya bagi dia rehat kejap dua tiga hari dan semalam saya bagi cuba satu lagi susu. Dia minum dalam 5 ml lepas tu muka dia macam merah-merah dan ada macam lump dekat muka, leher dan dia start tak selesa mungkin sebab gatal.

“Lepas tu muka dia bengkak, mulut dan mata pun bengkak. Raches pula dah mula timbul dekat perut dan tangan,” kongsi Zahirah ketika di Insta Storynya.

Cemas dengan situasi itu kata Zahirah, dia dan Aiman terus sahaja ke klinik untuk mendapatkan rawatan namun dirujuk ke hospital dengan kadar segera.

“Kami cepat-cepat bawa ke klinik dan doktor suruh pergi hospital cepat-cepat sebab takut ada gangguan pernafasan.

“Masa dekat hospital dia muntahkan susu yang diminum dan seluruh badan jadi merah dan gatal. Tapi alhamdulillah sekarang dia dah semakin baik,” katanya lagi.

Tambah Zahirah lagi, biar pun dua susu yang dicubanya itu tidak sesuai pada anaknya namun ia pastinya baik untuk bayi yang lain malah menasihati ibu-ibu untuk mencuba terlebih dahulu.

“Dia ada alahan pada susu lembu dan benda ni biasa. Tak semestinya susu yang saya cuba tak sesuai dekat baby lain.

“Doktor sarankan saya cuba susu soya atau susu kambing tapi buat masa sekarang saya cuba breastfeed dia macam biasa semampu yang boleh.

“Buat masa ni saya cuba tambahkan susu sebanyak yang boleh dengan makan, minum dan pam sekerap yang boleh untuk Innara,” kongsinya lagi.

Terdahulu, bayi kedua Zahirah dan Aiman dimasukkan ke hospital kerana mengalami alahan dan doktor mengesahkan bayi comel itu mengalami alahan pada susu lembu, CMPA (Alahan Protein Susu Lembu) serta turut mempunyai alahan kecil ekzema.

 

 

 

Published by
SRM