Seorang bapa yang sangat prihatin pernah bertanyakan soalan penting.
Beliau mempunyai anak (sulung) berumur 5 tahun. Anaknya sangat rapat dengannya berbanding ibunya. Si bapa ini mahu mendidik anak agar tidur berasingan darinya dan isteri. Namun seringkali tidak berjaya. Si anak seringkali menangis teresak-esak dan katakan ayahnya sudah tidak sayangkan dia lagi. Buntu memikirkan bagaimana lagi harus dilakukannya.
Para ibu bapa penyayang, ini adalah beberapa idea yang boleh membantu.
1. Buat supaya dia akan rasa sangat seronok dan tidak sabar.
Bila anak sangat rapat dengan kita seperti anak bapa tadi, kita perlulah menjual idea untuk dia tidur berasingan dengan kita itu dahulu. Buat supaya dia akan rasa sangat seronok dan tidak sabar.
2. Pisah Tempat Tidur Tapi Masih di Bilik Sama
Selepas itu, buat perlahan-lahan implimentasinya. Di dalam bilik yang sama pula, mungkin sediakan dia tempat yang istimewa, yang jarak sikit dari ibubapanya. Namun, sebelum tidur spend time sedikit dengannya berbual dan bercerita serta berseloroh.
Ads
3. Hias Bilik Tidurnya Bersama
Kemudian ajak dia sediakan bilik tidurnya. Hias dan cat atau letak perabut dan banyak lagi aktiviti yang boleh dibuat bersama supaya dia berasa teruja untuk duduk di bilik itu.
Mula dengan hanya tidur siang di situ. Pada malam hari, biar dia masih tidur bersama di dalam bilik yang sama di tempat yang telah disediakan di dalam bilik bersama itu.
4. Jual Idea
Kemudian, setiap malam, ajak dia baring di biliknya. Anda berceritalah, spend time lah dengan dia di situ. Semasa itu, gunakan cara halus menjual idea untuk dia seronok tidur sendiri. Ajar dia doa yang boleh melindungi dirinya jika dia takut. Namun, bila sudah habis bercerita, bawalah dia masuk ke dalam bilik anda dan tidur seperti biasa.
5. Raikan Kematangannya Dan Cari Aktiviti Bersama
Satu malam, jika anda rasa dia sudah bersedia, maka galakkan dia untuk tidur di biliknya. Dan offerlah sesuatu perkara lain untuk dia dapat bersama dengan anda. Contohnya, anda akan bawa dia berjalan atau beri dia sesuatu tanda dia sudah menjadi seorang yang matang.
Ads
Contohnya, jika selama hari ini anda ada sesuatu yang anda tidak memberi anak-anak menggunakannya, tetapi kerana dia telah menunjukkan dia sudah boleh berdikari dan bertanggung-jawab, maka anda memberinya menggunakannya untuk beberapa ketika. Ini anda perlulah kreatif. Ini adalah untuk anda dan dia meraikan bahawa dia sudah besar dan boleh tidur di bilik sendiri.
6. Pamerkan Kasih Sayang
Dan anda perlu setiap hari mempamerkan kasih dan sayang anda kepadanya supaya dia tidak merasakan dia disisihkan. Jika dia ada adik, maka anda juga boleh sediakan satu tempat tidur untuk adiknya di dalam biliknya, supaya dia tahu bila cukup umur adiknya juga akan dipisahkan dari tempat tidur.
Oleh itu dia tidaklah menyangka anda pilih kasih dan kasih anda kepadanya berkurangan dan itulah sebabnya dia disuruh tidur di bilik sendiri.
Ads
Ada anak yang memerlukan sedikit masa didalam menyediakan dia untuk tidur berasingan. Namun, kita perlu cekal agar matlamat kita tercapai. Ibu tidak percaya dengan menggunakan kekerasan dan paksaan sebelum menggunakan kelembutan yang tegas. Kerana kesan paksaan dan kekerasan akan menonjol bila anak itu remaja nanti.
Bagi anak-anak yang begini, ibu bapa meimplimentasi yang lembut, perlahan-lahan serta berterusan dan tegas di dalam kelembutan.
Semoga anda akan berjaya
Sumber: ibu Rose
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ketika mendapatkan suntikan vaksin, bayi dan kanak-kanak selalunya akan menangis. Mungkin sebab terkejut. Tapi lain pula dengan anak Ummi Nazeera ini. Rupanya ada tips yang dikongsikan.
Ayra Aneesah, yang kini berusia 7 bulan mengambil vaksin pneumococcal. Si comel ini dipangku daddy, Dr Mohd Izzar Anwari. Ayra diagah dan ketawa membuatkan dia tidak perasan pun dia sedang disuntik doktor.
Bermain-main dengan dia sebelum, semasa & lepas cucuk adalah tip yang dikongsikan Ummi untuk mengelakkan Ayra menangis.
yay! Done with pneumococcal vaccine.. Alhamdulillah @ayra.aneesah good girl. ?? Tak nangis.. Pandai daddy @izzar and Dr. Bahrin layan Ayra.. Thank youuu.
Siapa ada tips supaya anak tak menangis masa vaccine? Kalau Izzar dengan Ummi.. Kitorg distract dia SEBELUM, SEMASA DAN SELEPAS Cucuk. Main main dengan dia jeee.. Jom kita buat #VaccineChallenge ❤️❤️❤️
Para peminat memuji Ayra strong girl tidak menangis bila disuntik. Cara bermain dengan anak sebelum, semasa & lepas suntikan juga perkongsian tip yang baik.
fatihahfizi90 “Wow x nangis langsung”
iedamusa “Nak nangis tp xjadi..tgk muka ayah nye terus xjadi nangis.”
wanierahzahan “good tips and video ? nnti boleh try kat my baby Hani.”
Dalam rumah tangga, suami isteri perlu sepakat. Namun jika isteri sahaja yang menguruskan hal-hal rumah tangga dan anak, risau emosi jadi tidak stabil dan suami akan ambil mudah hal ini.
Sebab itu, persefahaman penting dari awal perkahwinan dan mesti ada tolak ansur. Suami jika nampak isteri penat, jangan terus dibiarkan kerana lama kelamaan boleh menjejaskan hubungan. Ini paling dirisaukan!
Oleh itu, seperti perkongsian seorang suami, En Mohd Fhais Salim, apabila melihat rambut isteri gugur, benar-benar menjentik hatinya. Mungkin ini juga boleh dijadikan panduan bersama pasangan suami isteri lain.
Terkejut saya nampak sikat ni penuh rambut! Ni sikat isteri, dia sorang je pakai sikat ni. Kenapa saya terkejut?
Mana tak terkejut, rambut gugur ni tanda-tanda dia kerap stress. Bila kerap stress, sistem hormon badan dia akan jadi tak menentu.
Dan hormon yang tak menentu ni akan buat rambut dia stuck dekat fasa telogen (fasa rehat ). Kalau nak tahu, dekat fasa telogen ni la rambut kita akan jadi mudah gugur dan mudah putus.
Aduhai, macam mana la boleh tak perasan ni. Kebelakangan ni saya sibuk sikit. Jarang ada dekat rumah. Jadi dia seorang urus rumah dan anak. Sibuk sangat.
Selalunya yang paling banyak bagi isteri sakit kepala dan stress ialah anak yang sulung. Si annur rania tu la.. dia rasa dah besar, dah pandai menjawab.
Saya memang selalu perhati je. Bila ibunya suruh buat apa-apa, susah nak ikut. Bila ibunya marah-marah, buat derk je dia. Langsung tak takut.
Bila ibunya cakap ada sahaja dia menjawab. Memang patut la, banyak rambut gugur akhir akhir ni. Aduhai..
Saya hold beberapa projek, time tu juga saya ajak isteri pergi bercuti. Menginap la kami dekat hotel 2 hari 1 malam. Ubat stress ni kena berehat je.
Isteri kita ni kalau dapat rehat yang berkualiti, sehari rehat impak dia macam dapat rehat sebulan.
Bukan stress je hilang, kedut-kedut di muka pun turut hilang sekali. Baru dapat maintain keayuan dia. Cewah.. Banyak bagi isteri rehat okey
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie. Daftar nama di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sudahkah anda berdua membuat pilihan nama untuk si kecil dalam kandungan? Nama apa agaknya yang menjadi pilihan? Adakah ia nama moden, klasik, ciptaan sendiri atau diambil daripada perkataan-perkataan indah dalam bahasa tertentu?
Pemberian nama kepada anak seharusnya mempunyai makna yang baik. Hal ini kerana nama itu bakal ‘digalas’ oleh si kecil. Malah ada juga yang mengatakan nama pilihan itu adalah ‘doa’ kepada si pemiliknya.
Walau apa pun nama pilihan anda, pastikan ia yang terbaik buat si kecil yang bakal dilahirkan dalam masa terdekat ini. Untuk membantu anda mendapatkan pilihan nama yang terbaik, jom baca aspek-aspek yang perlu dititikberatkan ini.
1. Nama trending
Ramai ibu bapa teruja untuk memberikan nama bakal anaknya dengan nama yang sedang trending pada masa kehamilannya itu.
Dah namanya popular, jadi ia bukanlah sesuatu yang menyenangkan apabila akan ada ramai kanak-kanak yang mempunyai nama yang sama.
Apabila anak anda ini berada di alam persekolahan nanti, akan timbul kesulitan kepada pihak sekolah dan gurunya apabila terpaksa memanggil nama penuh (termasuk nama bapa) kerana mungkin ada lebih daripada satu orang memiliki nama itu.
2. Maksud dalam pelbagai bahasa
Selalunya orang Melayu meletakkan nama yang diambil daripada bahasa Arab. Ada juga yang di ambil daripada bahasa lain.
Jika mahu mengambil nama daripada bahasa Arab, tanyakan pendapat daripada orang yang mahir berbahasa Arab terlebih dahulu. Langkah ini perlu dilakukan bagi memastikan maksud nama itu adalah yang baik dan bukan sebaliknya.
Dalam masa yang sama, anda boleh gunakan carian di Internet untuk mengetahui maksud nama pilihan dalam pelbagai bahasa lain. Manalah tahu maksid nama itu dalam bahasa Arab indah tetapi sebaliknya pula dalam bahasa lain.
3. Ejaan dan sebutan
Jika boleh, pastikan ejaan nama pilihan adalah sama dengan cara anda menyebutnya. Ia memudahkan anda dan diri anak itu sendiri juga kelak.
Tidak perlulah anda menggunakan ejaan yang berbelit-belit untuk disebut mahupun dieja dan ditulis. Bukankah nanti menyusahkan anda sendiri mahupun orang lain. Paling penting ingat tentang anak yang bakal ‘membawa’ nama itu seumur hidupnya.
Bayangkan kesusahan yang bakal dilaluinya apabila perlu behadapan dengan situasi menulis borang atau ketika menulis butiran diri di kertas peperiksaan.
4. Nama panggilan
Hindari diri daripada memilih nama yang mempunyai suku kata yang pelik sehingga boleh menyebabkan ia menjadi bahan ejekan kawan-kawan anak anda. Pasti ia boleh mengganggu tahap keyakinan diri anda. Kasihan dia.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.