Tidak dinafikan walaupun puasa baru memasuki minggu pertama, namun ada ibu yang sudah mula buntu untuk sediakan juadah berbuka buat anak-anak dan suami. Ada juga anak-anak yang gemar makan pasta tetapi tidak ketinggalan juga yang hanya makan nasi sahaja. Jika nasi jadi pilihan suami, ada baiknya anda cuba sajikan nasi istimewa ni.
Nasi Marjerin dengan set Ayam Panggang Istimewa ini memang terbaik. Ringkas cara pembuatannya. Jom ikuti langkah yang dikongsikan oleh Nurul Hawa Nadila Sari ini.
Resipi wajib cuba: Cheese Cakes 3 Bahan, Gebu & Melting, Buat Pun Senang Sangat!
Nasi marjerin
Bahan-bahan diperlukan:
4 cawan beras
1 senduk besar marjerin
2 biji bawang merah dimayang halus
Sehelai daun pandan
2 kiub ayam
1 senduk kismis
Goreng bawang hingga terbit bau. Masukkan beras.
Kacau rata. Masukkan Air secukupnya. Akhir sekali masukkan daun pandan, kiub ayam dan kismis. Kacau sehingga sebati.
————————————————————————
Ayam Panggang
Bahan-Bahan:
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
3 sudu madu
2 sudu sos tiram
1 sudu kicap pekat
1 sudu minyak bijan (pilihan)
Sedikit lada sulah
Kemudian perap ayam yang telah direbus tadi dalam 15 minit.
Guna api sederhana kecil, apabila minyak betul-betul panas masukkan ayam, namun jangan masuk banyak sangat.
Goreng dalam 5 minit ke 7 minit sahaja.
Terpulang sama ada nak menggoreng, gril dalam oven atau panggang atas arang(saya pilih grill)
————————————————————————
Sambal Nasi Ayam
Bahan-Bahan:
6 biji lada merah
2 ulas bawang putih
1 sudu jus limau nipis
Sedikit halia (anggaran 1 ruas jari kelingking)
4 sudu gula
1 sudu kecil garam
Air rebusan ayam 3/4 cawan
1 sudu kecil tepung jagung yang dilarutkan dengan 2 sudu air
Masukkan dalam periuk, masak guna api kecil.
Dah mendidih, masukkan gula, garam dan perah limau nipis. Siap!!
————————————————————————
Kuah Kicap Nasi Ayam
Kuah kicap perapan ayam di atas
Kicap manis cap kipas udang
Sedikit garam
Air rebusan ayam
Kuah kicap nasi ayam ni simple sahaja. Panaskan air rebusan ayam dan kicap di dalam periuk.
Kalau nak lebih pekat, gunakan kicap pekat atau tambahkan sedikit tepung jagung.
Bagi sesetengah orang, mereka perahkan air asam limau ke dalam kicap.
Jadi bergantung kesukaan anda, kalau suka bolehlah perah sedikit asam limau untuk kuah kicap nasi ayam anda.
————————————————————————
Sup Ayam
Bahan sup:
Air rebusan ayam
Kada sulah
Daun sup
Garam secukup rasa
Masukkan lada sulah dan garam secukup rasa.
Taburkan daun sup di atasnya.
Selamat mencuba!
Resipi wajib cuba:Resipi Akok Viral Guna Pembakar Roti, Step By Step Penyediaan Yang Mudah, Yang Penting Tak Bau Hanyir!