
Cucur udang atau di sebelah utara menggelarkannya sebagai Coq Udang ini cukup popular. Menu simple tetapi menarik ini sebenarnya boleh menaikkan selera sesiapa sahaja yang melihatnya. Resipi yang dikongsikan oleh Lina Thomas ini nampak cukup mengiurkan. Udangnya mewah selambak malah gebu dan bulat. Lain dari cucur udang kita.
Nak tahu apa resipi rahsia wanita yang berlokasi di Amerika Syarikat ini? Jom kita cuba.
Resipi wajib cuba: Sambal Penyet Pedas Menyengat Untuk Berbuka, Paling Senang & Sedap, Patutlah Share Sampai 36k/
Salam 5 Ramadan dari kejauhan. Menu kuih buka puasa kami hari ini – Coq Udang.
Cucur Udang
Bahannya:
2 cawan tepung gandum
1/2 sudu besar yis (mauripan)
Air sejuk -agak-agak
Segenggam taugeh
Secekak kecil kuchai – kerat-kerat
1/2 batang lobak merah – sagat memanjang
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh garam
Udang secukupnya
Minyak untuk menggoreng
Dalam satu bekas, satu kan tepung, serbuk kunyit, yis, garam dan kacau rata. Tuang air sedikit demi sedikit sehingga mendapat adunan yang tidak terlalu cair atau pekat.
Masukkan taugeh, kuchai dan karot, gaul rata dan perap 30 minit.
Panaskan dan goreng dalam minyak yang banyak. Rendamkan senduk dalam minyak panas. Kemudian tuangkan adunan cucur.
Letakkan udang dan goyang-goyangkan adunan cucur sehingga tertanggal dari senduk.
Goreng cucur sehingga kuning keemasan dan angkat tos kan minyak. Siap.
Resipi wajib cuba: Resipi Ayam Kicap Berempah, Sedap Terangkat, Confirm Jadi Favourite Satu Keluarga!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tak Perlu Beli French Fries, Nugget Atau Burger Bila Anak Lapar, Gantikan Dengan Dumpling, Homemade Je!

Ubah selera anak-anak kita dengan menu yang sihat tetapi tinggi protin. Salah satu menu yang boleh disediakan untuk anak adalah Dumpling yang mana merupakan antara makanan tradisi masyarakat Cina yang sangat popular. Jika dibandingkan dengan nugget, French fries mahupun burger, dumpling pastinya lebih menyihatkan kerana tinggi protin.
Bukan sahaja boleh berintikan sayur-sayuran, inti dumpling juga boleh dipelbagaikan dengan isi ikut selera anak-anak anda. Bukan itu sahaja, dumpling ini turut digemari oleh kanak-kanak kerana rasanya yang kurang pedas dan boleh dimakan bersama sup. Macam mana nak buat? Jom ikut resipi yang dikongsikan oleh Puan Dahlia Kamaruzza di facebooknya ini. Nampak senang dan sedap.
Resepi homemade chicken dumpling
Kulit dumpling:
1/2 cawan tepung gandum unbleach
1/2 cawan tepung ubi kayu/jagung
1/2 cawan air panas mendidih
1 sudu makan minyak masak
Sedikit tepung jagung -untuk tabur sebelum gelek supaya doh tak lekat
Uli je semua bahan sampai jadi doh dan rehatkan. Lepas tu bulat-bulatkan bentuk guli besar sikit dan gelek je sampai nipis. Siapkan kulit dulu semua baru letak inti dan bentukkan.
Beginilah rupa tepung yang dah siap dilenyek.
Inti dumpling:
1 keping ayam dada
Carrot sedikit (dadu)
Daun ketumbar sedikit (hiris)
Minyak bawang putih sedikit
1 sudu makan tepung jagung
Blackpeppep sedikit
Kalau rajin boleh cincang je ayam tu then baru campur dengan semua bahan lain dan gaul sebati. Tapi mummy masuk dalam blender je blend semua. Senang. Pakai blender yang tak perlu add on air pun dia boleh kisar tu. Then ketepikan.
Ambil kulit dan letak inti satu sudu kecil. Basahkan hujung kulit dengan sedikit air baru tampal kedua bahagian dan bentukkan.



Boleh susun dalam bekas bertutup dan dilapis plastik. Simpan dalam freezer. Nak makan keluarkan dan rehatkan kejap then boleh stim/rebus/goreng.
Dumpling ni boleh dimasak dengan cara kukus. Jadi bukan sesuai untuk anak saja, mak-mak pun bagus kerana rendah kalori dan rendah lemak. Dumpling yang dibuat dari isi ayam atau apa-apa jenis sumber protin lain bagus kerana kaya dengan protein yang tinggi. Dan semestinya lebih baik daripada pengambilan makanan yang tidak sihat seperti nugget, fries atau burger setiap hari.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Siapkan Carrot Cake Tanpa Gula & Garam Untuk Hari Jadi Anak, Hebatnya Ibu Ni, Memang Superb!

Kebiasaannya apabila tiba hari lahir anak, kek biasanya dibeli sahaja dengan beraneka rupa dan bentuk bagi merasaikan hari istimewa ini. Namun tak kurang juga yang menyediakan kek sendiri buat anak-anak tanda hari istimewa ini. Tidak ketinggalan juga yang membuat kek bersama-sama anak bagi mencipta bonding dan kemesraan yang lebih kepada anak-anak.
Pun begitu kek yang dihasilkan oleh ibu ini, Syazwanie Afiqah Mohd Kushairi menerusi kelab Happy Baby Foods Malaysia cukup unik dan istimewa. Kek bersempena hari lahir pertama anaknya ini dibuat versi bayi, tanpa gula dan garam. Namun hasilnya cukup istimewa. Kita dewasa pun makan bertambah-tambah.
Ikuti perkongsian lengkapnya, langkah demi langkah menghasilkan Carrot Cake ini. Nampak sedap!
Kek tanpa gula dan garam
Gigihya seorang ibu buat kek untuk birthday anak dia. Hahaha. Tak pandai buat kek sangat. Tapi since carrot cake ni senang ya amat, kite torai lah buat dia. Suprisingly, orang dewasa pun suka kek ni siap nak tapau bawak balik. Walaupun tak da gula tak da garam. Resepi dan design ikut dalam group ni jugak. Thanks sangat tau guys!!!
Resepi dari beginner untuk beginner. Ini pun saya tak tau betul ke tak. Kalau ada baker yang boleh suggest cara lain okay kot.
Bahan-bahan:
150gm unsalted butter
1 batang lobak merah -disagat
2 sudu madu (untuk bayi setahun ke atas)
2 biji telur
1 cawan unbleached flour
1 sudu soda bikarbonat
1) Unsalted butter 150g – putar dulu bagi dia kembang (atau kate lain tukar warna dari dari kuning ke cream) approx dalam 4 minit medium speed.
2) Masukkan madu 2 sudu (untuk setahun ke atas). Lepas tu putar high speed dalam 2 minit.

3) Slowkan speed, masukkan satu biji telur, putar sampai tak nampak rupa telur baru masukkan lagi satu biji telur lagi, and putar sampai tak nampak rupa telur jugak. Pastu, baru putar max speed dalam lagi 4 minit.
4) Sementara tengah putar tu, masa yang ada boleh preheat oven dalam 10 minit suhu 170c (depends on oven).
5) Masa yang sama jugak sila sediakan satu cawan unbleached flour + 1 sudu soda bikarbonat (tak pasti boleh guna tepung naik sendiri tak tapi saya try guna untuk satu adunan and okay je).

6) Sagat sebatang carrot.
7) Lepas dah siap putar, campurkan tepung tadi KAUP bagi sebati. Kaup je, bukan godak. Kaup tu maksudnya cedok ke satu arah je. Tak tau nak explain camne.
8) Masukkan carrot yang telah disagat, kaup sampai sebati.
9) Masukkan dalam loyang saiz 9 inchi rasanya. Nanti tayah belah separuh dah nipis cantik dah. Tapi kene buat dua adunan untuk 2 layer. Kalau loyang lagi kecik boleh potong separuh, tapi nanti kek saiz kecik.
10) Bakar dalam oven dalam 30 minit je rasanya. Suhu 170-180c macam tu.
11) Buat lagi satu adunan. Resepi sama je. Cuma unsalted butter saya kurangkan jadi 60g (sebab dah habis) + minyak sawit dalam 1/2 cawan. Lepas tu madu saya ganti dengan puree kurma dari 7 biji kurma (tak campur air).
12) Dua-dua adunan dah siap bakar. Layerkan kek pertama dengan apa-apa jem. Atau boleh layer dengan creamcheese. Tapi saya nak jimat creamcheese. Hehehe. Pas tu, tindihkan dengan adunan lagi satu. Masukkan dalam peti dulu sebelum spread dengan creamcheese baru dia kukuh sikit.

13) Creamcheese ni ambik dalam 200g je kot. Kurang pun okay kot. Keluar peti terus putar tau. Boleh putar dengan madu atau puree kurma. Nak bagi manis. Putar ikut rasa agak-agak dah lembut boleh spread leh lah berenti putar. Maybe dalam 5 minit highspeed kot.
14) Pastu boleh lepa sekeliling kek dengan penuh kesabaran. Creamcheese kalau texture tak jadi, susah nak lepa. Tapi so far okay je. Bantai je lah asalkan dia cover semua. 🤣🤣
15) Siap lepa masuk peti balik.
16) Sebelum hidang cucuk ngan topper.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Kek Pandan Gula Melaka, Kurang Manis Tapi Sedap, Tak Sampai Sehari Dah Licin!

Anak-anak pastinya orang yang cukup terpukau saat dihidangkan dengan kek, apa lagi dengan warna yang cantik. Kek pandan gula melaka kurang manis ini pilihan tepat buat anak. Kurang manis tapi sedap.
Resipi Kek Pandan Gula Melaka dengan buttercream padu ini dikongsikan oleh Ariana Rose Ahmad. Menariknya, langkah demi langkah turut dikongsikan secara terperinci agar anda yang baru hendak mencuba tidak tersilap langkah. Jadi jangan bimbang, pasti menjadi!
Hari ni Ariana nak share resepi Kek Pandan Gula Melaka. Kek ni tak terlampau manis dan bila dah makan sedap.
Resepi Kek Pandan Gula Melaka
Bahan Kek
5 biji telur gred B
3/4 cawan @ 135g gula halus
2 cawan @ 220g tepung gandum
1 sudu besar ovallete
1sk cream off tartar
1sk soda bikarbonat
1sk baking powder
1sk emulco pandan coconut
2sk pewarna hijau apple
5 sudu besar minyak masak
Bahan Syrup gula melaka:
2 keping kecil @ 90g nisan atau gula melaka
2 helai daun pandan
1/2 cawan @ 100ml air
1 sudu besar tepung jagung
Bahan Buttercream:
300g butter (sejukkan dalam peti ais 20 minit)
5 biji telur putih sahaja (gred B)
90g gula kastor
1sk esen vanila
2 sudu besar syrup gula melaka
Untuk buat kek, mula-mula masukkan telur, gula, ovallete, pewarna hijau dan emulco pandan. Mix hingga sebati dan bertukar warna hijau cerah sedikit tapi masih cair.
Lepas tu masukkan dan ayak tepung gandum, soda bikarbonat, cream off tartar & baking powder. Mix lagi hingga sebati sahaja. Tak perlu mix lama.
Bila dah sebati masukkan pula minyak masak. Warna nmpak terang sebab cahaya. Kacau laju dengan menggunakan spatula sahaja.
Ambil loyang 8 inci dan lapik dengan baking paper. Tuang kesemua adunan. Hentak-hentak loyang supaya takda angin dalam adunan.
Panaskan oven dan bakar dengn suhu 160°c selama 30 minit (api atas bawah) tapi bergantung pada oven masing-masing juga.
Cara buat syrap gula melaka
Sementara tunggu kek masak, buat syrup gula melaka pula. Masukkan gula melaka @ nisan bersama air dan daun pandan. Masak hingga hingga cair. Jika guna nisan@ gula melaka yang kurang manis boleh tambah sedikit nisan @ gula melaka.
Bila dah cair masukkan tepung jagung supaya syrup ni lagi pekat. Kacau sebati.
Bila dah masak tapis dan biarkan sejuk. Bila dah sejuk lagi pekat.
Tanggalkan baking paper dan Lepas 10- 15 minit baru terbalikkan semula pada kedudukan asal. Biarkan kek sejuk dulu.
Cara buat buttercream
Untuk buat buttercream, telur putih dan gula kastor ni kena pukul hingga gula cair dengan cara double boil.
Bahagian ni kena betul-betul teliti. Suhu air mesti tidak melebihi 60°c. Jika air kat bawah tu terlampau panas, telur akan masak. Cara lebih mudah , sentuh sikit dengan jari (hati-hati), jika air tak panas sangat, boleh pukul laju-laju hingga gula hancur. Gula dah hancur terus stop.
Lepas tu, letak dalam bekas dan mix hingga jadi merigue atau bahasa lebih mudah, adunan tu jadi warna putih dan bila di terbalikkan adunan tak jatuh.
Sampai jadi macam ni.
Masukkan pula butter sikit demi sedikit. Mix hingga jadi licin. Jika nampak macam berketul, teruskan mix hingga lah licin. Bila dah licin masukkan pula esen vanila dan syrup gula melaka.
Mix hingga sebati. Bila dah siap sejukkan sekejap dalam peti ais selama 10-15 minit bagi buttercream tak mudah cair. Jika lepas keluarkan buttercream dan nampak ada wap dari syrup gula melaka, mix je sekejap bagi sebati.
Lepas tu potong kek kepada 2 bahagian. Bahagian atas pun potong sikit supaya permukaan sekata dan tiada benjolan. Letak syrup gula melaka dan rata kan. Nak letak semua keliling kek pun boleh.
Letak pulak buttercream. Ratakan hingga licin. Ambil kek bahagian atas dan letak kat atas buttercream.
Tuang atau sapu sekali lagi syrup gula melaka atas kek dan barulah letak pula buttercream. Untuk lebih kemas, potong nipis bahagian tepi. Kalau taknak potong dan nak sapu buttercream pun boleh.
Potong pada 16 bahagian atau ikut size yang kita nak. Buat pula bunga menggunakan buttercream. Nak guna acuan macam mana pun boleh je. Titis pula syrup gula melaka dan letak daun pandan.
Siap!
Tips : Kek kekal lembut
Kalau nak simpan dalam peti ais, letak dalam bekas tertutup. Lembutnya macam baru siap bakar. Kalau nak simpan macam tu pun boleh tapi pastikan tak bercampur dengan benda yang berbau.
Tips : Untuk buttercream, kalau lepas dah masukkan butter dan lepas dah mix adunan jadi cair, masukkan dalam peti ais selama 20 minit. Lepas dah keluarkan dari peti ais, terus mix hingga jadi licin.
Menarik: 6 Bulan Ni, Sayalah Paling Bahagia, Rutin Urus Bilal Mencabar Tapi Membahagiakan PU Riz!
Ayuh, kembalikan kesegaran dan tenaga anda bersama pasangan tersayang melalui Bengkel Refresh & Recharge: Jom Kembali Semangat!
Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/jom-kembali-semangat/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI