Masalah bintik hitam atau tahi lalat pada pakaian antara perkara yang sering berlaku. Tahi lalat pada baju ini timbul disebabkan kelembapan. Mungkin boleh jadi kerana terkena air kemudian diletak dalam bakul berhari-hari sebelum dibasuh. Contohnya baju anak yang tertumpah air atau susu.
Selain itu, masalah tahi lalat ini juga sering terjadi pada telekung solat. Biasanya dibahagian bawah dagu. Banyak petua yang pernah dikongsikan untuk menghilangkan kesan tahi lalat.
Antaranya menggunakan lemon, cuka, garam dan sebagainya. Cuma untuk yang nak jimatkan masa, boleh cuba guna sabun ini. Modal dalam RM2.40, kesan tahi lalat semakin pudar dan hilang.
Berikut perkongsian Saida Bushri yang boleh ibu-ibu cuba.
Suri-suri hati semua mesti ada masalah ni juga kadang-kadang kan. Saya ada google cara-cara nak hilangkan tahi lalat di pakaian ni.
Ads
Antara kaedahnya, guna cuka, guna lemon + garam, dan ada lagi 3 kaedah lain. Tapi saya dah cuba guna kedua-dua kaedah ni tapi tak berjaya.
Saya tak tahu mungkin salah teknik atau apa. Mungkin ada yang dah praktik kan jadi, tapi saya tak jadi.
Lepas tu saya baru teringat kan sabun ajaib, sabun kuning Ganso dari ECO tu. Saya cuba gonyoh menggunakan berus sabut. Alhamdulillah hasil yang memuaskan walaupun tak hilang semua. Dan kain pun tak berubah material, lembut macam guna softener.
Ads
Mungkin kena ulang basuhan 2-3 kali kan.. sebab kotoran ni dah lama. Yang penting, saya suka sabun ni sebab serbaguna. Sangat membantu dalam buat kerja harian saya.
Bila anak dah mencecah usia tiga tahun, mama jangan rasa takut-rakut dan khuatir untuk ajar anak tak lagi pakai pampers. Ini penting bagi persediaan mereka untuk ke sekolah.
Bukan hanya persediaan ke sekolah bahkan langkah ini sebenarnya satu pencapaian buat anak kita. Jadi mama kenalah kuatkan semangat dan latih anak dengan tepat.
Perkongsian Suhana Salleh yang berjaya melatih anaknya yang berusia dua tahun boleh mama jadikan panduan untuk melatih anak. Lima tip mudah yang dikongsikan olehnya sememangnya menampakkan hasilnya. Jom cuba!
Pernah di taska saya kanak-kanak 4 tahun masih pakai lampin pakai buang. Kasihan saya tengokkan budak chubby itu pinggangnya melelas dek diapers yang terkurang saiz.
Sejak dari itu saya ajarkannya latihan ke tandas. Prosesnya tidaklah sesukar mana kerana kanak-kanak itu sebenarnya dah bersedia. Cuma ibu dan ayahnya sahaja yang belum sedia.
Ibu-ibu, ayah-ayah…
Latihan anak ke tandas ini perlukan kerjasama dua pihak iaitu orang dewasa (sama ada ibu bapa atau pengasuh) dan anak.
Suka saya kongsikan di sini catatan pengalaman melatih anak sendiri ke tandas seawal usia mereka dua tahun.
1. Boleh faham apa yang dicakap
Kelima-lima anak saya boleh bercakap pada usia mereka 2 tahun. Walaupun sedikit pelat saya boleh faham jika dia sebut perkataan ‘eyak’ dan ‘nak encing’. Begitu juga dia boleh faham jika saya tanya, ” nak berak? Nak kencing ke?”
2. Cakap selalu
Dua minggu sebelum memulakan latihan saya selalu bagitahu pada anak begini. Nanti tak payah pakai pampers tau. (Sebut nama anak) kalau nak kencing cakap macam mana? “Ibu, saya nak ken…cing.” Buat aksi dia tak tahan nak terkencing dan pergi tandas. Tujuannya menanam minda bawah sedar mereka.
3. Kenalpasti ekspresi wajah atau tabiat anak
Sentiasa peka dengan ekspresi wajah dan tingkah laku anak setiap kali dia mahu membuang air. Anak saya selalunya akan membuat muka meneran setiap kali dia mahu membuang air besar. Jika dia dah buat muka macam tu cepat-cepat saya hantarkannya ke tandas.
4. Tetapkan waktu anak ke bilik air
Saya sering menggunakan tempoh 4 jam sekali untuk hantar anak ke bilik air. Katakan anak bangun tidur pukul 7 pagi. Aturkannya ke billik air dahulu. Pukul 11 pagi nanti saya akan menanyakan padanya sama ada mahu membuang air atau tidak. Jika dia enggan saya akan paksanya ke bilik air. Dikhuatiri terlalu leka bermain atau menonton anak kita akan terkucil sendiri.
5. Gunakan seluar yang mudah ditanggalkan
Semasa latihan ke tandas saya akan memakaikan seluar yang mudah ditanggalkan kepada anak saya. Ini bertujuan supaya apabila dia terasa ingin membuang dia akan cepat-cepat ke tandas dan membuka seluar. Pernah terjadi anak saya terkucil betul-betul depan pintu tandas. Semuanya gara-gara susah hendak menanggalkan seluar maka banjirlah lantai dibuatnya.
6. Puji anak ketika dia berjaya menggunakan tandas dengan baik.
Setiap kali anak berjaya gunakan tandas dengan betul saya akan puji mereka. Jika tidak berjaya jangan marah anak. Sentiasa beri anak sokongan. Kanak-kanak yang kerap dimarah dikhuatiri akan menyebabkan mereka menjadi takut. Seterusnya terpaksa u turn guna lampin pakai buang semula.
——-
Oh, ya panduan ini hanya tertakluk pada kanak-kanak bawah 4 tahun sahaja dan pada waktu siang. Semasa tidur tengah hari atau berjalan-jalan jauh saya akan pakaikan lampin pakai buang untuk mereka.
Pada awal latihan memang seksa juga. Selalu sahaja mereka terkucil merata-rata pada bila-bila masa.
Proses itu adalah normal.
Suka diingatkan jangan sesekali marah atau tengking anak sekiranya mereka terbuang tanpa sengaja.
Keupayaan kanak-kanak mengawal usus dan pundi kencing merupakan pencapaian penting dalam hidup mereka. Sentiasa berikan galakan dan panduan untuk anak-anak kita.
Kadangkala mengambil masa dua minggu atau lebih untuk kanak-kanak mahir menggunakan tandas.
Tidak kira berapa lambat anak kita belajar menggunakan tandas dengan betul, percubaan untuk melatihnya sebelum badannya bersedia adalah sia-sia.
Perkongsian yang hebat dan bermanfaat untuk ibu-ibu yang sedang mencuba untuk anak-anak mereka. Jadi mama kena beranikan diri dan yakin dengan anak. Bila anak dah bersedia, mama pun kenalah bersedia. Tak gitu?
Kredit: Suhana Salleh
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pelakon jelita, Amyra Rosli mendedahkan bahawa menjadi seorang ibu membuatkan dia menjadi seorang yang serba boleh dalam menguruskan banyak benda. Dia mengakui mempunyai anak membuatkan dia rasa sangat ajaib kerana tidak terasa penat menguruskan cahaya matanya iaitu Anaqi yang berusia 2 tahun.
Dia yang ditemui di pelancaran Johnson’s ( The New Johnson’s ) pada 10 Mei bertempat di Grand Hyatt Hotel turut berkongsi tip kekal cergas dan bertenaga sepanjang bulan Ramadan ini.
Bila ada anak, Myra rasa miracle “Ajaib sangat” sebab tak terasa penat. Semua benda Myra boleh settlekan berbanding zaman sebelum berkahwin dulu.
Adanya Anaqi, Myra tak terasa masa berpuasa tu panjang. Myra sibuk menguruskan Anaqi, menguruskan rumah, masak dan sebagainya sedar-sedar dah nak dekat berbuka puasa rupanya.
Gelagat Anaqi Ketika Bulan Ramadhan
Anaqi akan bersama-sama untuk berbuka puasa dan Myra akan makan yang paling LAST. Sebab Myra akan pastikan Anaqi makan dahulu dan selepas selesai Mira akan sambung makan.
Walaupun Sakit Masih Mmapu Berpuasa Kerana Ubatnya Adalah Berpuasa
Walaupun ada sakit gastrik, tapi kita dah puasa bertahun-tahun so i can manage benda tu sebab jangan terlalu ikut perasaan. Doktor pernah nasihatkan Myra “Puasa adalah ubat paling mujarab” sebab pemakanan lebih terjaga.
Tip Kekal Bertenaga Sepanjang Hari
Untuk kekal bertenaga, semasa sahur Myra amalkan kurma dengan susu. Itu memang favourite Myra setiap pagi sebenarnya. Myra lebih suka makan Oat sebab Oat akan membuatkan kita kenyang lebih lama, kalau makan nasi Myra akan cepat rasa lapar.
Menurutnya lagi, dia tidak kisah jika Anaqi ditawarkan sebarang tawaran daripada mana-mana pihak kerana itu merupakan peluang untuk Anaqi dan dia akan sentiasa menyokong sepenuhnya penglibatan Anaqi dalam bidang ini.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!