Rezeki susu ibu adalah ibarat titisan emas untuk anak kerana bukan semua dapat menyusu bayi sehingga umur yang maksimum. Jika dapat secara eksklusif 6 bulan pun ramai ibu bersyukur.
Bagaimanapun, ada juga ibu yang dikurniakan susu badan meriah dan rezeki anak untuk menikmatinya sampai 2 tahun. Cuma yang menjadi masalahnya pada ibu untuk cerai susu badan apabila dah cukup tempoh.
Pasti ramai yang tak sampai hati lihat anak merengek kan? Malah ramai juga ibu yang nak tahu tip cerai susu badan. Berikut dikongsikan tip oleh Puan Khairunnisa Nawi berdasarkan pengalamannya sendiri.
Alhamdulillah berjaya genapkan penyusuan sehingga 2 tahun dengan izin Allah. Nak ceraikan susu paling mencabar emosi dan fizikal. Dua-dua akan terkesan. Kena kuatkan semangat demi anak.
Antara tips yang saya praktikkan:
1. TANAM DALAM MINDA SEPARA SEDAR ANAK
Dalam 2-3 minggu sebelum Syifa masuk 2 tahun, saya dah bagitau dia berulang kali. Syifa dah besar. Dah nak masuk 2 tahun, tak boleh susu ummi dah. Minum susu dalam botol ye.
2. CARI PENGGANTI YANG MENARIK & SESUAI
Saya cari botol ni. Ikea punya. Sebab tak nak dia minum dalam botol susu yang ada puting dah. Setiap kali dia minta susu, saya bancuh susu dalam botol ni.
Biasakan anak minum dalam botol yang takde puting dah, ianya bagus untuk oral motor anak. Anak yang masih lagi minum dalam botol susu yang ada puting, dia tak berpeluang nak latih oral motor dia. Ada kaitan dengan perkembangan pertuturan ye.
3. DIVERT ATTENTION DIA
Contoh, bila Syifa minta susu. Saya larikan fokus dia ke tempat lain. Ajak dia main sama-sama. Bagi makanan. Contoh biskut atau buah. Syifa suka kudap-kudap.
Ringkas saja tipsnya. Alhamdulillah sekarang memang dia lupa habis susu umminya. Minta buatkan susu dalam botol ni pun jarang. Saya biasakan bagi cawan pula.
Saya pernah baca tips dari pakar laktasi. Kalau boleh proses cerai susu biarlah jadi momen yang indah antara ibu dengan anak. Jangan dipaksa. Take your own pace and time.
Mummy/ Ibu/ Mama sekalian buat macam mana nak ceraikan susu anak? Boleh share?
Kredit: Khairunnisa Nawi
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI