Menarik minat anak kecil makan bukan perkara yang mudah bagi sesetengah ibu. Ini kerana masalah anak cerewet makan merupakan masalah biasa yang sering berlaku di kalangan kanak-kanak.
Ibu zaman sekarang perlu menggunakan kreativiti untuk menarik perhatian si kecil menjamah hidangan makanan yang disediakan supaya mereka dapat nutrisi yang diperlukan untuk tumbesaran.
Selain daripada itu trend ibu-ibu muda masa kini sangat menitik beratkan makanan untuk anak-anak yang sudah ke sekolah turut dikagumi.
Masing-masing tampil dengan pelbagai idea kreatif demi memastikan hidangan bekal dapat menambat selera anak untuk makan.
Idea Kreatif Bekal Umar Pergi School
Anak-anak kecil tentu seronok bila bawa bekal makanan yang menarik ke sekolah. Antara ibu yang tampil dengan idea kreatif dalam penyediaan bekal untuk anak adalah Nurul Azrena Razak.
Dengan tagline ‘Bekal Umar Pergi School’, siapa sangka video-video perkongsian Azrena menyiapkan bekal makanan untuk anak lelakinya, Zhafran Umar, 3, mendapat jutaan tontonan dan trending di TikTok.
Lebih mencuri tumpuan semua video menggunakan suara comel Zhafran Umar atau lebih mesra dipanggil Umar sebagai suara latar.
Suara Latar Umar Yang Comel
Sesiapa pun pasti terhibur dan leka untuk menonton sehingga tamat video tersebut kerana seronok mendengar suara latar Umar yang pelat memberitahu aksi ibunya sewaktu menyusun setiap isi makanan di dalam bekalnya.
Keunikan bekal makanan yang dikongsi bukan sahaja pada bekas makanan yang berwarna- warni tetapi juga pada pemilihan makanan yang berkhasiat serta dipotong berbentuk karektor yang comel.
@eienrazak Merasa la Umar bawak bekal croffle sbb guna frozen croissant @nottytummy . Kalau tunggu ibu buat tak tahu la zaman ba 😂 cookies baby from @elamiababyfoodhq . #bekalanak #bekalumar #cumarcucun #bentomalaysia #fyp #fypシ ♬ original sound – Eien Razak
Setiap makanan serta snek yang dibekalkan untuk Umar akan dipotong dan dihias dengan kreatif oleh Azrena. Antara perkataan kegemaran Umar yang kerap disebut dalam semua video tersebut adalah ‘cucun-cucun’ (susun-susun), ‘nyum nyum’, ‘telumbos’ (telur rebus) pastu’ (lepas tu) dan banyak lagi.
Berkenaan bakat Umar membuat suara latar untuk video-video rakaman penyediaan bekal kreatif, Azrena memberitahu awalnya Umar curious melihat ibunya membuat voice over dan akan meniru di sebelah ibunya.
“Mula-mula bagi dia cuba lepas tu dia suka pula dan setiap kali rakam video dia nak ikut buat voice over.”
@eienrazak Mengah2 nak voice over lepas bebel kat abah dia mintak senyap sbb dia nak record suara🤣 #bekalanak #kidslunchbox #bentomalaysia #fyp #fypdongggggggg #fypシ ♬ original sound – Eien Razak
Bekal Umar Pergi School
Menurut Azrena dalam temu bual sebagai tetamu jemputan rancangan Malaysia Hari Ini (MHI), dia sememangnya gemar berkongsi resipi makanan Umar sejak si kecil mula makan makanan pejal lagi.
Bila Umar mula ke sekolah, dia nekad untuk sediakan sendiri bekal makanan kerana lebih yakin dengan pemilihan makanan selain lebih faham selera anaknya.
Mempunyai lebih 20 ribu pengikut di pelbagai platform media sosial, Umar yang petah berkata-kata membuatkan ramai kalangan ibu bapa menjadikan tip bekalan makanan ini ini sebagai tarikan utama anak-anak mereka menikmati hidangan makanan yang berkhasiat.
Sumber: zhafranumareats Eien Razak
Dengan bayaran RM20, pembukaan akaun Simpan SSPN akan dibuat secara automatik. Lebih menarik, untuk peserta-peserta terawal yang mendaftar akan menerima hadiah istimewa dari Pa&Ma. Jangan tunggu lagi, ayuh daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-simpan-duit/
Untuk lebih banyak info terkini jom klik di sini
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI