Betapa sayangnya kita pada anak, dalam lagi kasih sayang seorang atuk kepada cucunya. Kasih yang tak berbelah bagi.
Perkongsian seorang ibu, Nurul Farrahin yang berkongsi kisah anaknya yang dijaga seketika oleh bapanya menarik perhatian ramai.
Mana tidaknya, anak kecilnya yang baru berusia 11 bulan itu dilihat duduk dalam peti simpanan ikan sejuk beku di belakang kedai makan milik bapanya, Samri Bodot, 55 tahun.
Video yang dikongsikan akaun Tik Tok @aldariyahusna itu menarik perhatian ramai.
“Puas mama cari anak mana kat mana.
“Atok dia boleh letak dalam tong ikan,” tulisnya menerusi video yang dikongsikan.
Menurut kata ibunya, anaknya, Aldariya Husna menjadi cucu kesayangan ayahnya kerana dia merupakan cucu sulung bagi keluarga ini.
Malah katanya lagi, keduanya bukan sahaja cukup akrab bahkan anak kecilnya itu sudah terbiasa dengan ikan segar dan seperti tidak takut bila ikan diletakkan di sebelahnya.
“Ayah saya memang suka manjakan Husna.
“Saya terkejut nampak Husna dalam tu sebab risau ada bahagian yang tajam tapi rupanya ayah dah siang itu tu dan letakkan husna dalam pelapik.
“Husna pun dah terbiasa, cucu dia tu dah tak takut,” katanya berkongsi.
@aldariyahusna Sabar jela😌 #10monthsold #fyp #masukberanda ♬ original sound – main account got banned
Video yang dikongsikan oleh ibu ini di Tik Tok kini mendapat lebih 365,000 jumlah tontonan dan turut sama meninggalkan pelbagai reaksi.
Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom.
Klik DAFTAR segera di https://toko.ideaktiv.com/product/gathering-mama-hamil-menawan-pama-x-numom/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Pa&Ma