Cuba Dumpling Soup Homemade Di Rumah Dengan Kos RM9 Sahaja, Awesome!

Share

Lebih sebulan berada di rumah dan memasak sendiri membuatkan ada di kalangan kita yang sudah mula jemu dengan nasi dan air tangan sendiri. Sekadar makan untuk mengenyangkan perut. Itulah yang berlaku pada kita hari ini. Bosan dengan nasi dan lauk pauk setiap hari, apa kata kita cuba siapkan dumpling pula untuk sajian sekeluarga.

Dumpling Soup homemade bukan sahaja senang disediakan bahkan juga dapat menaikkan rasa kebuntuan dalam selera anda. Insyaallah makin laju anak-anak makan. Resipi yang dikongsikan oleh Wany Lifa ini memang awesome. Paling menarik kerana kos yang digunakan hanyalah RM9 sahaja. Menu super jimat!

Modal bawah RM10, boleh makan 40 pcs dumpling. Kalau makan dekat Chicken Rice Shop mau semangkuk RM8-RM9. Ni sekali buat cukup 1 family dapat makan. Tapi modal utama kena rajin & sabar. Tekak nak makan punya pasal gigih buat sampai siap. Confirm sedap Confirm pengsan. Chingg!

Inti Dumpling 👇🏻
300gm isi ayam -fillet dicincang
1/2 batang carrot -sagat
1 biji bawang besar -cincang halus
4 ulas bawang putih -cincang halus
Daun sup & Daun bawang -potong halus
2 sudu serbuk lada sulah
3 sudu minyak bijan
2 sudu serbuk maggi cukup rasa
1 sudu kecil garam & gula
Dumpling pastry (Instant)

Campur semua bahan-bahan kecuali dumpling pastry. Gaul sebati dan perap sekejap 10 minit.

Masukkan inti dalam pastry then kelim pastry ikut kreativiti. Boleh try google @ tengok youtube cara lipat dumpling.

Tak ada mangkuk tingkat buluh macam mangkuk dimsum so susun dumpling kat atas pinggan, letak dalam pengukus. Kalau direct letak atas pengukus nanti melekat. Da try buat gitu sebab tu bagitau awal-awal. Kukus dumpling selama 10 minit.

Dah siap kukus boleh makan dengan sos kicap @ goreng dumpling.

Sup dumpling:
6 ulas bawang putih -ketuk & cincang
1 inci halia -ketuk & cincang
1 sudu kecil minyak bijan
Sedikit serbuk lada sulah
Kiub ayam maggi (half of cube)
Garam & gula

Tumis bawang putih & halia sampai naik bau. Masukkan 1 mangkuk air dalam periuk.

Masuk bahan-bahan lain dan biar sampai mendidih.

Letak dumpling yang dah siap dikukus tadi dalam periuk sekali. Biarkan 2-3 minit sekejap.

Then tabur sikit daun bawang.

Last sekali buat sos pakai sos thai campur sikit dengan daun ketumbar yang sudah dicincang halus. Gaul sebati then boleh makan dengan sup. Ada orang buat sos pakai kicap cair tapi lagi suka sos thai lagi padu rasa nya.

Total costing :-
Fillet ayam 500g – RM5.20
Dumpling pastry – RM1.80
Carrot 6 batang – RM1.00
Daun sup & Daun bawang – RM1.00
Bahan yang lain dah sedia ada kat rumah
Total = RM9.00 ✅

Ada yang nak cuba resipi ni?

Selamat mencuba!

Resipi wajib cuba: Tak Perlu Kulit Popia Guna Roti Je, Roti Goreng Carbonara Hanya, 5 Bahan Mudah

Published by
SRM