Sebenarnya amalan membasuh beras ni bukan sekadar mencuci untuk dimasak semata-mata tetapi tersimpan rahsia hebat untuk seluruh ahli keluarga jika diamalkan dengan baik.
Bagi ibu yang selalu menyediakan makanan untuk suami dan anak, memasak nasi ni antara rutin harian namun jika ia sekadar diniatkan untuk mengenyangkan saja agak rugi kerana tiada ganjaran besar yang diperolehi.
Seperti yang dikongsikan oleh Puan Hazie Kosnin, dia mengingatkan dirinya sendiri dan orang lain, sebaiknya basuh beras jangan kosong kerana boleh dapat manfaatnya untuk seisi keluarga.
BASUH BERAS JANGAN KOSONG
Ingatkan diri sendiri balik. Kadang dah siap basuh beras, baru teringat tak baca apa-apa.
Nampak simple je, tapi besar ganjarannya. Rugi tak buat. Doa ibu kan makbul.
Masa masak nasi, kita letakkan niat yang baik nak semua ahli keluarga dalam rahmatNya.
InshaaAllah nasi yang kita makan bukan sekadar untuk kenyangkan perut, tapi juga untuk sihatkan badan, hati dan fikiran seisi keluarga yang memakannya.
Biasa kita basuh dan bilas beras 3 kali kan? Boleh ikut tips ni. InshaaAllah tak lupa.
1. Basuhan pertama baca Al-Fatihah.
2. Basuhan kedua baca Selawat 7 kali.
3. Basuhan ketiga baca Al-Ikhlas
4. Akhir sekali dah letak air, sebelum tutup periuk nasi tu, baca doa ni.
Laysa Lahaa Min Duunillaahi Kaasyifah
(Tidak ada penyembuh selain dari ALLAH)
Basuh guna tangan kanan. Kacau arah lawan jam, arah pusingan tawaf. Nak diri sendiri, anak atau pasangan lembut hati boleh tambah baca zikir Ya Latiif juga.
Semoga bermanfaat. Diizinkan share untuk manfaat keluarga yang lain. InshaaAllah.
#dapurhz
Kredit: Hazie Kosnin
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)