Ada kalanya si kecil agak memilih untuk makan. Ada juga yang menolak nasi. Pastinya akan membuatkan mama rasa risau kan? Mama boleh cuba resipi yang dikongsi ibu ini iaitu cucur nasi lembut dan gebu yang sangat sesuai untuk bayi berusia 8 bulan ke atas.
Step-by-step pun sangat mudah. Selamat mencuba!
CUCUR NASI LEMBUT DAN GEBU 💓
Cucur nasi ni lembut dan gebu walaupun tak menggunakan telur . Mama gunakan beras organik groomy voyager daripada Groomy Malaysia , beras ni cepat masak tau ,jadi ianya sangat memudahkan kerja harian para ibu serta dapat menjimatkan masa dan juga tenaga ❤️ boleh dapatkan beras organik ini dengan Dila My .
Bahan Bahan:
Bahan Kisar:
1 cawan nasi organik
1 cawan air suam
1 cawan tepung gandum tanpa bahan peluntur
1/2 cawan ikan bilis
1 sb serbuk ikan bilis groomy
1 sb serbuk daging groomy
1/2 cawan daging segar ( optional )
Bahan A:
daun sup / daun bawang
1/4 cawan isi jagung
1/2 biji bawang holland ( dipotong dadu )
1/4 biji lobak merah ( diparut )
sedikit tepung gandum & serbuk penaik
Cara-cara:
Satukan Bahan Kisar bersama Bahan A dan kacau sebati. Untuk versi dewasa boleh tambahkan garam dan serbuk perasa secukupnya. Boleh juga ditambah bahan bahan yang lain mengikut citarasa .
Rehatkan adunan selama 30 minit. Panaskan minyak di dalam kuali. Pastikan minyak betul betul panas agar cucur yang digoreng tidak menyerap minyak. Jemputkan adunan dan goreng sehingga keperangan. Angkat dan toskan. Mama cucukkan cucur pada lidi sate supaya nampak lebih menarik. Siap , selamat mencuba!
FB :Farisha Sofea
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!