Cukup 44 Hari Pantang, Betty Dedah Wajah Anak. Manisnya Ardy Wira, Gabungan Mommy & Daddy

Share

Selepas 44 hari berpantang, Betty Rahmad akhirnya mendedahkan wajah anaknya, Ardy Wira. Aww, comelnya si kecil ini!

Betty yang bersalin pada 19 Januari 2019 lalu memuatnaik foto yang memaparkan wajah Ardy Wira di Instagram.

 

bettyrahmad Assalamualaikum hi uncle & aunty! Saya lah Ardy Wira bin Ardy Shafiq. Umur saya 44 hari. Hobi saya kentut! Doakan saya sihat & membesar jadi anak yang bijak, soleh & buat semua orang happy!

Selain itu, dia mengakui kini banyak mengambil gambar Ardy Wira. Malah Betty turut berpesan supaya tidak mengatakan anaknya itu mirip dia atau suami.

Nanti mummy saya post lagi gambar saya sebab kerja dia ambik gambar saya je? Happy Sunday everyone! ❤️
.
P/S – Mummy pesan jangan cakap muka saya macam muka siapa? #ardywira#bettyanddamisjunior

Para peminat memuji kecomelan Ardy Wira dan mendoakan kesejahteraan anak saudara Erma Fatima & Umie Aida itu. Tidak kurang juga peminat yang mengatakan Ardy Wira seiras dengan bapanya.

 

Sumber: bettyrahmad

Artikel berkaitan: 14 Jam Kontraksi Tanpa Epidural, Hasrat Betty Nak Lahirkan Anak Secara Normal Tercapai. Ramai Yang Kagum


IKLAN