Bila dah lama duduk rumah ni, tepu juga. Rasa teringin sangat nak makan di luar. Nak order dari penghantar makanan rasa tak feel pula sebab nak makan, suasana dalam rumah pula. Kebanyakan kita suka makan fast food.

Di sebuah restoran fast food tu akan ada sesuatu yang kita suka. Jika anda pernah makan di restoran ayam goreng yang berasal dari Texas, Amerika Syarikat anda pasti akan sukakan Honey Butter Biscuits yang dijual mereka. Rasanya berlemak dan ada manis sedikit. Menerusi laman Facebook, Shida Yasin berkongsi resipinya.

Artikel Menarik: [Layan Movie Sambil Makan Keropok Lekor. Resipi Ni Tak Guna Ikan, Serius Sedap!]

Cuba Resipi Honey Butter Biscuits, Masak Dalam Air Fryer. 10-15 Minit Siap!

Teringin makan Honey Butter Biscuits di Texas Chicken, korang boleh je buat sendiri. Guna Air Fryer je 10-15 minit siap… Tekstur dan rasa. Memang sebiji ye. Nak resipi sis kongsi sini:

Ads
HONEY BUTTER BISCUITS

BAHAN-BAHAN:

2 1/2 cawan tepung gandum.
4 sudu kecil baking powder.
2 sudu besar gula pasir (suka manis, lebihkan gula).
115gram butter sejuk.
140ml susu segar.
2 sudu kecil cuka.
50gram madu (untuk sapu pada adunan).
50gram butter (untuk sapu pada adunan).

Ads

Artikel Menarik: [Rupanya Nak Buat Puding Pisang Bersos Kastard Ni Cukup Mudah, Patutlah Viral!]

CARA MASAK:

Ads

1.Gaul tepung gandum, baking powder, gula dan butter sehingga menjadi seperti bread crumbs.

2. Masukkan 140ml susu segar dan 2 sudu kecil cuka ke dalam adunan.

3. Scoop menggunakan sudu dan masukkan ke dalam loyang (scoop saja tidak perlu bentuk) dan masukkan ke dalam air fryer (boleh guna oven juga).

4. Pilih suhu 180 selama 15 minit. Sesudah masak, topping atas disapukan dengan butter dan madu ketika masih panas.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI