“Puan, perangai anak saya semakin menjadi-jadi bila dah ada adik”
“Semakin saya marah, semakin dia buat”
ANAK SENGAJA BUAT PERANGAI ⛔
Kalau ada mak ayah yang ada masalah di atas, yang pertama perlu faham perkembangan emosi dan sosial anak yang sedang dalam fasa autonomi semasa umur 18 hingga 3 tahun. Semua benda nak buat sendiri, contohnya tengah makan bubur nak rampas sudu sebab nak makan sendiri.
Kalau kes diatas bukan dikira anak “buat perangai” ya tetapi anak “nak belajar” dan terpulang pada mak ayah nak mengatasinya macam mana mengikut kreativiti masing-masing.
“Anak buat perangai” ini adalah keadaan apabila:
1. Anak sengaja baling barang.
2. Tumpahkan air dengan sengaja.
3. Hantukkan kepala dekat dinding.
4. Koyakkan buku dengan sengaja.
Senang cerita, apa-apa perbuatan yang anak sengaja buat walaupun dah tau kesannya akan kena marah. Seolah-olah perbuatan anak mencabar mak ayah. Makin dimarah, makin seronok dia buat. 😡
Kalau ada, mungkin mak ayah kurang beri perhatian kepada anak sehinggakan anak “terpaksa” guna cara salah untuk menarik perhatian mak ayah. Anak rasa lebih disayangi dan diberi perhatian apabila buat jahat berbanding buat baik.
Ads
“Perhatian” yang dimaksudkan ini bukannya bermaksud jasad sahaja dengan anak tetapi mata dan otak dekat tempat lain seperti tv atau gadget. Beri perhatian adalah memberi sepenuh jasad, jiwa dan raga mak ayah kepada anak. ❤
Anak buat perangai bukan salah anak, tapi salah mak ayah. Cuba tanya diri sendiri dan buat “Matematik Kasih Sayang” di bawah;
1. Berapa jam sehari kita berikan anak perhatian dimana jasad, otak, jiwa dan raga 100% pada anak? 🌍
2. Kalau 10 kali tangan mak ayah ditarik oleh anak, berapa kali mak ayah menyahut panggilan anak untuk main sekali? 🎠
3. Berapa patah perkataan mak ayah cakap dengan anak dalam sehari? 🎶
4. Dalam sehari berapa kali anak diberi ciuman dan pelukan? ❤
5. Cuba kira berapa lama dalam sehari mata mak ayah bertentang dengan anak? 👀
6. Berapa kali mak ayah memuji/marah anak apabila anak berkelakuan baik/buruk? 👏
Cuba kira kuantiti di atas tolak dengan kuantiti anak dapat perhatian bila “buat perangai”.
(Perhatian semasa anak berkelakuan baik) – (Perhatian semasa anak berkelakuan buruk) = ?
Ads
Kalau jawapan positif, tahniah.
Kalau negatif, maksudnya anak kurang perhatian dan mak ayah perlu perbaiki cara dan didikan dalam memberi kasih sayang kepada anak untuk mengelakkan masalah tingkahlaku yang lebih serius di masa akan datang. ⚠
Manusia, tak kiralah dari bayi sampai dewasa memang memerlukan perhatian cuma keperluan perhatian kita lama-kelamaan akan bertukar ke perkara lain.
Bagi anak bawah 3 tahun, sangat memerlukan perhatian mak ayah walaupun dah ada adik lain sewaktu ini. 👶
Situasi anak buat perangai juga kerap berlaku pada anak yang lewat bercakap kerana sukar meluahkan perasaan dan kemahuan. Hanya 1 sahaja tips saya untuk mengatasi masalah di atas:
Ads
Pulangkan 6 perkara yang sememangnya hak anak sejak dilahirkan ke dunia:
1. Komunikasi.
2. Pelukan dan ciuman.
3. Main bersama.
4. Bertentang mata.
5. Masa yang berkualiti.
6. Memuji apabila anak berkelakuan baik.
Semoga kita semua dapat menjadi mak ayah terbaik untuk anak-anak kita. 😊
Pediatric Occupational Therapist
BEYOND Home Therapy Selangor & JB
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
‘Anak saya skip merangkak elok sahaja. Anak saya terus jalan memang tidak merangkak. Anak saya memang suruh merangkak mengamuk.’
Ini antara beberapa situasi yang pernah ibu ayah kongsikan.
Merangkak adalah satu perkembangan fitrah anak. Julat masa merangkak adalah antara 6 ke 9 bulan.
Ada yang lebih awal? Ada Ada yang lewat dari 9 bulan? Ada Ada yang skip terus jalan? Ada
Sebaik-baiknya amat digalakkan anak melalui Fasa Merangkak ini kerana bila anak merangkak anak akan dapat latih:
✔️ Koordinasi Mata dan Tangan
✔️ Input Proprioseptif pada Otot dan Sendi yang bagus untuk Kesedaran Tubuh atau body awareness
✔️ Eye tracking untuk Tulis dan Baca
✔️ Kekuatan Otot Core, Tangan dan Kaki
✔️ Stimulasi Refleks terutama STNR dan Spinal Galant
Ya ada anak bertuah jika tidak lalui fasa ini masih dapat lagi Baca, Tulis dan Berdikari.
Tapi lagilah seronok anak-anak jika melalui fasa ini dapat Bonus Input lebih banyak pada Otak anak.
Bagaimana mahu latih?
Banyak teknik yang terapis akan cadangkan.
Dan paling santai ibu ayah lakukan susun banyak bantal di rumah. Buat seperti kubu kemudian atas sikit dari kubu ikat kain dari satu penjuru ke satu penjuru. Sudah macam ada bukit dalam Cave. Minta anak merangkak atas Bukit Bantal dalam Cave.
Anak dalam posisi merangkak lawan graviti dapat lagi kuatkan ototnya dan lebih banyak input.
Hendak lagi santai? Bawa ke playground macam dalam gambar merangkak di slide.
Jom kita latih diri agar terus mahir didik anak ❤️
Anak-anak memang tak tahu penat sebab mereka dalam proses untuk membesar. Tapi kadang-kadang kita sebagai ibu bapa penat melayan perangai anak-anak. Dalam tak sedar kita sebagai ibu bapa terkasar dengan anak-anak semata-mata nak minta anak-anak untuk duduk diam-diam.
Anak yang tak duduk diam ni sebenarnya bijak. Kenapa bijak? Ikuti perkongsian Doktor Taufiq tentang anak yang tak duduk diam ni;
JANGAN PAKSA ANAK DUDUK DIAM
Tiap hari saya pening duk fikir aktiviti apa lagi nak buat dengan Maryam Soolihah dan Solahuddin.
Sebab apa?
Sebab hati saya tak tenang kalau tengok anak saya duduk diam tak buat apa apa. Ni mindset yang saya latih dalam otak saya.
Pelik kan? Padahal makin anak diam, makin la mak ayah boleh tenang. Saya tak!
Saya tahu, kepayahan ni la nanti yang akan Allah balas balik dalam bentuk kecerdikan dan kecerdasan otak anak saya.
Saya kena tahan la sikit penat melayan anak bermain, berlari, melompat, berguling dan berdebu kalau nak anak saya bijak bila dewasa nanti.
Saya tahu ada 7 deria yang perlu diransang pada anak saya supaya otak & otot anak saya boleh berkembang dengan sempurna!
7 deria tu adalah:
1. Visual ( Visual Sense ) 2. Auditori ( Audirory Sense ) 3. Sentuhan ( Tactile Sense ) 4. Deria sendi ( Proprioceptive Sense ) 5. Rasa ( Gustatory Sense ) 6. Bau ( Olfactory Sense ) 7. Pergerakan & Keseimbangan ( Vestibular Sense )
Semua deria sebenarnya boleh diransang kalau saya tak paksa anak saya duduk diam hanya kerana saya tak sanggup nak berpenat melayan karenah anak anak saya!
Saya taknak jadi mak ayah yang cuma jadikan gajet untuk mendiamkan anak anak. Gajet ni cuma ransang deria Visual je. Kita tak sedar, akhirnya deria anak kita yang lain jadi tumpul dan tak berkembang.
Takkan dapatnya sagu, kalau tak dipecahkan ruyung! Mana dapatnya anak cerdik dan bijak kalau tak tahan lelah dan penat sekarang.
Sabarlah Ibu Ibu semua..sesungguhnya anak kita sedang berkembang dan membesar
Kemahiran motor halus kena asah sejak anak usia tiga tahun lagi atau seawal mungkin melalui aktiviti-aktiviti playtime supaya anak terus lupa gajet.
Malah, tak perlu tunggu anak usia enam tahun untuk asah motor halusnya, takut nanti jejas pembelajarannya di tadika. Ini kerana kemahiran motor halus ini penting untuk anak-anak belajar menulis, zip baju, guna gunting dan sebagainya yang melibatkan pergerakaan jari.
Penguasaan skil motor halus amat penting untuk si kecil untuk menguasai pelbagai kemahiran sebelum ke sekolah. Mama dan papa boleh lakukan pelbagai 10 aktiviti ini di rumah untuk membantu mereka.
Penguasaan kemahiran motor halus amat mustahak untuk melakukan melibatkan penggunaan halus otot kecil yang mengawal tangan, jari dan ibu jari. Dengan perkembangan kemahiran ini, si manja dapat menyelesaikan tugas-tugas penting seperti menulis, memotong menggunakan gunting, menyuap makanan sendiri, membutangkan pakaian sendiri dan zip.
Mama dan papa boleh melakukan aktiviti rangsangan yang disarankan ini untuk membantu anak menguasainya. Lebih awal dilakukan maka lebih baik.
1.BERMAIN PASIR
Pasir sama ada pasir kinetik atau pasir biasa merangsang jari-jemari dan tapak tangan si kecil. Sediakan alatan yang lain seperti penceduk, trak kecil untuk mengangkut pasir dan acuan. Selain itu, isikan pasir ke dalam dulang dan biarkan si manja melakar di atasnya. Anda juga boleh membawa si kecil ke pantai dan ajaknya untuk membina istana pasir. Tentu dia seronok!
2.DOH MAINAN
Doh mainan memang sesuai untuk tujuan sensori motor halus. Dia bebas menguli, memicit, mencubit doh pelbagai warna. Ini adalah latihan yang baik untuk jari dan ibu jarinya. Berikan penggelek dan acuan untuk menjadikan permainan lebih menarik.
3.MENAMPAL
Menampal kertas mahu pun pelekat boleh menggalakkan si manja menggunakan tangannya. Anda boleh ajaknya membuat kolaj pelbagai bentuk seperti buah epal, payung dan sebagainya.
4.MENGKATEGORIKAN OBJEK KECIL
Objek kecil seperti butang, pompom, klip kertas dan tutup botol pelbagai warna boleh dimanfaatkan sebagai permainan si kecil. Anda boleh menyuruh si kecil mengasingkannya mengikut warna atau bentuk yang berlainan.
5.BUSY BOARD
Bermain dengan busy board ialah aktiviti yang bagus untuk si kecil. Ia menggalakkan penguasaan si manja untuk membutangkan baju, membuka tombol, membuka ikatan, memasang zip dan sebagainya.
6.MENYUSUN MENGIKUT BENTUK
Ambil sekeping kadbod dan lukis dua garisan iaitu zigzag dan berombak. Sediakan juga objek seperti kacang atau butang. Minta si manja untuk menyusun objek mengikut garisan-garisan ini. Penggunaan hujung jari untuk mengambil objek melenturkan otot jari dan tangan mereka.
7.MENJAHIT
Sediakan kadbod mengikut bentuk yang anda sukai dan tebuk lubang pada sekelilingnya. Berikan anak benang kasar atau tali dan minta mereka masukkan tali ke dalam lubang pada sekeliling kadbod. Ketika tangan memasukkan tali ke dalam lubang, mereka telah menggunakan jari dan serta koordinasi mata-tangan.
8.RANTAI PASTA
Sediakan semangkuk pasta penne dan seutas benang kasar yang bersaiz besar. Ajak anak untuk memasukkan benang ke dalam lubang pasta sehingga membentuk rantaian panjang. Anda boleh mewarnakan penne menggunakan pen penanda untuk efek yang lebih cantik dan menarik.
9.MENGGUNAKAN PENYEPIT
Anda boleh menyediakan objek seperti pompom, bebola kecil atau pasta penne berwarna dan biarkan si manja mengasingkannya mengikut warna menggunakan penyepit. Selain itu, boleh juga ajak si manja bermain air menggunakan syringe. Ia boleh menggalakkan penggunaan jari dan tangan.
10.MELAKAR MENGIKUT GARISAN
Melakar atau tracing adalah aktiviti yang baik untuk motor halus. Ia boleh dilakukan dengan membiarkan si manja melakar dengan meniru garisan yang telah anda buat pada kertas. Buku yang mempunyai latihan menyambungkan titik juga adalah saranan yang baik.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.