Jika sebelum ini kita seringkali melihat kuih lapis berwarna merah jambu, kuih lapis yang satu ini cukup unik kerana dihasilkan daripada buah labu. Paling menarik kerana warna kuning asli dari buah labu yang membuatkan kuih lapis ini terhasil cukup cantik.
Resipi yang dikongsikan oleh Marlia Lia ini rupanya cukup mudah malah cukup berlemak. Cantik dan sekata warna. Nak membuatnya pun cukup mudah. Jom cuba!
Assalamualaikum. Pagi ni saya buat Kuih Lapis Labu. Cantik tak? Yang pasti tiada pewarna tambahan sebab kuning labu dah memang cantik. Bolehlah masukkan list menu untuk berbuka puasa nanti. Saya guna loyang bulat saiz 9”.
Dalam satu bekas besar, masukkan 2 cawan tepung beras, setengah cawan tepung gandum dan setengah cawan tepung jagung.
Ini gula pasir, saya kisar halus supaya senang larut. Disebabkan saya tak berapa suka manis, saya cuma gunakan 3/4 cawan gula sahaja.
Tambahkan sedikit garam. Anggaran 1/4 sudu teh kfc tu. Kemudian gaul rata semua bahan tu.
Ads
4 cawan santan segar dipanaskan atas api perlahan sambil dikacau. Panaskan hingga suam-suam kuku sahaja.
Kemudian tuangkan santan suam ke dalam adunan tepung dan kacau sebati.
Tapis supaya tak ada yang berketul-ketul tertinggal.
Bahagikan adunan sama banyak, satu bahagian dimasukkan labu.
Ads
Kukus selapis demi selapis dengan api sederhana selama 5 minit setiap lapisan.
Lapisan terakhir, kukus selama 20-25 minit. Pastikan loyang disapu minyak terlebih dahulu, dan loyang dah betul-betul panas baru tuang adunan.
Lapis Labu Gedik nama diberi.
TIPS * Untuk jadikan kuih tahan lebih lama dari basi, lepas siap kukus, bukak penutup kukusan dan biarkan atas api dalam 5 minit supaya wap air atas kuih kering, kuih tak cepat basi.
Bingsu yang cukup terkenal di Korea ini merupakan pencuci atau pemanis mulut yang menyegarkan. Taburan beraneka buah-buahan segar di atasnya buat hidangan Bingsu jadi cukup berselera.
Jika bosan dengan hidangan yang sama, sesekali raikanlah anak-anak dan suami di rumah dengan semangkuk Bingsu segar. Nak buatnya pun cukup mudah malah tak perlukan bahan yang banyak. Resipi ringkas yang dikongsikan oleh Farisha Sofea ini nampak cukup menyelerakan. Jom kita cuba!
MANGO BINGSU
Bahan Bahan :
Untuk Aiskrim :
2 cawan krim putar tenusu
1 biji buah mangga ( ambil isi sahaja )
4 sb susu pekat
Untuk Ais Kisar :
3 cawan susu penuh krim
Bahan Lain :
Buah mangga dipotong dadu
Puri mangga
Hiasan pilihan
Satukan bahan bahan aiskrim ke dalam pengisar dan kisar sebati .
Tuangkan ke dalam bekas bertutup dan sejukkan di dalam peti sejuk sehingga beku.
Untuk ais kisar pula, tuangkan susu penuh krim ke dalam ziplog bag. Simpan di dalam peti sehingga beku.
Kemudian tumbuk tumbukkan ais tersebut agar hancur. Masukkan air kisar ke dalam mangkuk. Tuangkan juga sedikit susu pekat.
Letakkan buah mangga yang telah dipotong dadu, aiskrim dan juga puri mangga. Hiaskan mango bingsu mengikut kreativiti anda.
Siap , sedia dihidang!
EPISOD 5 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANINA: Little Farm Dekatkan Anak Dengan Alam
Kanak-kanak harus didedahkan dengan alam kerana aktiviti ini akan membuatkan mereka lebih berani. Jika kita tidak mendedahkan mereka dengan alam dari kecil, ia mungkin akan membuatkan anak-anak tidak berani untuk mencuba benda baru.
Saksikan Episod ke 5, Journey Bersama JoviaNina pada 23 September 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.
Bagi peminat mee celup Thai pasti tekak tu dah teringin untuk menikmatinya. Namun sekarang tak boleh nak keluar macam sebelum ini. Jadi apa kata cuba buat sendiri ikut resipi Ben Safwan.
Inilah resepi mee celup Ben Safwan antara paling lengkap. Sila ikut tips penyediaan bahan yang sama supaya akak dapat rasa kenikmatan mee celup di level sebenar. Jangan rushing. Ambil masa sediakan bahan rencah dulu.
Dah siap bahan rencah baru buat mee celup meggi celup nasi air ni. Kalau nak buat separuh bahan je, tak sedap bagi tekak Ben dan Ben rela tak buat selagi tak siap semua. Tolong beritahu terima kasih sebab penat Ben menaip Panjang ni.heee
10 bahan rencah yang bawa rasa mee celup ke peringkat lain
1) Resepi Minyak Cili Serai Halia Bawang putih
4 batang serai
Potong pendek, masuk food chopper dan ketepikan
2 labu bawang putih
Kupas,masuk food chopper dan ketepikan
5 cm halia muda
Kupas,masuk food chopper dan ketepikan
½ genggam cili padi
½ genggam cili besar
Potong, masuk food chopper dan ketepikan
Guna 2 cawan minyak masak. Goreng satu persatu bahan di atas ikut urutan. Api sederhana kecil ja .Angkat bila garing. Simpan semua bahan termasuk minyak ke dalam bekas kaca.Minyak tu tunggu suam .Masukkan 4 sudu teh serbuk cili untuk lebih sedap.
2) Resepi Air lada
Cincang lada thai setengah genggam guna food chooper tanpa air. Masukkan setengah cawan jus limau thai dalam botol dan 4-5 sudu makan cuka, Biarkan 1 malam di luar dan seminggu dalam peti baru sedap makan.
3) Resepi Lada Solok Jeruk
Potong lah lada solok ikut nak guna banyak mana. Ben guna 1.2-1.5 lada solok. Senang buat banyak sekaligus.
Lps tu rendam dengan air dan masukkan kapur 1/2 sudu makan.
Rendam 1 jam. Tujuan supaya cili tak lembik nanti kekal rangup dijeruk. Faham kan ?
Lps tu tos bersih buang rasa kapur tu. Ketepikan.
Didihkan air dalam periuk. Dah mendidih,tutup api.
Masukkan lada dan kacau sebati 30 saat. Ingat 30 saat je. Lps tu cpt2 buang air dia dan alirkan air paip.
Masukkan dalam bekas bersih.
Panaskan 4,5 cawan air dengan 2 cawan cuka ,5-6 sudu makan gula serta 2 sudu teh garam . Lebih/kurangkan bergantung kuantiti dan rasa.
Tak perlu tnggu mendidih. Dah nampak hancur gula garam tutup api. Biarkn sejuk.
Dah sejuk tuang dalam bekas lada tadi dan biarkan semalaman.
Dah boleh makan dah lada jeruk
Guna lada solok kalau nak bertambah sedap
4) Kacang tanah
Beli di kedai kacang tanah kisar yang tak berapa halus
5) Serbuk cili thai
Beli di sopi guna keyword ni. Pilih yang halus lagi sedap
6) Serbuk lada putih
Beli di mana-mana ikut akak
7) Ikan bilis rangup
Masukkan 1 genggam ikan bilis dalam air fryer, renjis minyak sikit dan bakar suhu 200 selama 12-13 minit. Confirm garing sedap. Takde Af, goreng manual
8) Bawang goreng asli
Ben beli yang 15 inggit sebotol. Yang homemade. Sedappp sangat. Yang tak de tepung berkilo melekat pada bawang
9) Garam
10) Gula Halus
Bahan Resepi Kuah Mee Celup
• 4-5 liter air
• Ayam/perut muda/perut tebal/tulang rusuk/daging
• 1 serai diketuk
• 3 ulas bawang putih ketuk
• 2 batang akar ketumbar ketuk
• 1 cm halia ketuk
• 2 cm lengkuas ketuk
• 1 kayu manis
• 1 sup bunjut
• 1 cengkih
• 2 sudu makan kicap pekat Jalen
Masukkan dalam periuk,ketuk semua yang mana perlu lepas tu masukkan dalam periuk.Renehkan 50-60 minit supaya turun air daging,air ayam tu bagi sedap.Tak perlu perasakan dengan garam gula. Itu di proses nak makan dah.
Cara buat bubur nasi :
1 cawan beras
6-7 cawan air
Masak atas api dapur gas, biarkan dan kacau sesekali hingga nasi sudah bertukar jadi bubur. Bila tengok kanji dah mula keluar, bersedia untuk tentukan tahap mana akak suka bubur tu. Jangan terlalu hancur. Tak sodap
Meggi, mee,mihun celur je macam biasa
Sayur :
Gunakan kangkong,taugeh,daun ketumbar dan asam limau nipis. Bukan limau kasturi
Kangkung dan taugeh tu rendam je dalam air panas. Tak perlu rebus.
Cara Gabung :
Letak mee,meggi,mihun,nasi air dalam mangkuk. Letak isi ayam,perut muda,daging or apa-apa lauk akak suka. Tambah pula sayur semua.Letak kuah secukupnya.
Baru letak 1 ½ sudu the gula halus, ½ garam, dan semua bahan rencah sikit-skit.
Perah asam limau dan gaul semua. Cuba rasa. Yang mana tak cukup lagi, tambahhhhhh
Semua ni atas skill pembuat/pengadun mee celup.
Masa menulis ni pun Ben boleh bayang satu-satu dan menitik air liur. Jadi silakan buat dan jangan lupa ucapkan terima kasih dan follow Ben Safwan jika nak resepi kampung yang ummmphhhhh.
#bensafwanresepi
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kek oren sunquick sebenarnya sudah dibuat oleh kebanyakan mak-mak kita sejak dulu lagi. Kalau yang biasa makan, mesti tahu kesedapan dan kegebuannya. Malah ia tak muak walaupun dimakan banyak kali.
Rasanya yang masam manis dengan bau yang wangi dari air buah oren tu menambahkan lagi rasa sedap kek ini.
Resepi yang dikongsikan oleh Noriza Awang Hamat ini boleh anda cuba.
Kek yang tak jemu di makan, kek oren. Kat bawah cikza sertakan resepi mana yang ingin mencuba. Cik za halalkan.
Bahan-bahan:
3 biji telur gred A
2 cawan tepung kek
1/2 sudu kecil baking powder
3/4 cawan gula pasir
1 biji oren ambil airnya.
3 sudu besar sunquick (campurkan dengan perahan sunkist tadi. Jadikan setengah cawan)
1 cawan minyak
sedikit garam
1 penutup esen vanila
pewarna kuning
Cara-cara:
Pukul telur dengan gula sampai kembang putih. Masukkan esen vanila, campuran oren sunquick, garam, masukkan minyak.
Pukul sebati, masukkan tepung dan pukul perlahan. Dah sebati tuangkan ke dalam loyang yang telah di sapu sedikit planta dan dilapik kertas.
Bakar dengan suhu 160 selama 1 jam. Api atas bawah. Cikza guna loyang 8×8.
Sebab Cikza gandakan bahan untuk kek yang lebih besar.
**Untuk mama yang kesuntukan masa pun, elok sangat buat kek ini sebab semua bahan sangat mudah dan tak renyah untuk penyediaannya.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.