Pelakon dan penyanyi Ayda Jebat mengakui banyak perbezaan ketara dialami ketika kehamilan kedua ini berbanding hamil anak pertama.
Ayda yang kini hamil lima bulan mengakui dia kini lebih aktif berbanding hamil anak sulung.
Malah kongsi Ayda lagi, dia terkejut kerana badannya masih mampu bekerja jika dibandingkan sebelum ini dia tidak mahu bekerja sehingga tidak boleh bangun.
“Saya terima tawaran berlakon ini sebaik saya tahu yang saya hamil. Saya rasa badan saya boleh terima untuk melakukan kerja ini.
“Masa hamil anak pertama dulu, saya memang tak boleh bangun, balas mesej dan tak mahu bekerja langsung. Kali ini saya sangat aktif,” luahnya berkongsi.
Akui ibu kepada si comel Ana Nayla ini lagi, dia juga tidak mengalami alahan pelik untuk kehamilan kali ini namun agak sedih tidak dapat minum minuman kesukaannya iaitu Milo kerana pasti akan muntah.
“Saya tak mengidam pelik-pelik.
“Namun, ada benda yang saya sangat suka tapi saya tak boleh nak amalkan ketika ini dan ia membuatkan saya sedih hampir setiap hari iaitu minum Milo.
“Saya sendiri tak tahu kenapa? Bila saya minum, saya akan muntah. Saya ni boleh dikatakan sudah sebati dengan Milo. Hari-hari kena minum Milo.
“Saya cuba minum sejak dari awal kehamilan, memang tak boleh. Hari berikutnya pun sama. Saya cuba lagi selepas trimester pertama harapkan hal tersebut berubah tapi sama juga,” katanya.
Menarik: Sesetengah Orang Berkira-Kira Nak Beranak & Mengandung, Neelofa PU Haris Mahu Anak Ramai!
Pelajari ilmu penyusuan untuk menjayakan bf journey mama bersama pakar-pakar bertauliah di webinar Mama Nak Susukan Anak. Daftar sini : https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-nak-susukan-anak/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!