Pemberian vaksin yang kini bakal diberikan kepada kanak-kanak di bawah usia 11 tahun sedikit merisaukan ibu bapa. Bila melibatkan anak-anak kecil, ada ibu bapa yang mula merasakan kegusaran hati mereka.
Namun artikel yang dikongsikan oleh Astro Awani, ibu bapa tidak perlu risau keputusan untuk membenarkan suntikan vaksinasi kepada anak-anak seawal usia 5 tahun, kerana vaksin yang digunakan ketika ini adalah terbukti selamat.
Malah perkongsian oleh Pakar Kesihatan Awam Fakulti Perubatan Dan Sains Kesihatan UPM Profesor Madya Dr Malina Osman berkata, beberapa negara lain juga telah pun melakukannya lebih awal daripada pengumuman yang dibuat oleh Amerika Syarikat sebelum ini.
Katanya menerusi laporan yang dikongsikan oleh Awani, bukan hanya negara kita bahkan pemberian vaksin pada peringkat umur seawal usia 5 hingga 11 tahun ini telah dimulakan oleh negara lain lebih awal dan ianya terbukti selamat.
“Untuk pengetahuan semua, terdapat beberapa negara lain telah memulakan vaksin terhadap golongan tersebut. Antaranya Kemboja, Cuba, Chile, UAE dan juga China.
“Jadi keputusan tersebut pada pandangan saya bukanlah terlalu awal kerana kalau kita perhatikan negara UAE telah menggunakan vaksinasi terhadap golongan tersebut seawal Julai ataupun Ogos lalu,” jelasnya kepada Astro AWANI.
Akur dengan kerisauan ibu bapa kepada anak-anak mereka yang masih kecil, tambah beliau lagi, bagaimanapun, data-data yang lebih banyak mungkin sedang dikumpulkan untuk mendapatkan keputusan yang lebih tepat oleh kerajaan.
“Namun daripada tinjauan secara saintifik dan sebagainya, vaksin yang sedia ada yang disyorkan kepada golongan tersebut adalah selamat dan berkesan,” katanya.
Malah jelas Dr Malina lagi, kelompok kumpulan kanak-kanak membabitkan usia 5 hingga 11 tahun di negara ini adalah dalam kalangan mereka yang terlibat dalam alam persekolahan.
Justeru katanya, golongan tersebut sudah tentunya terlibat dengan pergaulan sosial dengan kanak-kanak lain yang mungkin mengundang risiko mendapat jangkitan COVID-19.
“Dalam keluarga masing-masing, mereka ini berpotensi untuk menjadi punca jangkitan kerana mereka ini masih lagi belum lagi divaksin.
“Walaupun kalangan dewasa sudahpun divaksin tetapi disebabkan oleh potensi mereka ini untuk menyebabkan jangkitan, ia juga boleh merebak kepada golongan yang lain,” kongsinya.
Nak relaks-relaks, sambil bercuti dengan anak-anak di Holiday Inn Johor Bharu.
Mama jom rileks jap, klik link NI!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Sumber: Astro Awani
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI