Cucur Udang Rangup Tapi Lembut Di Dalam, Sedapnya Udang Selambak, Padu!

Share

Cucur udang atau di sebelah utara menggelarkannya sebagai Coq Udang ini cukup popular. Menu simple tetapi menarik ini sebenarnya boleh menaikkan selera sesiapa sahaja yang melihatnya. Resipi yang dikongsikan oleh Lina Thomas ini nampak cukup mengiurkan. Udangnya mewah selambak malah gebu dan bulat. Lain dari cucur udang kita.

Nak tahu apa resipi rahsia wanita yang berlokasi di Amerika Syarikat ini? Jom kita cuba.

Resipi wajib cuba: Sambal Penyet Pedas Menyengat Untuk Berbuka, Paling Senang & Sedap, Patutlah Share Sampai 36k/


Salam 5 Ramadan dari kejauhan. Menu kuih buka puasa kami hari ini – Coq Udang.

Cucur Udang

Bahannya:
2 cawan tepung gandum
1/2 sudu besar yis (mauripan)
Air sejuk -agak-agak
Segenggam taugeh
Secekak kecil kuchai – kerat-kerat
1/2 batang lobak merah – sagat memanjang
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh garam
Udang secukupnya
Minyak untuk menggoreng

Dalam satu bekas, satu kan tepung, serbuk kunyit, yis, garam dan kacau rata. Tuang air sedikit demi sedikit sehingga mendapat adunan yang tidak terlalu cair atau pekat.

Masukkan taugeh, kuchai dan karot, gaul rata dan perap 30 minit.

Panaskan dan goreng dalam minyak yang banyak. Rendamkan senduk dalam minyak panas. Kemudian tuangkan adunan cucur.

Letakkan udang dan goyang-goyangkan adunan cucur sehingga tertanggal dari senduk.

Goreng cucur sehingga kuning keemasan dan angkat tos kan minyak. Siap.

Resipi wajib cuba: Resipi Ayam Kicap Berempah, Sedap Terangkat, Confirm Jadi Favourite Satu Keluarga!

Published by
SRM