Anak kalau tak mahu makan nasi, mama pasti rasa susah hati. Bimbang perut anak sentiasa kelaparan kerana tidak dibekalkan dengan karbohidrat tinggi. Sebenarnya bukan nasi sahaja pembekal karbo, mama boleh kreatifkan diri dengan mencuba bebola kentang atau keledek yang rasanya lebih manis tetapi menyihatkan.
Resipi Bebola Keledek Keju yang dikongsikan oleh Puan Mariatun Bibi ini boleh anda cuba sediakan buat anak. Insyaallah kenyang dan anak pun suka.
Saya buat Bebola Keledek Keju ni untuk anak-anak. Anak-anak pun suka.
Resepi Bebola Keledek Keju
Bahan-bahan:
Ubi keledek
Tepung gandum
keju dan serbuk roti
minyak untuk mengoreng
Caranya:
- Rebus ibu keledek sampai empuk. Biarkan sejuk dan masukkan tepung gandum. Saya agak-agak je letak tepung. Uli sampai tak melekat kat tangan. Ala macam kita nak buat Kuih Keria tu.
2. Buat bulat-bulat keju macam dalam gambar. Kalu tak mahu letak keju pun tak apa, ikut la nak letak inti apa.
3. Ambil ubi yang dah di uli dengan tepung tadi,tekan dan letakkan keju di tengahnya. Bulat-bulatkan semula.
4. Dah habis buat bulat, bolehlah salutkan dengan serbuk roti. Dah habis boleh la goreng.
Kredit: Mariatun Bibi
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tak Payah Beli, Anak Nak Makan Kaya Ball, Buat Sendiri Je, Senang Sangat!
Sesekali ubah selera anak ketika minum petang pastinya buat anak makin bertambah selera. Kali ini pikat selera anak dengan menu kedai pula, Kaya Ball yang biasanya kita beli, mama boleh cuba sendiri di rumah. Rupanya cara hendak membuatnya cukup mudah.
Resipi yang dikongsikan oleh Nuhaz Kitchen ini memang terbaik. Letak inti kaya banyak-banyak di dalamnya, barulah anak puas makan. Jom cuba resipi mudah ni.
Jom buat kaya ball sendiri!
Yang ni saya guna acuan takoyaki. Kalau nak guna acuan kuih cara pun boleh juga yang penting acuan tu jenis tak melekat.
Dah lama tak share resepi dalam ni so harini nak share resepi kaya ball tanpa mixer tanpa blender. Yang penting ada acuan. Saya gunakan acuan takoyaki. Kalau tak ada guna acuan cara. Resepi ni boleh buat pancake juga 😊 sangat lembut dan menjadi.
Kaya Ball
Bahan-bahan:
1 cawan tepung gandum
2 sk baking powder
Secubit garam *
2 sb gula halus *
3/4 cawan fresh milk + 2 sb fresh milk * ( jadi 3/4 cwn 2 sudu besar susu)
1 biji telur *
2 sb butter – cairkan *
1 sk esen vanilla *
Kaya secukupnya
1. Satukan bahan bertanda *. Kacau sehingga sebati.
2. Kemudian masukkan tepung gandum dan baking powder. Kacau sehingga tiada tepung yang berketul. Biarkan adunan selama 15 minit sebelum digunakan.
3. Sapukan minyak pada acuan dan panaskan acuan menggunakan api perlahan.
4. Picitkan adunan ke dalam acuan..separuh saja jangan full.
5. Kemudian picitkan kaya.
6. Picitkan adunan sehingga full. Tutup acuan menggunakan penutup periuk selama 3 minit.
7. Kemudian alihkan kaya ball dan biarkan lagi selama 3-5 minit atau sehingga masak.
Telur Baik Tapi Kawal Gula Dalam Sekaya
Seri kaya atau juga dipanggil sekaya diperbuat daripada campuran santan, gula dan telur. Namun ketika anda menyediakan sendiri untuk anak, pastikan gulanya jangan berlebih-lebihan, cukup hanya sekadar rasa manis.
Telur sebagai bahan utama sebenarnya cukup baik malah pembekal protein yang baik untuk anak-anak yang sedang membesar. Menurut Live Strong, Dr. Richard E. Allen menjelaskan dalam terbitan November American Family Physician, satu biji telur mengandung 5,5 gram protein, 5 gram lemak, dan 68 total kalori. Oleh kerana itu, banyak pakar kesihatan kanak-kanak menyarankan agar telur disajikan dalam pelbagai jenis menu anak berusia 18 bulan hingga 4 tahun.
Ini pula caranya hendak membuat sekaya anda.
Bahan-bahan
2 cawan gula pasir
1/2 cawan air
500ml santan pekat
5 biji kuning telur
2 sd tepung kastard (bancuh dgn sedikit air)
1 helai daun pandan
Gula dan air dicampurkan dan dipanaskan dengan api perlahan bagi menghasilkan gula hangus. Apabila gula menjadi kekuningan , masukkan santan pekat dah kacau sebentar hingga gula larut. Selepas itu biarkan adunan sehingga betul-betul sejuk.
Apabila adunan santan dan gula hangus tadi sudah betul-betul sejuk, masukkan kuning telur, tepung kastard dan daun pandan. Kacau di atas api yang sederhana hingga mendidih. Bila sejuk kaya akan menjadi pekat.
Nak dapatkan barang dan kelengkapan untuk memasak boleh dapatkan di SINI.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sedapnya Makan Sejuk-Sejuk, Sediakan Dadih Guna 3 Bahan Je Untuk Anak, Mudah!
Salah satu menu minum petang yang ringkas dan cukup disukai anak-anak kita adalah dadih. Rasanya yang manis dan lembut buat anak teruja untuk makan. Apa lagi saat digabungkan bersama buah-buahan berwarna yang buat anak makin teruja.
Tak susah pun untuk menyediakan dadih buat anak. Resipi ibu ini, Puan Wahidah Hassan antara yang mudah dan paling ringkas. Mana tidaknya, hanya tiga bahan saja digunakan dalam penyediaan dadihnya. Mudah!
Jom buat dadih guna tiga bahan je. Masa penyediaan 10 minit hingga 15 minit. Lepas ni boleh buat sendiri kat rumah. Anak anak mesti suka.
Bahan bahan:
3.3 agar agar tali atau 1/6 agar agar tali 20g
450 ml susu fullcream
450 ml air
Ikuti langkah mudah ni.
Rebus agar agar dengan air tadi hingga larut semuanya. Masukkan susu. Kalau beli susu full cream botol macam dalam gambar senang sebab memang 450 ml dah.
So, tuang semua. Guna api perlahan dan kacau sebentar. Jangan sampai meruap ya. Tutup api.
Tunggu suam sikit, tapis masuk ke dalam jug dan tuang dalam acuan kesukaan anak anak.
Tak ada bekas kecik-kecik, guna apa yang ada kat rumah. Banyak juga dapat. Balance ada sikit lagi dalam jug tu. Sejukkan dalam peti selama 1 jam then boleh makan.
Tengoklah kejadiannya yang elok ni. Sedap makan sejuk sejuk.
Posted by Wahidah Hasan on Wednesday, February 5, 2020
Siap! Tengoklah kejadiannya yang elok ni. Sedap makan sejuk sejuk.
Dadih versi dragonfruit untuk adik dan coklat utk abg. Saya guna susu coklat abangnya yang umur 4 tahun.
Mudah je kan? Mamawa dah buat dan hasilkan dadih yang tak terlalu berair. Rasanya memang tawar, nak perasa sikit boleh letak buah kesukaan anak.
*kalau nak buat flavour buah, air + puree buah jadikan 450 ml ya.
Semoga bermanfaat ibu ibu.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Ketam Sambal Telur Pecah, Manis Berlemak, Sedapnya Lain Macam!
Hidangan makanan laut segar selalunya menjadi hidangan yang cukup istimewa buat kita ketika hari-hari istimewa keluarga. Jika memilih ketam, hidangan dengan ketam bersama telur pecah antara yang patut anda cuma.
Rasa manis ketam ditambah dengan lemak telur buat hidangan cukup sedap. Pastu tak cukup makan sepinggan. Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh Pn Nurul Ateekah ini.
Bila dah dapat isi ketam yang padat, memang sedap dibuat masak lemak atau kari. Kali ini, isinya padat kita buat ketam sambal pecah telur. Memang sedap bila dimakan bersama nasi. Nak makan dengan roti pun boleh tahan sedapnya. Manis ketam turun pada telur yang dipecah. Tak percaya? Kena cuba dulu baru tahu.
Bahan-bahan:
2 kilo ketam (dicuci bersih)
10 ulas bawang putih (dicincang)
1 biji bawang besar (potong dadu)
2 cm halia (dicincang)
7-9 sudu besar cili kisar
2 helai daun limau purut
1 batang serai dikatok
1 biji tomato (dipotong dadu)
4 butir telur ayam
Sos cili 2 sudu besar
Sos tomato 2 sudu besar
Sos ikan 1 sudu besar
Sos tiram 2 besar
1 kiub ayam
1 sudu kecil serbuk belacan (jika suka)
Daun bawang (jika suka)
Garam 1 sudu kecil
Gula 2 sudu besar (jika suka)
Minyak masak secukupnya
1 cawan air
Panaskan minyak dan masukkan serai, biarkan aromanya naik dahulu.
Masukkan halia dan bawang putih. Masak sehingga sedikit keperangan dan masukkan bawang dan masak seketika.
Masukkan cili kisar, daun limau purut dan tumis sehingga pecah minyak.
Apabila dah pecah minyak, masukkan serbuk belacan, garam, gula, kiub ayam, tomato dan biarkan masak seketika.
Kemudian masukkan sos ikan, sos tomato, sos cili, sos tiram dan gaulkan rata.
Masukkan ketam dan 1 cawan air. Biarkan ketam masak dengan sempurna (api sederhana). Jika kuahnya kering, biarkan saja jangan tambah air. Nanti air ketam akan keluarkan sendiri.
Apabila dah masak, masukkan telur dan an gaul rata sehingga telur masak.
Siap dihidang.
Artikel berkaitan: Nasi Goreng Isi Ketam Resipi Padu Terasa Lemak, Isi Ketam Makan Pun Bertambah
Resipi Shellout Paling Mudah Bahan Simple Je Tapi Sedap, Pedas & Padu
Nak relaks, jom cuci mata di SINI.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI