Menanti anak berusia enam bulan sememangnya mendebarkan. Mana tidaknya, rasa teruja untuk menyuapkan makanan pejal bayi buat pertama kalinya membuatkan ibu rasa cemas bercampur teruja.
Ditambah rasa berdebar dengan penerimaan bayi menjadikan ibu cukup bimbang. Begitulah proses perkembangan bayi kita. Namun semua ini tidaklah menjadi sukar bila mana ibu berusaha untuk mencari semua ilmu berkaitan pemakanan.
Pun begitu, dalam menyediakan makanan pejal anak di kala usianya enam bulan pastikan bertepatan agar bayi rasa lebih teruja dan paling penting tidak menyukarkan bayi untuk makan.
Bagaimana anda tahu bayi anda telah bersedia untuk makanan pejal?
Bayi boleh mengangkat kepalanya dan mengekalkan posisi.
Ini adalah penting bagi bayi kekal dalam posisi tegak dan stabil sekiranya dia mahu mengambil makanan dan disuap dengan sudu.
Melakukan pergerakan mengunyah.
Bayi boleh menolak makanan ke bahagian belakang mulutnya dan menelan. Apabila bayi sudah pandai menelan dengan efisien, dimana bila anda perhati bahawa air liur sudah kurang meleleh.
Bayi anda kelihatan seperti minat dengan makanan yang anda makan.
Bayi mula memerhatikan makanan yang anda sedang makan dan cuba mengambil makanan itu semasa anda mengambilnya dari pinggan untuk masuk ke mulut.
Sebelum mempersiapkan menu dan segala kelengkapan, beberapa perkara ibu harus bersedia dan ambil tahu. Barulah percubaan pertama anak untuk makan lebih berjaya. Apa mak ayah perlu lakukan?
Masak sendiri guna bahan segar
Sebaik-baiknya makanan pertama si kecil kita di masak sendiri menggunakan bahan – bahan segar dan tiada bahan pengawet. Pilihlah sayur-sayuran dan buah-buahan yang masih segar untuk percubaan pertama anak.
Ads
Sayur-sayuran perlulah di rendam sebaik yang mungkin manakala buah-buahan seharusnya di cuci serta dikupas dengan elok bagi menjaga sistem pencernaan bayi dan memastikan selamat untuk bayi kita.
Perkenalkan puri dengan tekstur lembut
Pada usia enam bulan bayi hanya disarankan makanan dalam bentuk puri, separa pejal, bubur atau makanan yang hanya dikisar. Makanan pertama bayi digalakkan yang kurang sensitif kepada bayi serta perutnya.
Dari segi rasa juga tidak digalakkan meletakkan penambah perisa yang boleh mendorong bayi menjadi suka kepada benda yang tidak bernutrisi. Rasa makanan yang semulajadi atau rasa asli lebih baik untuk bayi.
Pastikan buah direbus atau kukus
Bagi makanan dalam bentuk puri, buah-buahan perlu dikukus atau direbus terlebih dahulu. Elakkan merebus terlalu lama kerana ia akan menghilangkan nutrisi makanan tersebut. Sekiranya anda merebus sayuran ubi-ubian seperti kentang, brokoli, lobak merah, sebaik-baiknya gunakan air rebusan tersebut untuk mengisar makanan kerana ia mengandungi nutrisi (vitamin dan mineral) yang tinggi untuk keperluan bayi.
Ads
Selepas dikisar pastikan tekstur makanan tersebut tidak terlalu pekat. Biarkan sedikit cair supaya ia serasi dan lebih kurang dengan tekstur susu ibu. Bila bayi sudah terbiasa lama kelamaan barulah ibu memekatkan tekstur tersebut secara berperingkat.
Pek makanan untuk ibu bekerja
Tidak dinafikan menyediakan makanan bayi bukan satu hal yang mudah, lebih-lebih lagi bagi ibu bekerja. Solusi untuk ibu bekerja pastinya makanan pek makanan mudah sedia yang membantu ibu lebih pantas dalam menyediakan makanan bayi.
Produk Fawwaz antara produk yang diyakini mampu menarik perhatian si kecil untuk makan malah menyenangkan ibu. Tidak hairanlah Fawwaz di pilih sebagai Makanan Anak Pilihan Pa&Ma di Jenama Pilihan Pa&Ma 2022.
Tidak hanya anak-anak dapat makan pelbagai variasi menu bahkan paling utama ia dapat meringankan penat, memudahkan kerja, menjimatkan masa ibu-ibu untuk menyediakan makanan buat bayi.
Produk yang ditubuhkan pada tahun 2015 dibawah syarikat Mufaz Group Sdn.Bhd dengan pengasasnya, Pn Mahfudzah Mustafha ini turut menyenaraikan rangkaian makanan anak pelbagai rasa.
Ads
Antara rangkaian produk yang sentiasa dekat malah menjadi pilihan adalah seperti serbuk perisa makanan, aneka mi, puri buah dan sayur, bubur, snek, tepung mudah bancuh dan set baby journey.
Aneka Bubur Ayam Berraz, Multigrain Cereal Snack, Baby Noodles, Puff Cheesy Chicken, Banana Cookies, Moist Chocolate Cake, Jejemput Pisang, Serbuk Ayam, Puri Buah & Sayur dan Snek Buah antara deretan produk yang sentiasa diyakini.
Tidak hanya senang dibawa ke mana saja, lebih-lebih lagi ketika travel bahkan produk Fawwaz ini juga mudah urus dan tahan lama. Memang mudah dan terbaik!
Fawwaz boleh juga dihubungi di talian, 013-263 1197 atau 013-202 2598 untuk sebarang tempahan.
Elakkan Tiga Perkara Ini
* Jangan terus memberi makanan kepada bayi anda sekiranya dia tidak mahu (memalingkan kepalanya atau tidak mahu membuka mulutnya). Bayi mungkin sudah kenyang atau tidak suka dengan makanan tersebut. Jika kita terus memaksa, ini akan membuat kan bayi tidak mahu mencuba makanan lain.
* Elakkan makanan yang terlalu manis, terlalu masin, makanan berlemak, makanan pedas serta terlalu berempah. Ini akan menyebabkan kerengsaan kepada perut bayi seperti kembung atau cirit.
* Jangan jadikan makanan sebagai hadiah atau dorongan. Seeloknya gunakan pelukan, ciuman dan berikan perhatian sepenuhnya kepada bayi kita.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Teruja rasa hati bila mengandung, bukan sahaja ternanti-nanti kelahiran si manja tetapi tak sabar nak shopping barang bayi. Ketika kandungan sudah mencecah enam bulan, biasanya bakal mama papa mula mencari barangan sebagai persediaan sebelum melahirkan anak. Bukan sekadar mencari pakaian bayi tetapi biasanya mama papa akan mencari barangan kelengkapan yang lain seperti botol susu, produk mandian dan sebagainya.
Penting untuk mama papa membuat perancangan bijak sebelum membeli kesemua barangan bayi supaya tidak membazir. Bukan apa, bila dah terlalu teruja waktu shopping mungkin semua benda mahu dibeli. Paling penting, rancanglah bajet perbelanjaan supaya setiap barangan penting dibeli dan tidaklah mama papa membazir pada benda yang tak perlu.
Ada banyak cara untuk merancang bajet perbelanjaan. Dengan beberapa cara ini, mama papa lebih fokus pada barangan yang mahu dibeli dan boleh membuat bajet supaya tidak membazir. Antaranya adalah seperti:
Buat Senarai Barang
Bagi memastikan setiap barang yang perlu dibeli, buatlah senarai. Dengan membuat senarai, mama papa boleh tahu apa yang betul-betul perlu. Senarai barang akan menjadi rujukan ketika membeli-belah jadi mama papa tidaklah belanja berlebihan. Untuk memudahkan membuat senarai barang, mama papa boleh membuat rujukan atau sharing ibu-ibu di internet tentang barangan yang perlu dibeli.
Dengan cara ini, senarai barangan boleh dibuat beserta dengan harganya sekali. Buat kategori barangan yang diperlukan supaya mama papa boleh tahu berapa banyak yang patut dibeli. Tanpa senarai barang, mama papa mungkin akan terlebih beli dan menyebabkan pembaziran.
Bandingkan Harga
Salah satu cara untuk berbelanja dengan bijak adalah dengan membuat perbandingan harga. Sangat penting untuk research terlebih dahulu dan cari produk berkualiti dengan harga yang murah. Sesetengah tempat mengenakan harga yang mahal dari tempat yang lain, sedangkan ia produk yang sama.
Tak boleh culas, buatlah perbandingan harga. Sesetengah orang suka pergi ke beberapa tempat sebelum membeli sesuatu barang. Ini adalah cara terbaik untuk melihat perbezaan harga, tetapi boleh juga dibuat dengan melihat jualan barangan bayi atas talian. Bila rajin buat perbandingan harga, banyak penjimatan yang boleh dibuat!
Pergi Ke Baby Fair!
Bukan saja memudahkan kerana semua produk bayi ada di sana tetapi juga harganya murah. Banyak diskaun akan ditawarkan dan pastiknya mama papa boleh membuat penjimatan. Inilah yang paling menarik! Apabila berkunjung ke Baby Fair, banyak barangan dengan jenama berkualiti yang ditawarkan. Oleh itu, lebih mudah untuk mama papa membuat pilihan tanpa ragu-ragu kerana setiap barang yang dijual sudah pastinya sangat diyakini.
Jom, mama papa pergi ke Lotus’s Malaysia Baby Fair!
Lotus’s Malaysia Baby Fair bermula pada 28 Julai 2022 dan akan berlanjutan sehingga 10 Ogos 2022. Dalam tempoh dua minggu ini, banyak promosi serta diskaun berpatutan yang ditawarkan bukan sahaja untuk pasangan yang sedang menanti kelahiran bayi tetapi mama papa yang mempunyai anak kecil.
Kalau nak tengok sendiri setiap barangan yang dijual, mama papa boleh berkunjung ke semua cawangan Lotus’s. Mama papa mungkin lebih berpuas hati kerana dapat melihat setiap barangan dari dekat. Syoknya!
Untuk mama papa yang mungkin mempunyai kekangan masa untuk ke cawangan Lotus’s, anda boleh membuat pembelian melalui atas talian. Tak ada masalah kerana setiap barangan yang diberi diskaun juga akan ditunjukkan di laman web Lotus’s Malaysia.
Berikut senarai barangan yang diberikan diskaun hebat di Lotus’s Malaysia Baby Fair. Jom, tengok sama-sama!
Susu Tepung Anmum Essential Langkah 3 /4 1.5kg
RM79.99/unit
Pek Nilai Susu Tepung Dugro 3 / 4 Asli 1.5kg
RM39.99/pek
Susu Tepung Fernleaf 1+ Asli / 3+ Asli / Coklat 900gm / Calciyum Melting Chocolate / Creamy Vanilla 900gm
RM20.99/pek
Pek Mega Lampin Bayi Pakai Buang PETPET Gold+ S80 / M70+4 / L56+4 / XL44+4
RM27.90/pek
Pek Super Jumbo Lampin Seluar Bayi Pakai Buang PETPET Gold+ M60+4 / L50+4 / XL42+4 / XXL32+4
Meriah habis pertandingan Baby Merangkak Race Simpan SSPN X Pa&Ma yang mendapat sambutan hangat melebih 100 penyertaan bayi berusia enam hingga 12 bulan pada tahun ini!
Bersempena dengan Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS) 2023, pertandingan Baby Merangkak Race Simpan SSPN X Pa&Ma telah diadakan di Sunway Pyramid Mall pada 30 September 2023 yang lalu. Pertandingan ini adalah kerjasama Simpan SSPN dan Majalah Pa&Ma dengan bertemakan superhero yang mana tagline BMS 2023 juga adalah “Jom Jadi Superhero Anak Anda”.
Ternyata semua ibu bapa peserta sangat sporting dan mengenakan pakaian mengikut tema pada bayi mereka.
Suasana riuh-rendah apabila pertandingan ini bermula. Kelihatan sungguh comel anak-anak kecil ini merangkak dalam kumpulan namun ada yang duduk sahaja tanpa bergerak. Ibu bapa dibenarkan membawa ‘props’ sebagai alat untuk memancing si kecil merangkak ke depan.
Pertandingan ini mendapat sambutan menggalakkan dengan penyertaan 110 orang bayi yang berusia enam hingga 12 bulan yang telah mendaftar sebelum pertandingan berlangsung.
Sebelum ini, peserta Merangkak Race hanyalah terdiri daripada 50-60 orang tetapi sambutan tahun 2023 ini sangat menakjubkan sehingga peserta mencecah 110 orang! Mereka bertanding untuk merebut gelaran juara merangkak paling pantas.
Untuk pertandingan ini, terbahagi kepada 10 pusingan saringan. 11 bayi akan bertanding untuk setiap pusingan saringan ini. Hanya dua bayi terpantas yang menyentuh reben akan dipilih untuk ke pusingan akhir.
Terdapat 5 penjaga garisan yang akan memerhatikan setiap bayi untuk pusingan ini. Setiap bayi yang menyentuh reben, juri yang mewakilinya akan mengangkat bendera.
Mereka dibahagikan kepada 10 kumpulan iaitu Ironman, Spiderman, Hulk, Thor, Captain America, Black Panther, Batman, Aquaman, The Flash, Superman.
20 bayi terpantas melalui ujian saringan kemudiannya berlumba antara satu sama lain dan masa terpantas dipilih sebagai juara, naib juara, tempat ketiga dan dua hadiah saguhati.
Turut hadir Ketua Pegawai Operasi PTPTN, Puan Mastura Mohd Khalid, Puan Wan Zawiah Wan Abu Bakar, Pengurus Besar Kanan Jabatan Komunikasi Korporat & Pemasaran, Puan Emy Haznida selaku Editor Pa&Ma dan hos untuk acara ini.
Juara membawa pulang akaun Simpan SSPN bernilai RM300 berserta medal, naib juara pula menerima akaun Simpan SSPN bernilai RM200 berserta medal, pemenang tempat ketiga pula mendapat akaun Simpan SSPN RM100 berserta medal. Kedua-dua pemenang saguhati pula membawa pulang akaun Simpan SSPN bernilai RM50 setiap seorang berserta medal. Selain akaun Simpan SSPN, setiap pemenang goodies bag dari Simpan SSPN.
Manakala pemenang bagi kategori khas Baby Merangkak WOW yang dinilai dari pelbagai segi oleh juri membawa pulang hadiah Akaun Simpan SSPN bernilai RM100 beserta medal dan goodies bag Simpan SSPN.
Pemenang-pemenang Baby Merangkak Race Simpan SSPN X Pa&Ma 2023 telah diumumkan sejurus tamat acara tersebut. Bayi Juara adalah Aidan Nadhif bin Aiman Fahmi, Bayi Naib Juara, Muhammad Furqan bin Muhammad Firdaus, Bayi tempat ketiga Muhammad Ayden Nael bin Muhammad Na’im manakala dua bayi saguhati iaitu Ahmad Umar Fateh Ahmad Hazazi dan Muhammad Adeeb Mukhriz Bin Muhammad Amir Asyraf.
Baby Merangkak WOW! pula dimenangi oleh Muhammad Luth Zafran bin Muhammad Zulkhaire. Kategori Famili ‘Sporting’ merupakan kategori yang baru diperkenalkan tahun ini dan pemenangnya adalah keluarga Mohamad Nazirul, Noor Aisa dan Alee Yara.
Terima kasih kepada semua penaja dan para peserta. Diharapkan jika ada lagi pertandingan ini diadakan pada masa hadapan, akan terus mendapat sokongan dari pembaca Pa&Ma.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dalam keadaan mendesak untuk belajar dari rumah, ada golongan yang menghadapi masalah untuk menyediakan kelengkapan terbaik buat anak-anak mereka. Golongan B40 misalnya mempunyai kesukaran untuk memastikan anak-anak untuk terus belajar dengan selesa.
Dengan masalah begini, anak-anak mungkin akan ketinggalan dalam pelajaran kerana tidak mempunyai kemudahan untuk belajar. Keadaan ini bukan sahaja membuatkan anak-anak merasa sedih bahkan ia mematikan semangat mereka untuk menuntut ilmu.
Lotus’s Malaysia Sedia Membantu!
Memahami situasi ini, Lotus’s Malaysia yang dahulunya dikenali sebagai Tesco telah menghulurkan bantuan untuk memudahkan murid-murid dari golongan B40 ini. Mereka telah mengadakan program yang dipanggil Inisiatif Prihatin bermula Disember 2020 sehingga Februari 2021.
Program ini telah direncanakan untuk membantu seramai 6,000 murid B40 yang kurang bernasib baik dari 21 buah Tesco’s Adopted School Programme.
Bagaimana program Inisiatif Prihatin dijalankan?
Baucar diberikan kepada murid-murid ini dan ia boleh ditebus atau digunakan di semua medan selera Lotus’s Malaysia. Selain itu, pengagihan barangan dapur seperti beras, minyak masak dan banyak lagi turut diadakan. Sumbangan ini turut dijayakan oleh penyewa dan pembekal di Lotus’s Malaysia.
Kempen Kembali Ke Sekolah
Di bawah Inisiatif Prihatin, kempen Kembali Ke Sekolah telah dijalankan pada Januari yang lalu untuk murid sekolah B40. Ia dikenali sebagai Kembali Teguh dan merupakan kerjasama antara Unilever Malaysia dan Yayasan PINTAR.
Sejak kerjasama antara Tesco dan Yayasan PINTAR sejak 2016, sebanyak 63 buah sekolah dari seluruh negara telah dipilih untuk mengikuti program ini.
Secara positifnya, kempen ini telah berjaya memberi impak positif kepada 57,000 murid melalui program pemerkasaan persekitaran dan pendidikan.
Lotus’s Malaysia tidak akan berhenti setakat ini kerana setiap program kebajikan ini akan diteruskan bagi membantu golongan yang memerlukan.
Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman Facebook : TESCO MALAYSIA
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.