Selepas berjuang 47 hari bertarung nyawa melawan penyakit kanser, akhirnya Allah ambil arwah Noor Athirah Mohd Arif ibu kepada dua cahaya mata untuk ‘berehat’ buat selama-lamanya.
Kesakitan yang ditanggung oleh arwah Noor Athirah ini pernah dikongsikan oleh suaminya, Muhammad Hairi Ramli, 27, hampir dua bulan lalu selepas arwah terpaksa bersalin awal ketika kandungan 8 bulan bagi menyelamatkan bayi yang dikandungnya.
Muhammad Hairi berkata, isterinya, Noor Athirah Mohd Ariff, 24, disahkan menghidap kanser payudara ketika sarat mengandung, malah difahamkan sel barah itu telah merebak ke bahagian tulang belakang.
Katanya, keadaan isteri menyebabkan doktor mengambil keputusan untuk bayi dalam kandungan yang berusia lapan bulan ketika itu, dilahirkan melalui pembedahan bagi menyelamatkan kedua-dua nyawa.
Ads
“Selepas isteri selamat melahirkan bayi kami pada 23 Mei lalu, beliau dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) dan berada dalam keadaan separuh koma, sekali gus bergantung sepenuhnya pada mesin bantuan pernafasan.
“Lebih menyedihkan, anak bongsu yang diberikan nama Muhammad Aidilfitri, belum dapat merasa setitik pun susu daripada ibunya dan hanya bergantung pada susu formula khas untuk bayi pramatang,” kongsinya.
Ingatkan bengkak susu
Ads
Kongsi Muhammad Hairi lagi, selepas melahirkan anak sulung pada 2017, isteri mendapati ada benjolan kecil pada payudara kanan tetapi lama-kelamaan ia hilang susulan berubat secara tradisional.
“Namun ketika mengandungkan anak kedua, benjolan pada payudara sebelah kanan timbul semula. Benjolan itu kemudiannya semakin membesar dan menyakitkan tetapi pada awalnya disangkakan ia hanya bengkak susu.
Ads
“Pada awal kehamilan, isteri sangat cergas. Bagaimanapun apabila kandungan berusia lapan bulan, saya melihat isteri cepat penat dan lesu yang dianggap mungkin kerana beliau sedang sarat,” katanya.
Sementara itu, di Facebook sepupunya, Mawardy Che Aziz, dia memaklumkan arwah telah kembali ke rahmatullah pada 9 Julai lebih kurang jam 1 pagi di Hospital Raja Zainab II Kota Bharu, Kelantan setelah 47 hari bertarung nyawa mulai 23/5/2020 – 9/7/2020.
Saya mewakili seluruh ahli keluarga mengucapkan jutaan terima kasih dan mohon halal semua yang terlibat di atas segala DOA serta DERMA yang telah diberikan kepada arwah serta keluarganya. Mohon juga jasa baik semuanya mendoakan agar arwah ditempatkan dikalangan yang beriman. In Shaa Allah. Aamin
Siapa yang tak kenal dengan pengacara yang pernah popular suatu ketika dahulu, iaitu Nurul Syuhada Nurul Ain kan? Walaupun jarang berada di kaca televisyen kini, namun Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zain masih lagi aktif di media sosial.
Ibu kepada empat cahaya mata ini gemar berkongsi di media sosial tentang kehidupan seharian tentang anak-anak walaupun sibuk dengan tugasan sebagai ibu dan isteri.
Setiap kali bekas pengacara Majalah 3 ini berkongsi foto bersama anak-anak, pastinya ramai yang tertarik dengan keindahan wajah si kecil ini kerana persis seperti kacukan Inggeris.
Malah ada yang bertanya sama ada Nurul Syuhada dan suami mempunyai darah kacukan negara luar kerana terserlah genetik Melayu Inggeris pada wajah keempat-empat anaknya itu.
Nurul Syuhada mendirikan rumah tanggan dengan suaminya Raja Amir Raja Azwa pada tahun 2011 dan dikurniakan empat cahaya mata, dua lelaki dan dua perempuan.
Pelakon popular, Wawa Zainal sangat teruja melihat anak sulungnya, Ahmad Fakhruddin Attar atau mesra dipanggil Attar akhirnya meminta untuk makan ayam setelah 7 tahun hanya memilih untuk makan nasi dan sup kosong sahaja.
Masalah anak memilih makanan bukan hanya terjadi kepada Wawa sahaja malah ada warga maya yang mengakui bukan mudah untuk menarik selera makan anak-anak kecil.
Video tersebut dikongsi oleh Wawa melalui instagramnya dan berharap selepas ini Attar akan meminati sayur pula.
Menurut Wawa, pada mulanya Attar masuk ke dapur dan terbau kari ayam dan apabila anak sulungnya itu mencuba ayam tersebut dia terus menyukainya dan meminta lagi untuk Wawa menyediakan menu ayam hari ini.
“Alhamdulillah after 7 years Attar dah pandai makan ayam🥺”
“Semalam masak ayam kari then kebetulan dia kat dapur. dia cakap bau sedap & dia nak try. Dan akhirnya dia pun try ayam kari semalam. Sedap katanya dan request suruh masak lagi. so harini masakkan lagi ayam untuk Attar & he loves it!”
Gembira dengan penerimaan anak sulungnya terhadap masakan ayam, Wawa menceritakan bahawa Attar sememangnya tidak menyukai ayam dan sayur-sayuran sejak kecil hinggalah besar. Attar hanya akan makan nasi dengan sup kosong sahaja. Wawa berharap agar Attar akan menyukai sayur pula selepas ini.
“Sebelum ni Attar memang makan nasi & kuah sup kosong je. Buah-buah makan jugak. Tapi sayur langsung tak nak. Hopefully lepas ni makan sayur pulak😆😆”
Wawa sempat bertanya kepada para pengikutnya di instagram jika ada yang mempunyai pengalaman sama denganya dalam menguruskan anak ‘picky eater’
“Baru dia tau betapa nikmat & lazatnya daging ayam ni🤣 korang ada tak anak macam ni jugak??”
Rata-rata warga maya tertarik dengan kecomelan anak Wawa Zainal dan ada juga yang mengalami situasi sama seperti Wawa.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
“Walaupun terkilan kerana tak sempat tunaikan permintaan arwah isteri (Nurul Anis Abu Hassan, 28) untuk membawanya keluar makan hari ini, saya reda dengan apa yang berlaku,” kata Mohd Khairul Asyraf Nor Azman, 24.
Menurut Mohd Khairul, dia bersyukur apabila jasad ketiga-tiga orang yang disayangi berjaya ditemui tak sampai 24 jam dalam keadaan sempurna oleh pasukan penyelamat.
Menurut Mohd Khairul Asyraf, isterinya yang hamil empat bulan sepatutnya melakukan pemeriksaan kandungan hari ini malah dia tidak sabar untuk melihat jantina anak sulung mereka.
Katanya, dia yang bekerja di Pulau Pinang berjanji akan pulang ke rumah hari ini selain mahu menunaikan hasrat isterinya untuk makan piza.
“Dia juga beritahu tak kisah anak kami lelaki atau perempuan malah dia juga seronok hendak membuat persiapan membeli barangan bayi.
“Sejak malam tadi, saya berdoa supaya ibu (Salmah Mat Akib, 51), isteri dan adik lelaki (Khairul Ikhwan Nor Azman, 14) ditemukan segera akibat kejadian kepala air yang berlaku semalam,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Tak tunjuk banyak perubahan
Mohd Khairul Asyraf berkata, tak banyak perubahan berlaku pada mereka bertiga malah tidak menyangka ketiga-tiga mereka terkorban dalam tragedi itu.
Katanya, jenazah ketiga-tiga ahli keluarganya itu dijangka dikebumikan di Kampung Charok Bemban, di sini, sehingga urusan di Unit Forensik Hospital Baling selesai.
Hari ini, jasad Nurul Anis ditemukan 9.30 pagi tadi diikuti ibu mentuanya yang ditemui dalam keadaan berpelukan kira-kira 100 meter dari rumah mereka yang dihanyutkan kepala air semalam.
Jasad Khairul Ikhwan, pelajar Tingkatan Dua Sekolah Menengah Kebangsaan Jerai ditemui 11.55 pagi tadi.
Dalam kejadian 6 petang semalam, hujan lebat berterusan menyebabkan banjir kilat melanda beberapa kawasan di Mukim Kupang dan merosakkan sekurang-kurangnya 20 Kampung.
Kawasan dilaporkan terjejas teruk adalah Kampung Iboi dan Kampung Tanjung Luas selepas berlakunya limpahan sungai di kawasan berdekatan.