Selalu kita mendengar istilah power pumping, lebih-lebih lagi bila mana susu makin berkurang. Power pumping turut disarankan untuk meningkatkan semula kuantiti susu yang semakin berkurang sebagai pilihan untuk ibu. Adakah power pumping ini benar-benar berkesan?
Menurut kaunselor laktasi, Dr Nurhaya Yacob dari Prexious Lactation Centre, memilih untuk melakukan power pumping adalah pilihan untuk ibu itu sendiri. Samada berkesan atau tidak, ikuti perkongsian beliau.
Soalan: kenapa bila susu drop ramai kawan-kawan saya nasihat untuk buat power pumping?
Kerapkan kita dengar usulan ini. Malah bukan susu drop sahaja di suruh buat power pumping, yang baru lahir dan susunya yang di katakan sedikit itu juga di suruh buat bawa power pumping juga. Yang ini betul-betul cari masalah.
Betul ke power pumping dapat meningkatkan produksi susu? Bagaimana nak lakukan power pumping ni?
Pertama sekali saya kongsikan tentang power pumping. Power pumping ini kerap di perlukan oleh ibu yang ekslusif pumping (EP). Dalam erti kata yang lain, ibu yang tidak direct feeding anaknya sama sekali.
Ini kerana, EP mom ini tiada fasa growth purt atau pecutan pertumbuhan yang di alami secara alami melalui proses direct feeding.
Anak yang tiba-tiba menghisap kerap, untuk beberapa hari sehingga goyang ibu dan berasa “mungkinkah aku tak cukup susu” akan terjadi kepada ibu yang direct feeding secara berkala. Walhal EP mom tidak begitu.
Mereka fix dengan jadual pam yang entah 3 jam sekali atau 4 jam sekali itu. Ini juga boleh jadi penyebab sukar untuk EP mom mengekalkan produksi susu seperti ibu yang direct feeding.
Maka mulalah pengamalan power pumping di kalangan ibu-ibu menyusu. Sehingga ia boleh mejadi suatu tekanan apabila perlu kerap buat power pumping padahal beliau mungkin sahaja ibu tersebut tidak perlu pun melakukan hal tersebut.
Ads
Power pumping = cluster feeding.
Selain dari fasa growth spurt, anak juga ada tempoh yang kerap menyusu namun sekejap-sekejap. Ini kerap di lihat pada waktu petang atau awal pagi di setengah-setengah bayi.
Ya betul power pumping adalah teknik tiruan yang memimik cluster feeding secara alami. Dan ia bertujuan meningkatkan produksi susu. Namun perlukah semua ibu melakukannya?
Sekiranya ia di lakukan dengan keadaan tertekan, kurang rehat kerana bangun di tengah malam semata-mata untuk power pumping sehinggakan istirahatnya terganggu pun kurang membantu juga.
STRESS IS THE BIGGEST MILK KILLER.
Maka tepuk dada tanya selera. Adakah perlu di lakukan? Sekiranya perlu, tetapkan masa yang sesuai, seperti sebelum tidur, atau awal pagi sebelum solat ke, atau bila free?
Hari apa yang sesuai dan tidak terlalu terkejar-kejar? Perlulah di buat untuk tempoh menghadapi masa-masa kritikal seperti haid untuk setengah-setengah ibu?
Ads
Ibu tentukan, bukan rakan ibu, bukan pasangan ibu, kerana ibu sahaja yang tahu keperluan demand anaknya.
Kiri 10 minit
Kanan 10 minit
Kiri 10 minit
Kanan 10 minit
Kiri 10 minit
Kanan 10 minit.
Sekiranya perlu buat power pumping:
✔️ buat secara bersederhana
✔️ tentukan berapa masa yang sesuai
✔️ buat apabila perlu dan berhenti apabila sudah dapat desire amount.
✔️ DONT OVER DO IT!
Selepas melahirkan, setiap ibu pasti ingin menyusukan sendiri bayi dengan susu ibu yang kita sedia maklum akan khasiat yang terkandung di dalamnya. Namun ada sesetengah perkara yang membuatkan ibu rasa cepat putus asa dan akhirnya memberikan bayi dengan susu formula.
Perkongsian oleh Dato’ Dr. Suriyakhatun untuk ibu-ibu baru yang akan menyusukan anak dengan susu ibu boleh dijadikan panduan. Menurutnya bakal ibu perlu mendapatkan ilmu penyusuan supaya tahu betapa pentingnya menyusukan bayi dengan susu ibu. Tambahnya juga jika perlu ibu-ibu boleh berjumpa dengan pakar laktasi jika mengalami masalah berkaitan penyusuan.
Ikuti perkongsian beliau:
Saya harap bakal ibu semua akan dapatkan ilmu menyusukan anak dengan susu badan.
Selepas bersalin memang susu yang keluar sedikit dan pekat. Anak baru lahir perlukan susu ini. Susu awal ibu ada kolostrum yang anat penting untuk imun bayi. Janganlah disebabkan tak faham perkara ini ibu berikan anak susu formula dalam botol. Langkah ini mungkin akan gagalkan penyusan seterusnya di samping memberi anak susu yang serba kurang berbanding susu ibu.
Bila anak di biasakan dengan botol dan puting getah yang mudah di hisap berbanding susu badan yang memerlukan tenaga hisap ysng lebih kuat, anak akan tolak susu badan selepas itu. Ibu yang tidak ada pengalaman akan cepat mengaku kalah dan beri susu botol seterusnya.
Sebenarnya anak perlukan aktiviti menyusu dari ibu sebab usaha menghisap susu ibu latihkan lidah dan ototnya untuk bercakap kelak. Otot muka juga terbina dengan baik dan bentuk muka anak susu badan lebih sempurna.
Susu badan adalah susu hidup yang ada prebiotik probiotik enzim hormon dan antibodi yang melindungi anak. Susu formula tidak ada semua ini.
Susu badan memang kelihatan cair berbanding susu formula namun ini yang anak perlukan. Jika ibu makan seimbang emosi stabil cukup rehat dan buang ait besar lawas tidak ada sebab susunya kurang khasiat.
Berjumpa dengan kaunselor laktasi jika ada masalah penyusuan. Jangan cepat give up.
Anak yang mempunyai masalah ekzema memang perlukan penjagaan yang rapi dari semua sudut. Mama yang menyusu lebih perlu berhati-hati dalam semua perkara. Sembelit misalnya menjadi penyebab ekzema anak makin teruk. Bagaimana?
Menurut Dato’Dr Suriyakhatun masalah toksin yang terkumpul di dalam tubuh ibu akan turut berada di dalam darah ibu dan sekaligus turut berada di dalam susu ibu. Ini penting, mama jangan ambil mudah. Kesian bayi kita!
Dengarkan perkongsian doktor berpengalaman ini.
Ibu membawa bayi berumur lima bulan yang dapat semula ekzema yang sudah sembuh. Bayi masih minum susu ibu sepenuhnya. Saya bertanya pada ibu, ada apa-apa perubahan pada pemakanannya atau adakah ibu mendapat sebarang alergi, atau adakah ibu sembelit.
Ibu menjawab, sudah dua minggu dia sembelit. Dengan jawapan ini saya merawat ibu untuk sembelitnya untuk sembuhkan ekzema anaknya.
Sembelit menghalang badan ibu dari mengeluarkan bahan buangan dari badannya. Bila bahan buangan yang sudah berkumpul dalam usus besar tidak dapat dikeluarkan, secara tak langsung bahan buangan akan berada dalam darah ibu dan akan juga wujud dalam susu ibu.
Sembelit juga menghalang toksin yang sudah di proses oleh hati ( liver) dikeluarkan oleh badan melalui usus sebab sembelit seolah ada ‘traffic jam ” dan hati tidak dapat tolak keluar toksin yang akan berkumpul dalam hati. Ini akan membebankan hati dan fungsi hati tergendala.
Maka, sembelit adalah suatu keadaan yang perlu di atasi cepat sama ada dalam anak yang ekzema ( serta penyakit kronik lain ) atau ibu pada anak ekzema.
Teh Punca Sembelit
Bila sembelit, puncanya perlu di kenal pasti. Adakah ia disebabkan pemakanan yang kurang serta dan air, penyakit usus , emosi terganggu atau makanan yang menyebabkan sembelit .
Contoh makanan yang boleh menyebabkan sembelit adalah teh. Teh mengandungi tanin yang boleh menyebabkan susah buang air besar .
Makanan berprosis yang mengandungi banyak ‘refined carbs’; termasuk gula putih serta pengawet perasa pewarna boleh timbulkan sembelit dan tingkatkan bebas toksin yang perlu dikeluarkan dari badan .
Kurang pengambilan sayur dan buah juga boleh timbulkan sembelit .
Jalan untuk atasi sembelit dengan cepat adalah mengambil bahan asli yang lawaskan buang air besar .
Ini termasuk menambahkan serat yang larut seperti gam arab dan baoban, menambahkan serta seperti psyllium husk dan biji selasih ( rendam hingga kembang) , getah anggur dan kembang semangkuk .
Boleh juga cuba mengambil Magnesium oil 5-15 titis, jiga terlebih najis menjadi cair. Boleh juga cuba mengambil air asam jawa.
Jika sembelit terlalu degil, boleh buat enema kopi beberapa kali untuk betulkan semula keadaan usus .
Jangan mengambil ubat lawas buang air besar secara berterusna sebab ini akan rosakkan fungsi usus besar .
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ramai ibu beranggapan, rasa sakit dan pedih semasa menyusu anak itu normal. Ibu mungkin rasa sedikit pedih pada permulaan penyusuan bagi beberapa hari yang pertama. Tetapi, sakit dan pedih yang berpanjangan adalah TIDAK NORMAL.
Ini akan menyebabkan ibu ‘give up’ dan rasa ‘serik’ untuk menyusukan bayi kerana ‘sakit’ yang berpanjangan pada bahagian ‘nipple’.
Penyusuan, sepatutnya menyeronokkan dan menjadi ‘moment’ indah bagi ibu dan bayi. Salah satu penyebab sakit atau pedih semasa menyusu adalah kerana lekapan bayi.
Ibu perlu tahu CARA LEKAPAN yang betul untuk memastikan penyusuan tidak menyakitkan.
Biasakan ‘offer direct feeding’ pada fasa awal bayi menunjukkan tanda-tanda nak menyusu untuk mengelakkannya meragam semasa nak memulakan penyusuan. Bila bayi meragam, ini akan lebih menyukarkan untuk mendapat lekapan yang baik. (Rujuk gambar feeding cues)
Macam mana nak mulakan lekapan?
1. Peluk dan rapatkan bayi ke ibu (Bring baby to breast, NOT breast to baby)
2. Pastikan dagu bayi bersentuhan dengan payudara ibu.
3. Pegang payudara ibu dalam bentuk pegangan C, dalam jarak satu inci dari areola (tampuk hitam).
4. Sentuhkan ‘nipple’ ibu ke ruang antara hidung dan bibir bayi, acah-acah sehingga bayi membuka mulut dengan luas (seperti menguap). 5. Masukkan puting ke dalam mulut bayi
6. Pastikan sebahagian besar areola (tampuk hitam) berada di dalam mulut bayi
7. Pastikan ibu dan bayi dalam posisi yang selesa
PENTING!
Jika bayi menghisap pada bahagian ‘nipple’ sahaja, jangan tarik ‘nipple’ anda keluar. Hentikan hisapan dengan memasukkan jari perlahan-lahan ke dalam bahagian tepi mulutnya dan di atas lidah. Lepaskan mulut bayi daripada payudara dan mulakan sekali lagi.
LEKAPAN IBU ADALAH BETUL bila :
1. Dagu bayi bersentuhan dengan payudara ibu.
2. Bibir atas dan bibir bawah bayi terbuka.
3. Lidah bayi di bawah puting ibu.
4. Pipi bayi kembung
5. Kedengaran bayi menelan susu dan hisapan bayi yang perlahan dan mendalam dalam pattern “hisap telan, hisap telan”.
6. Payudara berasa ringan dan kosong selepas sesi penyusuan.
Lekapan betul, tapi ibu masih rasa sakit semasa menyusu? Cuba ‘troubleshoot’ masalah lain seperti :
Penggunaan bra yang tidak sesuai
Lip/tongue tie (tidak boleh melekap dengan betul, sering tergelincir keluar/terlepas semasa menyusu dan kerap minum tetapi berat badan tidak bertambah dengan baik)
bayi tumbuh gigi (menggigit untuk menghilangkan gatal gusi)
Jangkitan fungus/thrush
Dermatitis
Cek upt, mana tahu ibu hamil (‘nipple’ sensitif) 😊
Semoga bermanfaat.
Kredit:Noraqilah Johari
Kaunselor Laktasi
Jom join Workshop Pa&Ma untuk mama papa yang baru bersalin, mama papa yang ada anak kecil, daftar di SINI
Anak-anak adalah pemerhati yang hebat. Mereka cenderung meniru apa sahaja yang mereka lihat daripada ibu bapa dan persekitaran sekeliling. Sebagai ibu bapa, setiap tindakan dan tingkah laku kita menjadi contoh langsung yang akan membentuk peribadi mereka.