Cara berpantang kita, masyarakat Melayu sememangnya tidak sama dengan kaum dan budaya lain jauh sekali budaya dari negara Korea. Tampil menjelaskan hal berpantang isterinya, Maryam You Narae, Ryzal Ibrahim tampil bersuara.
Menerusi Instagramnya, Ryzal tampil menjelaskan isu berpantang isteri tersayangnya yang selamat melahirkan bayi sulung mereka pada 21 September lalu.
Menurut katanya, bapa kepada bayi yang diberi nama Ryna ini turut berharap orang ramai tidak memaksa Maryam untuk menerima budaya yang bukan miliknya.
Kata Ryzal, budaya dan warisan keluarga di Korea masih menjadi milik isterinya itu walaupun sudah memeluk Islam. Malah menurut kata Ryzal lagi dia begitu bersyukur kerana Maryam sanggup mengikuti cara berpantang budaya kita.
“Assalamualaikum warahmatullah. Maryam atau nama sebenarnya You Narae, iaitu wanita warga Korea.
“Isteri saya bukan Melayu, bukan Cina, bukan India dan budaya negara lain tidak diwajibkan untuk dia ikuti.
“Isteri saya peluk Islam atau erti kata lain tukar agama bukan tukar budaya. Jadi, janganlah paksa orang menerima budaya bukan miliknya.
“Setakat ini, Maryam menjalani pantang cara tradisional dengan bertungku, mengurut, mandi herba dan makan makanan pantang dalam pantauan saya dan Confinement Lady dari @natalismothercare yang datang rumah kami. Itu sudah memadai bagi saya dia sanggup ikut walau bukan budaya dia,” kongsi Ryzal.
Minta berikan Maryam ruang
Bersyukur dengan Maryam yang mahu mengikuti cara berpantang budaya masyakarat Melayu, Ryzal mohon isterinya itu diberikan ruang buat seketika ketika berpantang.
“Kalau budaya pantang Melayu itu wajib untuk semua kaum, adakah orang Islam di Korea, Jepun, Eropah akan kena ikut juga?
“Maryam masuk Islam, bukan masuk kaum. Budaya dan warisan keluarga di Korea masih miliknya walaupun dia seorang Muslimah atau saudara baru.
“Saya minta Hajjah, Makcik, Akak serta semua disini supaya berikan ruang kepada Maryam dan hormat budaya miliknya. Terima kasih dan Selamat Malam. Keluarga Duriankimchi,” tulis Ryzal di Instagramnya.
“Terima kasih bagi saya betul-betul keluarga”
Terdahulu, Maryam banyak menerima pelbagai komen-komen kurang menyenangkan mengenai caranya berpantang.
Pun begitu, menerusi satu hantaran yang dikongsikan oleh Maryam di Instagram, Maryam nyata cukup selesa dan bahagia sepanjang berpantang. Malah turut sama membingkiskan ucapan manis dan bermakna buat suaminya.
“Terima kasih @ryzalibrhm. Bagi saya betul betul keluarga.
“You gave me an amazing life i’ve never expect❤️,” tulis Maryam penuh makna.
Semoga yang baik-baik sahaja untuk Maryam dan bayi sepanjang berpantang ini. Biar apa pun cara Maryam berpantang asalnya yang terbaik dan paling penting ibu dan anak sentiasa sihat.
Terdahulu, pasangan Durian Kimchi, Ryzal dan Maryam selamat menimang cahaya mata sulung mereka pada 21 September lalu.
Dapatkan barangan berpantang dan kelengkapan perkhidmatan yang memuaskan hati sepanjang berpantang di SINI.
Mama jom rileks jap, klik link NI!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)