Bila anak dah nak mula sekolah. Mama mulalah kembali kepada rutin asal iaitu bangun seawal pagi untuk siapkan bekal anak ke sekolah. Anak peringkat usia pra sekolah, biasalah masih lagi tidak pandai dan kekok untuk cuba beli makanan di kantin.

Buat permulaan mama kenalah sediakan bekal ke sekolah. Nak masak apa? Jom cuba resipi sushi yang disediakan oleh Nurul Hidayah ni. Sedap, senang dan paling penting mudah anak nak bawa ke sekolah.


Orite..cara buat sushi homemade. Simple je sebenarnya buat sushi ni, ikut selera masing-masing ye. Ni saya buat untuk bekal anak saya.

BAHAN-BAHAN:
1. Seeweed -wajib ada ye tak da ni tak jadi lah.

2.Telur Dadar -hiris nipis

3.Lobak/Timun -terpulang nak letak dua ni pun boleh je tapi anak saya tak suka timun jadi letak lobak je la.

4.Sosej -dibelah 4

5.Tikar Buluh -untuk gulung ye

6. Nasi Pulut -beras sushi ada jual juga tapi nak jimat punya pasal guna beras pulut je. Tambahkan minyak sedikit, tak perlu garam sebab telur dadar dah masin)

Tip penting pastikan pisau tajam ye untuk memotong supaya cantik.

Cara buat tengok gambar ye.

Ratakan nasi pulut, kemudian letakkan telur dadar nipis dan hirisan sosej.

Gulungkan dan tarik biar padat. Gulung hingga selesai.

Dah siap…nak potong pastikan pisau betul-betul tajam ya. Baru cantik.

Kredit: Nurul Hidayah

Tinggalkan Komen