Rasa sayur yang pahit dan kurang rasa menjadi penyebab utama anak-anak kita tidak makan sayur. Pun begitu sebagai ibu kita tidak boleh membiarkan keadaan ini berlarutan. Mama perlu memikirkan idea yang kreatif agar anak makan sayur tanpa mereka sedar.
Salah satunya adalah memasukkan sayuran ke dalam cucur. Cucur Kentang Lembut yang disediakan oleh Puan Umairah Jamaah ini nampak sedap. Tak perlukan sayur yang banyak, hanya lobak merah, kentang dan daun sup sahaja untuk menaikkan rasanya. Jadi jom kita cuba.
CUCUR LEMBUT DI MULUT TURUN KE PERUT
Dah ada idea ke petang ni nak buat kudapan apa mak-mak sekalian? Jom kita buat cucur kentang ni nak. Senang aje. Guna bahan-bahan sedia ada kat dapur tu.
Bahan-bahan:-
+ 1 biji Kentang watak utama disagat
+ 1/2 Lobak merah disagat
+ Daun sup
+ 1 biji Telur
+ Tepung gandum
+ Kasih sayang.
Dah sedia. Jom tengok cara-cara buatnya kat gambar.
Bahan-bahan yang disagat tadi. Daun sup tu dihiris-hiris tau. Nak tambah sayur lain amatlah digalakkan. Adjust la ikut selera dan kesesuaian umur anak.
Pecahkan sebiji telur kat dalam tu. Gaul bagi sebati.
Masukkan tepung gandum. Nak letak tepung beras sikit pun boleh. Bagi texture rangup. Tapi kalau untuk anak bawah 2 tahun tepung gandum aje dah ok.
Gaulkan bersama biar sebati. Perasakan dengan garam sikit. Terus goreng.
Tadaaa dah siap untuk dijamah. Sedap tau lembut aje. Gabungan rasa kentang dan lobak lemak manis sikit.