Jika sebelum ini kita seringkali melihat kuih lapis berwarna merah jambu, kuih lapis yang satu ini cukup unik kerana dihasilkan daripada buah labu. Paling menarik kerana warna kuning asli dari buah labu yang membuatkan kuih lapis ini terhasil cukup cantik.
Resipi yang dikongsikan oleh Marlia Lia ini rupanya cukup mudah malah cukup berlemak. Cantik dan sekata warna. Nak membuatnya pun cukup mudah. Jom cuba!
Resipi wajib cuba: Puding Laici Berkuah Untuk Berbuka, Simple Tapi Super Sedap!
Assalamualaikum. Pagi ni saya buat Kuih Lapis Labu. Cantik tak? Yang pasti tiada pewarna tambahan sebab kuning labu dah memang cantik. Bolehlah masukkan list menu untuk berbuka puasa nanti. Saya guna loyang bulat saiz 9”.
Bahan-bahan:
Labu -dikukus dan blend anggaran setengah cawan
2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
3/4 cawan gula pasir
Secubit garam
4 cawan santan segar
Lapisan terakhir, kukus selama 20-25 minit. Pastikan loyang disapu minyak terlebih dahulu, dan loyang dah betul-betul panas baru tuang adunan.
Lapis Labu Gedik nama diberi.
TIPS
* Untuk jadikan kuih tahan lebih lama dari basi, lepas siap kukus, bukak penutup kukusan dan biarkan atas api dalam 5 minit supaya wap air atas kuih kering, kuih tak cepat basi.
Resipi wajib cuba: Senangnya Buat Biskut Almond Cluster Ni, 2 Bahan Saja, Rasa Paling Tip Top!