Masalah bintik hitam atau tahi lalat pada pakaian antara perkara yang sering berlaku. Tahi lalat pada baju ini timbul disebabkan kelembapan. Mungkin boleh jadi kerana terkena air kemudian diletak dalam bakul berhari-hari sebelum dibasuh. Contohnya baju anak yang tertumpah air atau susu.
Selain itu, masalah tahi lalat ini juga sering terjadi pada telekung solat. Biasanya dibahagian bawah dagu. Banyak petua yang pernah dikongsikan untuk menghilangkan kesan tahi lalat.
Antaranya menggunakan lemon, cuka, garam dan sebagainya. Cuma untuk yang nak jimatkan masa, boleh cuba guna sabun ini. Modal dalam RM2.40, kesan tahi lalat semakin pudar dan hilang.
Berikut perkongsian Saida Bushri yang boleh ibu-ibu cuba.
Suri-suri hati semua mesti ada masalah ni juga kadang-kadang kan. Saya ada google cara-cara nak hilangkan tahi lalat di pakaian ni.
Ads
Antara kaedahnya, guna cuka, guna lemon + garam, dan ada lagi 3 kaedah lain. Tapi saya dah cuba guna kedua-dua kaedah ni tapi tak berjaya.
Saya tak tahu mungkin salah teknik atau apa. Mungkin ada yang dah praktik kan jadi, tapi saya tak jadi.
Lepas tu saya baru teringat kan sabun ajaib, sabun kuning Ganso dari ECO tu. Saya cuba gonyoh menggunakan berus sabut. Alhamdulillah hasil yang memuaskan walaupun tak hilang semua. Dan kain pun tak berubah material, lembut macam guna softener.
Ads
Mungkin kena ulang basuhan 2-3 kali kan.. sebab kotoran ni dah lama. Yang penting, saya suka sabun ni sebab serbaguna. Sangat membantu dalam buat kerja harian saya.
Berapa ramai bapa mithali zaman ini. Kita lelaki dan perempuan tiada yang sempurna kecuali Junjungan Mulia Nabi SAW. Tetapi berusahalah menjadi yang terbaik sebagai ibu dan bapa.
Zaman ini, peranan bapa sudah berubah sudah tidak seperti dahulu, balik kerja tunggu makan, dan hanya letak pinggan di sinki. Bapa Melayu kita sudah jauh berubah.
Perkongsian dari Yasmin Hanani Mohd Safian yang jelas menunjukkan suami bukan hanya sebagai hero keluarga tetapi dia jugalah seorang lelaki hebat jika pandai urus anak dan rumah tangga.
Saya pernah jumpa seorang bapa menyantuni dua anak kecil di KL sentral usai hantar ibu mereka bertugas di luar kawasan ke KLIA.
Semalam, saya rasa dekat 10 kali suami berulang sehingga ke malam untuk hantar ambil anak-anak tuisyen dan training sehingga ke malam. Pagi ni lepas subuh, suami buat sarapan untuk Nukman dan hantar Nukman pula untuk ke pertandingan. Beginilah tidak pernah ada makna cuti pada hari minggu walaupun tugasan dan laptop sentiasa menanti di atas meja.
Minggu lepas suami ke Kuala Terengganu, turun kapal terbang sebelum sampai rumah, singgah ke pasar dan balik terus memasak. Sampai emak saya kata, suami pun tak sempat nak rehat balik terus siang ikan. Esok awal paginya terus ambil saya di Pahang dengan anak-anak dan emak.
Bila malam saya dapat lihat lelah nya dia kepenatan tapi dia tak pernah merungut, berbanding saya kalau penat memang terus pengsan. Dalam masa yang sama dia menggalas tanggungjawab dia yang besar di tempat kerja. Malam tidurnya penat sekali, bangun pagi lebih awal dari saya.
Saya doakan semua bapa di luar sana juga sentiasa kuat demi Islam dan anak-anak.
Nak berkeluarga tak mudah dan tak senang, yang penting jihad. Nak anak ramai, suami kena turun padang dan isteri hargailah pengorbanan suami.
Wanita, jika suami tidak pernah meninggikan suara pada kita itu pun sudah satu rahmat yang besar sangat, bersyukurlah.
Didik anak cinta solat merupakan satu cabaran besar kepada semua ibu bapa tak terkecuali selebriti Datin Rebecca Nur Islam atau lebih mesra dengan panggilan Mummy Becca.
Ibu kepada tujuh orang anak ini mengakui anak-anak akan mengikut apa yang ibu bapa lakukan. Jadi sebagai ibu bapa, kita kena tunjukkan perbuatan yang baik di depan anak-anak.
Bagaimanapun lumrah anak-anak, masing-masing ada perangai yang berbeza-beza. Sudah tentu ada cabaran tersendiri yang perlu dihadapi dalam membesarkan anak-anak terutama bila melibatkan bab bersolat.
Bagi Mummy Becca sendiri, dia bukan seorang ibu yang garang atau menggunakan kekerasan dalam mendidik anak-anaknya walaupun pada anak-anak yang kadangkala tak nak dengar kata.
“Biasalah dalam ramai-ramai anak akan ada yang kadang tak nak dengar cakap kita terutama bila dia tengah asyik main game kita suruh berhenti dan solat. Biasanya saya akan ambil tindakan membebel je.
Macam anak saya Adam tu, kalau dia tengah main game kita suruh berhenti mandi dan solat tapi dia buat tak tau je, saya akan cakap kalau satu hari Mummy takde tiba-tiba, so macam mana. Dia akan terus bangun dan segera buat apa yang saya suruh,” kongsi Mummy Becca tentang pendekatan yang digunakan untuk menyuruh anak bersolat dalam sesi live Pa&Ma E-Workshop Kem Solat Anak Mudah, Seronok & Berkesan.
Menurut Rebecca cara tersebut didapati berkesan untuk membuatkan anaknya mudah mendengar kata selepas satu hari mereka sekeluarga membuat sesi berbual tentang kehidupan di meja makan.
“Masa kat meja makan tu saya berbual dengan anak-anak tentang pelbagai dugaan yang kita lalui dalam dunia sekarang ni, tentang kedatangan hari kiamat, tentang bagaimana kehidupan bila saya dan daddy mereka tiada nanti. Jika mereka selalu nak buat nakal dan tak nak dengar kata, asyik nak main games je. Tiba-tiba anak-anak saya menangis sebab takut kehilangan kami,” ceritanya.
Selain daripada itu Rebecca mendapati caranya yang sukar mengingatkan anak-anak tentang pentingnya bersolat untuk kekuatan mereka sendiri berkesan untuk membuatkan anak-anaknya mudah bersolat.
“Saya suka bercakap dengan anak-anak dr segi ingatkan dia masa akan datang. Walaupun nakal dan kadang-kadang tak nak dengar cakap mummy tapi kita kena solat sebab solat ni macam dinding kepada rumah.
Saya suka buat mereka berfikir. So kalau rumah tak de dinding apa jadi dengan rumah kita? Nanti mereka akan terfikirlah dan cakap tak cantiklah rumah kalau tak ada dinding.
Jadi macam tu lah dengan solat, kalau tak solat kita jadi lagi nakal dan tak nak dengar cakap mummy.
Selain dari itu saya juga bagitau mereka bila solat mereka boleh mintak doa pada Allah apa sahaja yang diinginkan. InsyaAllah akan dimakbulkan. Syukur kerana anak-anak saya memang anak yang mendengar kata.”
Rebecca yang baru empat hari pulang dari mengerjakan umrah bersama suami dan kesemua anaknya bersyukur kerana mereka semua mendapat peluang bersolat depan kaabah.
Menurutnya peluang tersebut turut membuka mata anak-anaknya tentang amalan solat yang sentiasa diingatkan.
“Bila dapat peluang solat depan kaabah, mereka tanya kenapa macam-macam jenis manusia pelbagai jenis warna kulit bersolat depan kaabah. Saya beritahu mereka semua yang hadir di sini bersolat kerana Allah, sama macam yang mummy selalu pesan kat anak-anak. Semua mereka ada keinginan yang mereka nak dari Allah. Jadi mereka bersungguh-sungguh bersolat.
Secara tak langsung terutama anak-anak yang lebih kecil lebih memahami maksud solat yang selama ini mummy selalu ingatkan.
Katanya InsyaAllah apa yang kita didik dari kecil itu yang anak-anak akan amalkan sampai besar. Jadi peranan ibu bapa itu sangat penting dalam bab mendisiplinkan anak bersolat.
“Biasanya anak-anak yang masih kecil dalam usia 3 tahun ke bawah akan rapat dengan mummy dan daddy. The fact is anak akan tengok dan contohi apa yang kita selalu buat.
Contohnya kalau kita selalu baca al-Quran dan solat, mereka akan ikut perbuatan kita. Masa anak-anak kecil mereka selalu akan bentang sejadah bila saya nak solat. Lepas tu mereka buat aksi meniru perbuatan solat.
Adakalanya memang gelagat mereka tu lucu dan boleh membatalkan solat kita sebab tak tahan gelak. Tapi kita raikan sahaja gelagat anak-anak kecil sebab saya beranggapan masa kecil mereka hanya sekali, so apa yang mereka buat masa kecil semuanya jadi memori,” ujarnya yang tidak menggunakan pendekatan marah atau pukul anak.
Selain sentiasa mengingtkan anak-anak tentang solat, Rebecca turut mengambil ustaz dan ustazah untuk mengajar anak-anaknya bersolat di rumah.
“Walaupun kita memang ajar anak-anak solat di rumah tapi adakalanya terlepas benda-benda detail dalam mendidik anak-anak tentang solat. Anak-anak saya dah sedia maklum kelas solat mereka setiap hari apa dalam seminggu. Ustaz akan ajar anak-anak lelaki dan ustazah pula ajar anak-anak perempuan.”
Justeru Rebecca turut menyarankan agar ibu bapa lain yang mungkin tidak sempat untuk konsisten mengajar anak solat, boleh usahakan mencari ustaz atau ustazah yang boleh datang ke rumah mengajar anak-anak solat atau hantar mereka ke kelas-kelas atau kursus-kursus belajar solat sejak usia kecil.
“Tetapi bagi yang ada masa macam suri rumah, memang beruntunglah boleh ajar anak bersolat. Yang penting kita kena konsisten ajar setiap hari. Ajar dalam 10 minit secara konsisten langkah demi langkah untuk bersolat bermula daripada ambil wuduk dan seterusnya.
Katanya, anak-anak kecil sangat bijak. Kalau kita ajar mereka secara konsisten InsyaAllah mereka akan ingat dengan mudah,” demikian menurut ibu yang memperuntukkan setiap hujung minggu untuk hari bersama anak-anak sambil buat ulang kaji secara santai.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kita sebagai ibu sentiasa tunjukkan rasa sayang kepada anak. Cium dan peluk anak hari-hari. Malah perkataan sayang sentiasa bermain di mulut, ucapkan setiap pagi. Malah tak pernah terlepas walau sekali.
Itulah wanita bergelar ibu. Namun bila anak yang menunjukkan rasa kasih dan sayangnya pada kita, lebih-lebih lagi mengeluarkan ayat yang cukup bermakna buat kita rasa terharu. Terharu kerana anak kita sudah semakin bijak dalam menilai erti kasih dan sayang.
Inilah yang dialami oleh Diana Amir bila mana anaknya, Khawlah Khadeja meluahkan kata-kata penuh bermakna. Terharu.
She loves me
Ada time i tak tau Khawlah tau tak i sayang dia. Sebab dah ada 3 org ni kadang-kadang terlepas pandang bila dia minta something. Pastu malam nak tidur, baru dapat peluk dia kuat-kuat , assurance yang i sangat sayang dia.. and she would say “i love u so much mummy”.
Dinner semalam, dia buat i tau dia sayang i, yay!
I termakan something yang sangat spicy, I cakaplah kat BIL , “pedas nak mati”.
Pastu budak bijak ni tanya , “mummy, kenapa pedas nak mati?”
Erk.. too late.. tercakap plak haha
So i tried to explain..” Dia pedas sangat, nanti orang makan pastu sakit, pastu kalau tak baik sakit nanti dia boleh mati”
Erm, I know. Genius sangat explanation tu kan? lol! sis cuba.
Pastu i bangun pergi basuh tangan.
Bila i sampai balik kat meja, Khawlah hulur air masak kat I , “ nah mummy, minum air ni”. I pun minum. “Ok, mummy tak boleh mati tau? sebab khawlah sayang mummy” .
Awwwww..rupa-rupanya dia risau , kalau i makan pedas tadi tu, i akan sakit and then.. macam explanation genius yang i cakap kat dia tu. Kesian dia risau. My BIL cakap muka dia serious je duk pikir bila i bangun pi basuh tangan tu.
Bijaknyaaaa anak mummy! i love u ?
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!