Cuba Petua Buang Angin 4 Bahan Ni, Redakan Mak-Mak Selalu Sakit Badan & Lenguh-Lenguh!

Share

Selepas melahirkan anak, tidak dinafikan kita selalu menghadapi masalah lenguh-lenguh badan, angin dan sebagainya. Selain menjaga pemakanan, senaman dan pengambilan suplemen yang tepat, petua tradisional dan orang-orang lama juga tidak kurang hebatnya mampu membuang angin dalam badan.

Resipi dan petua perkongsian Pn Suhaizah Sagi ini mama wajib cuba. Boleh juga dimakan bersama nasi panas. Memang sedap!


BUAT SENDIRI RESEPI BUANG ANGIN
Bila dah jadi hemak-hemak ni biasalah kan, kerap sakit kepala, tumit, kaki dan macam-macam lagi. Dan banyak keadaan tu asbab dari angin jahat dalam badan.

Sebab Mokcik pun sama, so ni gigih lah buat sendiri benda ni untuk buang angin. Ada juga yang kata hangatkan badan. Pun ye jugak. Kita tengok bahan dan cara dia eh. Mudah je semua pon boleh buat. Jom cek it out.

BAHAN-BAHAN
2 sb biji halba
2 sb lada hitam
7 ulas bawang putih
2 inci halia

1. Cuci biji halba dan lada hitam. Sangai bagi kering dan ringan. Kisar halus ye.

2. Tumbuk lumat bawang putih dan halia.

3. Campurkan semua bahan dan gentel bagi comel-comel agak lalu sekali makan.

4. Siap dan boleh simpan dalam peti ais untuk tahan lebih lama.

 

Boleh makan sebiji pagi dan malam. Sebab rasa pedor gitu kan, Mokcik buat lauk makan dengan nasi panas.

Sebenarnya ramai yang dah buat resepi ni, tapi tu lah nak seru semangat tu yang mencabar. Anyway korang pun boleh cuba ye.

Jangan lupa baca doa dan selawat. Niat dapat manfaat dari rezeki Allah. InsyaAllah.

Pastikan minum air masak yang cukup ye.

Menarik: Biar Ada Ubat, Tak Perlu Ke Klinik Beratur Panjang, 13 Jenis Ubat-Ubatan Ni Wajib Simpan Di Rumah/

Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.

Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah.

Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
SRM