
Taufu bukan salah satu makanan yang digemari anak-anak kita sedangkan khasiatnya amatlah baik kerana hanya menggunakan telur dan susu sahaja. Tak ramai yang tahu cara untuk sediakan taufu ini. Musim cuti sekolah yang panjang ini, apa kata mama cuba hasilkan taufu sendiri buat anak kita.
Resipi sihat dan paling ringkas yang disediakan oleh ibu Erin Hillary menerusi Happy Baby Food Malaysia dan Mommy_EH ini memang best. Hanya gunakan dua bahan sahaja, taufu telur siap. Malah dah boleh disediakan buat anak kita. Nak jadikan sup dan goreng pun boleh. Nak cuba? Jom ikut resipi yang dikongsikan oleh ibu ini.
Egg tofu/ taufu telur homemade.
Bahan-bahan:
400ml susu soya (tanpa gula/ pemanis).
5 biji telur
Pukul 5 biji telur. Masukkan 400ml susu soya dan gaul sebati. Tapis dan tuang ke dalam bekas/ acuan yang di oles sedikit minyak.
Steam. Siap!
*Tips
Untuk permukaan taufu yang cantik, masa steam tu jangan tutup habis. Bagi ruang sikit pada penutup untuk asap keluar.
Susu soya tu homemade from scratch mommy buat. Kalau tiada susu soya boleh ganti dengan full cream milk. Resepi ni sesuai untuk 8 bulan ke atas yang pass telur/soya.
Boleh juga buat sup taufu untuk anak. Taufu goreng pun sedap. Satu keluarga join makan.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Roti Sandwich Berinti Telur & Ketam, Goreng Rangup, Tak Jemu Anak Makan!

Tak ada idea nak sediakan sarapan untuk anak? Jom cuba resipi roti sandwich berinti telur dan isi ketam yang dikongsikan Pn Suriaty Abd Talib.
Memang mudah dan sedap. Nak buat pun senang. Gabungan inti telur dan isi ketam. Sedap!
Jom breakfast. Roti nak dekat-dekat expired dah sebenarnya. Ada la 4 keping lagi, tak tau nak masak apa pagi ni untuk cik myka. Terlintas pulak nak buat roti inti teloq ni. Mak mak boleh la try kalau ada roti-roti lebih kat rumah tu insyaaAllah anak-anak dengan mak-mak sekali dok makan.
Bahan-bahan:
Roti -sila la leperkan dengan cara apa sekalipun, tepi-tepi roti tu potong tapi jangan buang tau
Crab stick (sosej pun boleh)
Telur rebus
Telur sebijik untuk salut roti
Serbuk roti
Susun telur dan stik ketam atas roti tu satu-satu. Ikut suka kita nak susun macam mana.
Pastu kepitkan roti tu. Ciksu gam pakai telur tu ja, sapu tepi-tepi tu pastu penyek guna jari.
Salut dalam telor.
Salut dalam serbuk roti pulak.
Tadaaaaaa. Gini la rupanya.
Ni hat tepi-tepi roti tu jangan buang tau. Celup sekali dalam telur tu.
Lepas tu salut dengan serbuk roti.
Sila la goreng dalam minyak yang penuh. Api jangan kuat sangat takut hitam pulak roti tu kepanasan.
Siap!
Menarik: Sedapnya Aiskrim Yogurt Ni, Sebiji Aiskrim Mahal, Resipi Pun Simple
Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari nak bagi webinar PERCUMA tanda terima kasih atas sokongan follower semua selama ini.
Webinar ‘Aku Tak Takut Beranak’ menampilkan barisan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone.
So apa yang anda kena buat untuk dapat HADIAH CABUTAN BERTUAH tu?
Just daftar je kat SINI. FREE je tau Webinar ni!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Corney Dog A&W Padu, Inti Lebih, Sos Pun Power, Confirm Anak Berebut!

Anak-anak kita yang sedang membesar sememangnya cukup suka mencuba pelbagai jenis menu. Asal ibu masakkan menu baru dan kreatif, anak teruja nak cuba.
Salah satu resipi yang mama wajib cuba pastinya Corney Dog Ala A&W yang dikongsikan oleh Mohd Fadly dari Fad’s Kitchen yang cukup power rasanya. Tak hairanlah jualan hasil dari berniaga corney dog ini boleh mencecah sampai 14K katanya. Memang power!
Salam semua kawan-kawan MAHN ramai yang DM saya tanya dari dulu untuk resepi Cooney Dog A&W disini saya share dekat kawan-kawan semua yang nak buat niaga or makan sendiri insyallah saya share ilmu ya.
Dari 1st PKP dulu ni lah saya niaga dengan duit cooney ini saya niaga dapat kumpul Cash sampai 14k setiap bulan dengan jualan bulanan di rumah sahaja. Sampai PKP 3 saya dah stop sebab bz mengajar benda lain.
Jangan tanya dari mana saya dapat resepi ini tau. Korang try dan anda akan tahu sama rasa dengan yang makan di Restaurant A&W.
Bahan-bahan sos
Daging Kisar Packet –(Tak kisah jenama apa)For sure korang orang niaga cari benda murah kan..Saya recommend korang buat niaga cari jenama TESCO sebab dia antara paling murah dalam sejarah dari segi Quality )Dapat lah korang control Food Cost agar tak rugi
Bawang Holland -cincang
Bawang putih cincang halus
Tomato sos Pes
Sos cili Packet
Kicap Caramel pekat
Cili powder
Beef stock
Daun Bay kering
Garam
Gula perang
Black papeper
Cuka putih
Tepung jagung
Serbuk jintan manis, serbuk jintan putih dan ketumbar
Bahan untuk dressing
=================
-Bawang Holland cincang
-Sausage
-roti HOT Dog
-Cheddar Cheese (Option )
Tumis bawang putih dengan minyak jangan sampai hangus, masukkan bawang holland, masukkan daging kisar goreng agar betul-betul hancur dan garing semua.
Lepas tu masukkan daun bay agar buang bau hanyir dari beef tu. Bila dah garing korang masukkan air panas dekat beef dalam kuali, ikut korang kalau nak kuah banyak lebih kan air tapi jangan air terlalu sedikit.
Lepas itu masukkan semua sos, cili, tomato, kicap, cili powder sedikit, beef stock, black pepper, gula perang, garam , serbuk jintan, manis jintan putih semua biar kan renih.
Masukkan cuka putih (berhati-hati jangan sampai cuka cantas semua rasa beef) dan jangan terlalu banyak sebab cuka adalah untuk kekuatan dalam beef agar dapat level yang BEST untuk taste. Lepas betul-betul menggelegak korang masukkan tepung jagung untuk pemekat kuah.
Selepas masuk tepung jagung rasa akan mula berubah. Masa tu korang try lagi sekali tahap manis, masin agar balance. Biarkan mendidih betul-betul kalau under food safety adalah 4 jam tahap renih supaya selamat dimakan kalau korang nak buat niaga.
Bila dah ok nak simpan lama letak dalam Chiller atau jadikan pes pun boleh. Lepas tu dah masak ketepikan kuah tadi.
Untuk Roti sausage tadi korang kukus sekejap sahaja sausage (HOT Dog pun kukus jangan lama dalam 1 min dah ok). Lupa pulak sebelum kukus korang belah jangan sampai putus dua cukup letakkan hot dog untuk selit tengah roti agar bila dah kukus senang dibuka.
Lepas kukus korang letakkan HOT dog dekat tengah-tengah roti lepas tu letakkan sos cooney tu. Lepas tu taburkan bawang holland dan Ceddar Cheese. Ia sebagai Option untuk korang bagi more value bila nak meniaga orang nak sesuatu yang baru dalam cooney Dog.
Selamat Mencuba guys.
Satu petua masak banyak-banyak lepas tu korang masukkan dalam Chiller. Sos ini boleh buat cicah dengan roti, dressing atas pizza, makan dengan apa pun BEST guys.
Korang Boleh Jual RM6-RM7 satu keuntungan antara 55-58%. Saya halal kan dunia akhirat ilmu saya untuk korang semua.
Menarik: Lasagna Daging Cheese Leleh, Guna Roti Je Pun Boleh, Memang Rasanya Boom
Jom sertai event Pa&Ma Gala Moms Reunion ni secara PERCUMA. Siapa daftar cepat dia dapat tempat. Apa mommies dapat bila join event virtual ni?
• Menyertai sesi soal jawab bersama Pakar yg akan mengupas topik masalah kulit yang kerap berlaku di kalangan bayi.
• Aktiviti games bersama selebriti mama iaitu Mawar Rashid, Farahanim & Muabella.
• Sesi cabutan bertuah.
Daftar sekarang di SINI.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Popia Coklat Viral Khairul Aming, 3 Bahan Je!

Isi Kandungan
ToggleBiar betul guna 3 bahan je? Popia coklat ini pernah viral menjelang hari raya aildilfitri tahun lepas. Penangan Khairul Aming memang meletup! Mudah sangat nak buat, guna 3 bahan mudah je! Bahan pun mudah untuk didapati, semua orang pun boleh buat. Memang laku keras kalau buat ni, cepat je habis. Jom ikuti resepi perkongsian popia coklat viral oleh Khairul Aming di bawah.
Bahan-bahan:
- Kulit popia (brand KG pastry sedap)
- Coklat bar beryl’s atau Cadbury
- Nestum
Cuba Juga:
- Creamy Tomyam Pasta Rasa Sangat Kick Dan Sedap!
- Semperit Susu 3 Bahan Je Jimat Buat Untuk Raya
- Daging Dendeng Sedap, Menu Wajib Cuba Raya Ni!
Cara-cara:
- Gulung popia. Boleh gunakan straw untuk lebih kemas dan mudah. Hujung gulungan tu lekat kan sedikit dengan gam (air+tepung gandum sikit ) Guntingkan popia kecil-kecil dan goreng hingga keperangan.
- Sambil tunggu popia sejuk, buat coklat dia. Cairkan coklat bar dalam 1 cawan (kaedah double boiler) atau ikut agak-agak yang boleh salut untuk popia kita tadi. Biar sejuk sikit, gaul sebati coklat dan popia tadi. Letak dalam papercup. Siap.
- Ssetengah coklat takkan keras dalam suhu bilik. jadinya boleh letak dalam peti ais atau boleh letak pada suhu bilik.
- Akhir sekali tambah nestum di atas popia coklat sebagai hiasan.
Kredit: Khairul Aming
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI