Cara berpantang kita, masyarakat Melayu sememangnya tidak sama dengan kaum dan budaya lain jauh sekali budaya dari negara Korea. Tampil menjelaskan hal berpantang isterinya, Maryam You Narae, Ryzal Ibrahim tampil bersuara.
Menerusi Instagramnya, Ryzal tampil menjelaskan isu berpantang isteri tersayangnya yang selamat melahirkan bayi sulung mereka pada 21 September lalu.
Menurut katanya, bapa kepada bayi yang diberi nama Ryna ini turut berharap orang ramai tidak memaksa Maryam untuk menerima budaya yang bukan miliknya.
Kata Ryzal, budaya dan warisan keluarga di Korea masih menjadi milik isterinya itu walaupun sudah memeluk Islam. Malah menurut kata Ryzal lagi dia begitu bersyukur kerana Maryam sanggup mengikuti cara berpantang budaya kita.
“Assalamualaikum warahmatullah. Maryam atau nama sebenarnya You Narae, iaitu wanita warga Korea.
“Isteri saya bukan Melayu, bukan Cina, bukan India dan budaya negara lain tidak diwajibkan untuk dia ikuti.
“Isteri saya peluk Islam atau erti kata lain tukar agama bukan tukar budaya. Jadi, janganlah paksa orang menerima budaya bukan miliknya.
“Setakat ini, Maryam menjalani pantang cara tradisional dengan bertungku, mengurut, mandi herba dan makan makanan pantang dalam pantauan saya dan Confinement Lady dari @natalismothercare yang datang rumah kami. Itu sudah memadai bagi saya dia sanggup ikut walau bukan budaya dia,” kongsi Ryzal.
Ads
Minta berikan Maryam ruang
Bersyukur dengan Maryam yang mahu mengikuti cara berpantang budaya masyakarat Melayu, Ryzal mohon isterinya itu diberikan ruang buat seketika ketika berpantang.
“Kalau budaya pantang Melayu itu wajib untuk semua kaum, adakah orang Islam di Korea, Jepun, Eropah akan kena ikut juga?
“Maryam masuk Islam, bukan masuk kaum. Budaya dan warisan keluarga di Korea masih miliknya walaupun dia seorang Muslimah atau saudara baru.
“Saya minta Hajjah, Makcik, Akak serta semua disini supaya berikan ruang kepada Maryam dan hormat budaya miliknya. Terima kasih dan Selamat Malam. Keluarga Duriankimchi,” tulis Ryzal di Instagramnya.
Terdahulu, Maryam banyak menerima pelbagai komen-komen kurang menyenangkan mengenai caranya berpantang.
Pun begitu, menerusi satu hantaran yang dikongsikan oleh Maryam di Instagram, Maryam nyata cukup selesa dan bahagia sepanjang berpantang. Malah turut sama membingkiskan ucapan manis dan bermakna buat suaminya.
Ads
“Terima kasih @ryzalibrhm. Bagi saya betul betul keluarga.
“You gave me an amazing life i’ve never expect❤️,” tulis Maryam penuh makna.
Semoga yang baik-baik sahaja untuk Maryam dan bayi sepanjang berpantang ini. Biar apa pun cara Maryam berpantang asalnya yang terbaik dan paling penting ibu dan anak sentiasa sihat.
Terdahulu, pasangan Durian Kimchi, Ryzal dan Maryam selamat menimang cahaya mata sulung mereka pada 21 September lalu.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Walau pun anak sudah 4 tapi kecantikannya tetap terpelihara dan langsing. Rupanya 4 tip sihat ini yang Lisdawati amalkan.
Aktres Lisdawati, 39, telah selamat menimang cahaya mata keempat pada 24 Julai 2018 lalu. Walau pun telah mempunyai anak keempat, kecantikan dan kesihatan diri tidak dilupakan.
SENAMAN RINGAN & BUAT KERJA RUMAH TANPA KIPAS DAN PENDINGIN HAWA
Antara tip yang dikongsikannya untuk sentiasa sihat ialah melakukan senaman ringan dan tugasan harian di rumah dengan tanpa kipas dan penyaman udara. Mungkin ia adalah salah satu cara semula jadi untuk bersauna.
Lisdawati mengongsikan tip tip penjagaan kesihatan di dalam posting seperti berikut;
Jom Jaga makan dan jaga kesihatan
Banyakkan sayur dalam masakan.
Banyakkan minum air suam.
Rajinkan diri senam ringan atau lakukan tugasan harian di rumah ( tutup kipas dan aircond )/ Sauna.
Lisdawati juga turut berkongsi senaman berjalan kaki sejauh 2km yang dilakukannya bersama bayi kecilnya, Ahmad Nur Fayyadh selepas 52 hari bersalin.
Assalamualaikum, semangat nak senam sihat ? Jom mulakan dgn bismillah … Langkah pertama selain kerja rumah seperti biasa sampai berpeluh ( tutup kipas atau aircorn) . Pagi ni sy mula dgn berljn 2 km sahaja kawasan rumah . Balik buka sarapan #maggicarrotsup resepi sendiri .
Para peminat Lisdawati memberikan komen tentang tip sihat selebriti ini dan mengakui Lisdawati seorang yang suka bersenam dan jogging sejak zaman anak dara lagi.
Apabila membincangkan tentang kelahiran normal, apa yang membimbangkan para ibu ialah bahagian perineum terkoyak.
Jadi, untuk mengelakkan isu ini daripada membelenggu diri yang bakal bersalin tidak lama lagi, anda perlu mencari tip dan mempelajari cara meneran yang betul.
Bagaimana cara yang betul untuk meneran dengan betul? Berikut adalah tip yang boleh anda praktikkan semasa proses bersalin.
1. Angkat kepala hingga mencecah bahagian dada.
2. Halakan mata memandang ke bahagian perut.
3. Kedua-dua belah tangan memegang pergelangan kaki.
4. Jangan sesekali bersuara semasa meneran. Hal ini bagi membantu anda menyimpan tenaga.
5. Hati-hati dan elakkan diri daripada terangkat punggung. Jika ini berlaku, ia boleh menyebakan faraj terkoyak.
6. Tarik nafas dalam-dalam dan teran seperti anda sedang membuang air besar.
7. Teran sekuat mungkin selama yang boleh, curi nafas dan sambung teran bila ada kontraksi.
8. Sentiasa dengar arahan daripada jururawat atau/dan doktor untuk meneran apabila tiba masa bayi hendak dikeluarkan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak batuk tak baik-baik lagi? Boleh cuba cara mudah rawat batuk anak hanya menggunakan pisang. Eh mudahnya! Dalam cuaca yang agak panas dan terik sekarang ini, ramai yang mudah dijangkiti batuk. Bayi dan kanak-kanak juga tidak terkecuali.
Apabila anak diserang batuk, memang rasa tak selesa dan asyik hendak meragam sahaja. Selera makan anak-anak pun akan menurun disebabkan tekak terasa perit dan sakit.
Memberi anak-anak minum ubat dari klinik bukan tugas yang mudah. Biasanya ia akan disudahi dengan tangisan dan akhirnya anak akan muntah.
Cuba buat rawatan semula jadi yang menggunakan pisang untuk merawat batuk. Resipi luar biasa ini ternyata berkesan menghilangkan batuk.
Ternyata ia ubat semula jadi yang hebat untuk merawat batuk dan keberkesanannya terbukti untuk penyakit batuk berpanjangan dan bronkitis.
Selain itu ia juga sedap, sihat dan memberi kesan bermanfaat kepada perut. Lagipun, proses penyediaannya mudah dan pantas.
Jika anak anda sedang menderita sakit tekak dan batuk, anda mesti cuba buat penawar menakjubkan ini! Ia memang berkesan untuk kanak-kanak, tetapi juga sesuai untuk orang dewasa.
Resipi guna pisang merawat batuk:
Bahan-bahan
2 biji pisang ranum
400 ml air mendidih
2 sudu besar gula atau madu (madu akan hilang khasiatnya dalam suhu yang tinggi, jadi berhati-hati semasa menambah madu ke dalam campuran pisang dan air panas. Pastikan ia sudah sejuk dahulu)
Cara penyediaan
1. Kupas pisang. Lenyekkan menggunakan sudu atau garfu. Sebaiknya guna sudu/garfu plastik atau kayu, bagi mengelakkan pisang cepat berubah warna gelap.
2. Tambahkan gula dan kacau rata. Jika anda menggunakan madu, tambahkan ia apabila campuran pisang sudah sejuk.
3. Tuang air mendidih ke dalam campuran, tutup dan biarkan selama 30 minit.
Jika mahu, anda boleh menapis campuran menggunakan penapis plastik.
Cara menggunakan
Anda harus menyediakan dos baru setiap hari. Sentiasa panaskan campuran dengan api perlahan sebelum menggunakan. Makan empat kali sehari (kira-kira 100 ml)
Batuk anda akan berhenti dalam masa beberapa hari. Cubalah dan pastinya anak-anak akan suka akan rasa ‘ubat’ yang sedap ini.
sumber:instiks.com
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tragedi kanak-kanak 5 tahun lemas selepas majlis graduasi tabika ini mengundang pilu dan menjadi peringatan penting tentang keselamatan air. Ketahui kronologi, luahan keluarga dan langkah pencegahan.